Syukur alhamdulillah pada 4 hingga 11 Disember, AR sekeluarga telah dapat pergi ke Perth, Australia. Sebelum ini pada tahun 2010, AR telah berkunjung ke Melbourne jadi pada tahun ini AR sekeluarga telah memilih Perth. Kenapa perlu ke Perth? Mungkin kebetulan tambang MAS ke sana murah pada saat itu berbanding dengan tambang yang ditawarkan oleh AirAsia. AR tidak menggunakan khidmat agensi pelancongan tapi AR pergi sendiri redah ke sana bersama keluarga. Sebelum ini AR pernah ke UK, Paris, Melbourne, Korea dan Jepun tanpa menggunakan khidmat agen pelancongan jadi ada keyakinan diri yang tinggi untuk pergi sendiri.
Kenapa perlu pergi
sendiri tanpa menggunakan khidmat agen pelancongan?
1. Pastinya
belanja akan menjadi murah baik dari segi pengangkutan, tempat tinggal dan
makanan.
2. Nak bebas pergi
ke mana yang kita suka tanpa terikat dengan orang lain.
3. Sebagai penulis
kita akan dapat lebih banyak pengalaman seperti sesat hehehe (sesat itu
bukankah akan mengajar kita menjadi manusia yang lebih baik....itupun kalau
jumpa jalan pulang).
4. AR dapat
menyewa kereta untuk bergerak ke sana dan merasai pengalaman pemanduan di lebuh
raya Perth sehingga sejauh Margaret River yang sejauh 3 jam perjalanan memandu
kereta.
5. Akan dapat
merapatkan hubungan kekeluargaan sesame anak beranak.
6. Lebih upaya
untuk menikmati percutian kita.
Apa yang AR dapati
di Perth ini,
1. Lebuh rayanya
tiada tol.
2. Pengguna jalan
rayanya patuh undang-undang terutama had laju.
3. Masyarakatnya
menghormati binatang (kangaroo, itik liar dan lain-lain binatang)
4. Bas percuma!
5. Sistem komuter
dan pengangkutan lain dapat diintegrasi dengan cekap.
Tempat yang AR
pergi
1. Hari pertama.
Sampai Terminal 1
Airport Perth jam 4.30 petang. Kami memutuskan naik bas free sampai terminal 3.
Kemudian naik teksi (kereta besar yang kami tak sangka boleh isi 5 orang dengan
beg besar 5). Tambang AU64 sampai ke apartmen. Oleh kerana dah malam kami cuma
berjalan di depan apartmen sahaja. Itu pun ada Harbour Town tempat membeli belah. Oleh kerana penat kami
makan kebab (satu AU10 atau RM29).
2. Hari berikutnya
Melawat Bandar Perth
- Kami menginap di
City Stay Apartment Hotel yang terletak kurang 2 km dari pusat
bandar. oleh kerana ada bas free jadi pilihannya tentulah naik bas. Ada 1 malam
tu kami berjalan kaki sebab nak rasa suasananya pada waktu malam.
- barang-barangnya
boleh tahan mahal jadi tengok sahajalah.
- makanan halal di
sini kebab jadi tak ada masalah soal makanan (tapi sekali makan untuk kami
sekeluarga RM150 itu pun untuk kebab sahaja!
- seronoknya di
sini sebab cuacanya agak sejuk 24 C biarpun pada bulan Disember. Tapi kering.
- Kings Park and
Botanical Garden.
Naik bas percuma
(selang sepuluh minit ada bas).
-tamannya bersih
dan dijadikan tempat yang sesuai untuk para pelajar belajar pasal hutan.
-bertemu dengan
seorang rakyat Malaysia (berbangsa India) yang bekerja sebagai pembantu
kedai menjual minuman di Kings Park. Dia baru tamat belajar di
Perth. Dalam proses nak dapatkan kerakyatan Australia. Dia kata ekonomi
Malaysia sedang merudum sebab itu dia nak berhijrah.
- Melihat Pameran
lukisan orang asli Australia iaitu Aboriginal Art Gallery di Kings
Park....amat mengkagumkan. Tapi harganya AU3000...hmm tak mampu nak beli.
3. Hari Ketiga-
Fremantle
- terletak agak
jauh dari Perth. Naik komuter lebih kurang 30 minit. (tiket AU11.40 untuk keluarga
4 orang (pergi balik) dan AU4.10 untuk dewasa lain (sehala).
- melawat penjara
di Fremantle. Berasa agak takjub dengan kekebalan penjara itu termasuk tempat
dijalankan hukuman gantung.
- makan fish &
chip di bandar pelabuhan Fremantle . Makanan halal sebab itulah jumpa ramai
orang Malaysia.
4. Hari keempat.
Sekali lagi
bergerak ke Fremantle tapi kali ini destinasinya ialah ke Rottnest Island yang
terletak 30 minit berlayar naik feri dari pelabuhan Fremantle (B Shed Port).
Kami bertolak jam 11.30 jadi agak lewat ke sana. Tapi sebelum tu kami beli cenderamata
di pelabuhan Fremantle (E Shed Market). Untuk pengetahuan anda harga di sini
paling murah berbanding di tempat lain. Jadi kalau nak beli cenderamata kenalah
beli di sini. Ohh ya kedai di sini cuma dibuka pada hari tertentu sahaja kalau
tak silap Khamis hingga Ahad.
Kami tiba di Rottnest
Island sekitar jam 1.00. Tiba di sana terlihat ikan pari dengan diameter hampir
2 meter. Rasanya kalau di Malaysia dah kena tangkap dah ikan pari ni tapi di
sini dia bebas berenang...hairan bin ajaib. Kami kemudian naik bas free ke
sebuah pantai peranginan (free lagi). Pada waktu tengah hari buta tu kami
bertiga mandi laut. Airnya sejuk gila mungkin 8 C (kena sunburn...padan muka
hihihi). Pantai ini sungguh cantik dan banyak bot mewah yang berlabuh di sini.
Lautan Hindi (tempat bersemadinya MH 370) ini kaya dengan hidupan rumpai laut.
Burung yang pelbagai jenis juga ada di sini. Yang banyak di sini ialah sejenis
binatang dipanggil quokka.. macam kangaroo juga...spesies tikus mondok.
Aktiviti berbasikal ada disediakan tapi dikenakan bayaran (biasalah). Pulau ini
agak luas untuk diteroka (siap ada lapangan terbang). Jikalau banyak duit boleh
naik bas berbayar dan mengelilingi pulau ini. Lagi bagus kalau dapat tidur di
sini dengan menyewa chalet atau hotel di sini.
5. Hari Kelima
- sewa kereta yang
diusahakan oleh peniaga Cina Malaysia. Cadang nak sewa 2 hari tapi oleh kerana
nak pergi sejauh Margaret River terpaksa sewa 3 hari (unlimited milage). Duit
Au tak cukup untuk deposit keselamatan jadi mujur juga dia terima RM1500 untuk
duit deposit tu. Itu untungnya berurusan dengan orang Malaysia (bekas)
- kami bergerak ke
Margaret River (konon nak rasa petik buah anggur). 3 jam perjalanan punyalah
jauh mujur juga lebuh rayanya percuma.
- singgah beli
buah ceri (besar dan baru dipetik) di tepi jalan AU18 sekilo ....pehh.
-terlalu banyak terdapat
ladang di kiri kanan yang ingin dijual. Agaknya ekonomi Australia juga hampir
merudum sama.
- banyak ladang
anggur tapi buahnya masih kecil.
-terdapat juga
ladang biri-biri dan lembu.
- kami tiba
sekitar jam 3 petang kami tiba di Lake Cave berhampiran Margaret River. Kami
makan dahulu bekalan yang kami bawa sebab anak-anak pun dah lapar. Kemudian
3.30 petang kami masuk ke dalam gua. Sangat menakjubkan kerana stalagtit dan
stalagmitnya dijaga dengan baik. Gua batu kapur itu juga dijaga dengan baik.
- petugas yang
memberi penerangan kepada kami rasanya punya digree. Masa kami balik nak ambil
air sembahyang di tandas kami lihat dia sedang bersihkan tandas (rasanya boleh
dicontohi di Malaysia iaitu antara tugas pegawai besar ialah jadi tukang
bersihkan tandas....salah ke?).
- hari hampir
petang. Kami bercadang nak bermalam di pekan Margaret River tapi bila tanya
hotel dia pandang kami atas bawah (sebab kami kata 5 orang)....harganya RM650++
semalam. Cuba pergi ke backpacker di seberang jalan tapi bila lihat ramai
penghuninya sedang tonggang arak jadi kami putuskan balik terus ke Perth.
Terpaksalah saya memandu balik dengan keadaan yang meletihkan.
- kami sempat
merayau-rayau di pekan Margaret River. Memang pekan tu merupakan pekan yang
aman (sebab tulah dapat anugerah antara 10 pekan terbaik di Australia).
-malam tu saya
bawa kereta dalam keadaan mengantuk dan berjaga-jaga. Takut terlanggar kangaroo
sesat!
6. Hari keenam
-Pagi tu nak beli
telur. Kedai di apartmen dah habis bekalan telur jadi saya memutuskan
untuk berjalan kaki bersendirian ke pekan semata-mata nak beli telur
(almaklumlah nak jimat). Hampir 5 buah kedai ditanya semuanya dah habis. Mujur
setelah berjalan kaki hampir 1 km baru jumpa telur. Jadi pagi tu dapatlah buat
roti telur! Biasanya kalau kami menginap di apartmen kami akan masak makanan sebagai bekalan sewaktu keluar nanti. Yang jadi menu tetap ialah nasi, macaroni, spagethi. Bekalan kami bawa sendiri dari Malaysia....nak jimat.
Kami bergerak ke
Mandurah (sebenarnya ada komuter ke sana tapi oleh kerana kami masih ada kereta
kami berkereta ke sana) selama 1 jam. Mandurah juga terkenal dengan dolphin.
Puas juga kami berjalan di sekitar pelabuhan Mandurah tapi bayang-bayang
dolphin pun tak jumpa. Kami memutuskan untuk berehat di tepi pantai. Pasirnya
sungguh halus tapi angin yang kuat menerbangkan pasir (memang ini fenomena
semulajadi di pantai Mandurah). Selesai menjamu mata di pantai Mandurah kami
bergerak ke pekan untuk bersembahyang. Sempatlah tengok rumah bot (nak sewa
semalam RM3000 hmm). Alasan kami tak sewa ialah bot itu cuma boleh berlayar di
Sungai Swan. Bot tidak boleh berlayar di laut untuk tengok dolphin...sebab tu
kami tak sewa hihihi biar betul alasan ni...bukan sebab harga mahal ke!)
- dalam perjalanan
kami cuba singgah di ladang anggur dan avogado/apricot. Tuan ladang tu tak ada
tapi yang ada hanya anjing dia yang garang.....cabutt.
7. Hari ketujuh.
Kami berhajat
tengok kangaroo. Jadi kami putuskan untuk pergi ke Caversham Wildlife Park yang
terletak 30 minit berkereta dari apartmen. Tiba pun dah agak tengah hari jadi
terus masuk (beli tiket le dulu.....harga pun boleh tahan). Di situ terdapat
haiwan yang ada di Australia sahaja (kalau nak lihat haiwan seluruh dunia boleh
ke Zoo Perth). Biasalah yang jadi tumpuan ialah Koala dan kangaroo. ada juga
wombat, dingo, pelbagai spesies marsupial, burung dan lain-lain. Kami juga agak
terhibur dengan pertunjukkan cara mengetam bulu biri-biri dan cara memerah susu
lembu. Kemudian ada disediakan pertunjukan bersama wombat dan ular.
- Yang bagusnya di
sini ialah anda akan diberitahu makanan halal yang ada dijual di kafetaria.
Mereka amat tegas dalam isu ini jadi dapatlah kami makan muffin halal di sini
(barulah puas hati anak-anak saya)
-kami kemudiannya
bergerak untuk makan di kawasan taman yang disediakan. Di situ ada beberapa
spesies burung nuri liar (seakan burung serindit tapi besarnya 3 kali ganda).
Selepas itu kami
bergerak keluar sekitar taman. Semasa bergerak baru kami terjumpa kangaroo
liar. Sempatlah anak saya kejar, kalau dapt boleh juga dibawa balik ke
Malaysia. Kami agak terkejut juga kerana di situ ada disediakan kawasan untuk
pengunjung yang bawa anjing (kawasan berpagar) mungkin tujuannya untuk
mengelakkan anjing daripada mencederakan haiwan liar yang ada.
-Selepas itu kami
bergerak ke kilang coklat yang terletak 3km dari Caversham Wildlife Park.
Coklat halal ada disediakan (tapi kena tanya petugas di situ). Ada pulak coklat
free untuk dirasa. Kami tengok orang Australia tu ambil segenggam coklat free,
kami rasa tercabar jadi kami ambil dua genggam coklat free setiap orang
hihihi....... dia tak marah pun.
- petang tu kami
memutuskan untuk membeli cenderamata lagi di Perth. Punyalah susah nak cari
tempat letak kereta. Yang ada percuma tapi diberikan masa 15 minit aje kalau
lebih kena saman. Kami cuba cari yang berbayar tapi 1 jam AU5. Jadi kami
putuskan untuk parker di laluan biasa (sebab selepas jam 6 dapat parker
free...tapi jauhlah kena berjalan kaki). Kami beli cenderamata dengan hati yang
geram sebab di kedai tu harganya mahal....padan muka kenapa tak beli
banyak-banyak masa di Fremantle).
8. Hari kelapan.
Rasa sedih jugak
nak balik. Check out jam 10.00 tapi kami kena pulangkan kereta sebelum jam 9.
Saya pergi pulangkan kereta. Setelah kereta itu dibelek-belek dan petugasnya
berpuas hati kereta tak rosak maka dipulangkan duit RM1500. Kami berdua naik
bas free ke apartmen (free lagi). Masa nak berkemas tak terjumpa pulak kad
kunci apartmen( kami dibekalkan 2 kad sebelum ini) puas lagi dicari tapi tak
jumpa dah habis peluh jantan yang keluar.Akhirnya kami memutuskan untuk
berserah sahaja kepada Allah masa tu dah hampir 10.20. jadi kami mungkin
dikenakan penalti sebab keluar lewat. Petugas tu selamba sahaja menerima 1
kunci sambil tanya ada lagi ke apa-apa (sebab tengok muka kami yang dah
pucat...entah berapalah dia nak charge pasal kehilangan kunci dan keluar lewat
tu). "Its ok." Bila dengar begitu rasa macam nak melonjak gembira.
Kami letak beg di situ dan terus berjalan-jalan di pekan. Sempat jugak beli
kebab (makan kebab ni pun satu hal sampai naik sakit mulut mengunyahnya. Kami
makan di kawasan pesiaran jalan kaki sambil dihiburkan oleh pemuzik jalanan
yang banyak di situ. Jam 1.00 kami bertolak menaiki teksi ke airport (kenalah
bayar AU72.00).
Kami jarang naik
pesawat MAS jadi bila tengok pramugari menghidangkan arak kepada penumpang rasa
macam sedih pulak. Memang saya orang kampung yang tak terdedah sangat kepada
dunia hebat di luar sana namun ada perasaan pilu pula bila melihat pesawat
kebanggaan Negara Islam Malaysia ada perlakuan seperti itu! Yang hidangkan
pulak ialah pramugari/pramugara Melayu Islam!
Saya percaya
bahawa menjadi penulis kita perlu mengembara. Dari mana nak dapat duit itu...tentulah
daripada suimber royalti kita. Sebab itulah kita kena menulis dan hasilnya kita
laburkan semula dalam bentuk mencari pengalaman hidup melalui pengembaraan.
Bukan sahaja kita mendapat ilmu tetapi dalam masa yang sama anak-anak dan
isteri kita juga mendapat manfaatnya. Entri ini ditulis bukan bertujuan hendak
menunjuk-nunjuk tetapi lebih kepada perkongsian pengalaman kerana saya juga belajar
mengembara hasil pembacaan blog-blog penulis lain.
Sekiranya anda ingin ke Australia anda boleh dapatkan visa Australia dengan cara yang sangat mudah (semudah ABC hihihi) pergi klik Visa Australia Murah RM20 .
Sekiranya anda ingin ke Australia anda boleh dapatkan visa Australia dengan cara yang sangat mudah (semudah ABC hihihi) pergi klik Visa Australia Murah RM20 .
4 comments:
Assalam wbt. Kalau saudara x keberatan boleh ke kalau sy nk dptkan itinerary lengkap & to do list sebelum berangkat ke perth, termasuk kat mana murah & senang utk apply ETA? Maaf sekiranya menyusahkan & TQ kalau sudi membantu ;) Boleh email di raimkarim@gmail.com
ETA ni boleh buat sendiri namun kalau nak mudah boleh juga pergi minta bantuan agen pelancongan. Seorang RM10 dan ada juga yang charge lebih. Cubalah selidik agen di tempat saudara....suruh kerani syarikat tu sahaja yang buatkan.
Assalamualaikum. Saya tertarik dengan kereta sewa yg diusahakan peniaga cina malaysia tuu. Boleh sy dptkan email atau apa2 jer cara nak berhubung dengan orang tuu? Sbb ada juga baca 2-3 blog lain mungkin merujuk kpd owner yg sama tp xde contact no pulak nk berhubung. Ok terima kasih
https://www.ariescarrental.com.au/
Beberapa orang pengunjung telah menghubungi saya untuk dapatkan alamat peniaga tu jadi inilah alamat syarikat tu. Kesimpulannya tidak rugi jikalau kita baik dengan pelanggan biarpun berlainan agama atau bangsa kerana pelanggan itu juga boleh menjadi promoter kepada bakal pelanggan syarikat itu nanti.
Post a Comment