27 December 2012

Undangan Yang Sungguh Bermakna

AR teringin sangat menghadiri majlis penyampaian hadiah Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011. Jesteru apabila mendapat surat undangan ini AR ingin pergi namun apakan daya. Esok iaitu 28/12/2012, AR akan bertolak ke Jambi, Indonesia untuk menghadiri  program Pertemuan Penyair Nusantara. AR berharap majlis penyampaian hadiah akan datang AR akan diundang lagi bukan sebagai tetamu tetapi sebagai penerima hadiah....itulah salah satu daripada azam tahun baru AR. Insya-Allah.

25 December 2012

Novel Helo, Bahaya! Hasil Tulisan AR sudah berada di pasaran.

Alhamdulillah setelah sekian lama menanti akhirnya Novel Helo, Bahaya! hasil karya AR sudah berada di pasaran. Novel dengan nama pena Emir Adam terbitan Karangkraf sudah boleh diperoleh di MPH. AR sendiri terkejut bila terjumpa secara tidak sengaja novel ini di MPH Maiden, Melaka. Editor maklumkan noovel ini mungkin akan tiba di Melaka seawal Februari. Syukur sebab novel ini sudah berada di tangan.

Antara sedutan yang dikutip daripada sinopsis Prima, Karangkraf:
 
Danial, Nurul Hazwani, Rajesh dan Ah Guan menaiki bot dari Pengkalan Batu menuju ke Lubuk Neraka. Tujuan mereka hanyalah untuk memancing udang. Muzafar pula terpaksa membantu Tok Man menoreh getah.

“Apa bahaya? Helo! helo! Helo…” Rajesh cuba mengulang suaranya, “Terputus,” dia memandang Danial.

Semua menjadi cemas. Siapa sangka akhirnya, Nurul Hazwani terpisah. Danial, Ah Guan dan Rajesh ditawan penjahat.

“Budak-budak ni aku dah beri mereka ubat tidur dalam minuman dan makanan mereka. Paling kurang 8 jam barulah mereka sedar. Semua sudah dimasukkan dalam keranda tu. Sempatlah untuk bawa ke seberang dan jual mereka,” kata Jack.

“Hah, abang Danial, Rajesh dan Ah Guan dalam keranda? Apakah mereka sudah mati? Macam mana ni? Macam mana nak selamatkan diri?” bisik Nurul Hazwani yang mengintai dari luar pondok.

Apakah yang berlaku seterusnya? Ketahui kisah lima sekawan iaitu Danial, Nurul Hazwani, Rajesh dan Muzafar menghadapi peristiwa penuh dramatik sewaktu cuti sekolah.