16 June 2019

Dari KL Ke Seoul

Alhamdulillah syukur kepadaMu ya Allah kerana berkat limpah RahmatMu novel ini dapat diluncurkan. Novel remaja Dari KL Ke Seoul telah diterbitkan oleh Penerbit UTeM pada awal tahun 2019 iaitu betul-betul sebelum Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 di PWTC. Novel remaja ini ditulis berdasarkan pengalaman AR bersama keluarga ke Korea pada Disember 2012. Pengalaman ke Korea ini AR terjemahkan dalam bentuk penulisan kreatif. Banyak pengalanan ke Korea ini yang tidak boleh AR lupakan terutama sewaktu mendaki Mount Seorak dan ke Pulau Nami. Korea juga menjadi kegilaan remaja. Harapan AR apabila pembacs membaca novel ini akan memudahkan pembaca untuk mengembara ke Korea. Bokeh hubungi AR untuk mendapatkan biku ini dengan harga RM15. Selamat membaca dan selamat mengembara.

13 June 2019

Melancong Ke Turki




Kenapa ke Turki? Soalan yang sukar dijawab sebelum AR menjejakkan kaki ke bumiTurki selama 10 hari pada bulan Disember 2018. Kali ini pun pergi sendiri sahaja naik Emirate. Kenapa Turki? Sebab rasa kagum dengan Erdogan? Mungkin jugak. Turki juga merupakan tempat kelahiran Nabi Ibrahim AS!. Rasa seronok berku
njung ke Turki tak dapat digambarkan terutama apabila dapat berkunjung ke Muzium Tokapi di Istanbul. Di dalam muzium ini AR dapat saksikan tongkat Nabi Musa, pedang Nabi Daud, serban Nabi Yusof dan pelbagai khazanah berharga umat Islam. Kunjungan ke Turki umpama melawat negara Eropah tetapi beridentiti Islam. Makanan sungguh enak dan barangannya boleh tahan murah. AR berkesempatan berkunjung ke Busra. Hmm siap boleh bermain dengan salji( ingatkan nak melawat perkampungan tertua di BUSRA rupa-rupanya dia bawa main salji).
   
      Ada beberapa perkara yang nak AR kongsikan bagaimana nak dapatkan penjimatan wang sewaktu melawat Turki jikalau nak pergi sendiri
1. Carilah tiket kapal terbang yang menawarkan tambang semurah mungkin...jangan booking last minit sebaliknya rancang perjalanan anda. Seeloknya 6 bulan sebelum pergi tu dah boleh beli tiket. Jangan pergi hari Khamis atau Jumaat atau balik pada hari Ahad kerana biasanya  pada hari-hari ini tiket agak mahal(bersaing dengan mereka yang ada urusan penting yang nak gunakan kapal terbang yang sama) jadi belilah tiket untuk terbang pada hari selasa atau rabu dan pulang pada hari selasa atau rabu. Pandai-pandailah adjust dengan ahli keluarga anda.
2. Kalau ke Turki tidak perlu bawa rempah ratus bagai atau bawa macam-macam(ada tu siap bawa lesung batu dan periuk). Di Turki ini adalah syurga rempah ratus jadi anda boleh dapatkan segala barangan di pasar...beras pun ada jangan risau.
3. Dalam masa 6 bulan nak pergi tu semaklah kadar tukaran duit Turki(Lira). Tukarlah masa ia menguntungkan kita (sebab tu jangan tunggu saat akhir baru nak tukar). Kalau susah sangat pakailah mr google. AR selalu tukar di AEON Seremban sebab kadar tukarannya lebih menguntungkan kita berbanding di tempat lain. Tak silap saya di KL Remit Tingkat 2 JJ.
4. Jikalau pergi berkeluarga ni kenalah standby kad kredit untuk masa sesak sahaja (kalau boleh jangan gunakan sebab MAHAL...kad ni cekik darah macam along jugak. Kecualilah tuan puan tak kisah dengan kadar yang dikenakan). Tak ada kad pun susah jugak waktu sesak kannn.
5. Kalau ada duit mata wang asing pun boleh bawa sama. Tukar duit itu di negara destinasi anda. Selesaikan duit asing itu dulu sebelum gunakan RM jikalau tidak anda akan rugi.
6.Nak naik hot air baloon murah? anda booking hotel di Kapacodia dan suruh pemilik hotel itu bookingkan hot air baloon tu. Pemilik hotel biasanya amat mengenali pemilik hot air baloon dan mereka boleh dapatkan harga murah untuk anda....tapi lepas tu bagilah duit tip sikit pada pekerja dia yarabbbiiii punyalah mereka itu berterima kasih kepada anda macam nak peluk cium anda tau tak.
7. Makanan kat sini enak-enak tapi cara pekedai di gerai agak kasar (pada kita kasar tapi pada budaya dia biasa sahaja) jadi tengok dulu harganya sebelum terjah masuk makan.
8. Kalau nak naik kapal untuk berlayar kena tahu destinasi kapal tu dan ke mana dia nak tuju atau berhenti rehat. Kekadang destinasi akhir itulah menawarkan makanan yang murah dan menarik. (jangan salah turun nanti tak balik Istanbul tau)
9. Pandai-pandailah bawa diri di Istanbul. Kekadang ada orang yang terlalu peramah dengan anda rupanya dia nak tipu duit anda...ini memang ada sindiket di Istanbul.
10. Saya bernasib baik sebab berkenalan dengan sebuah keluarga (Isterinya orang Singapura dan suami dia Istanbul). Dialah yang ajar saya destinasi mana yang murah/menarik sepanjang berlayar menaiki kapal)

AR rasa sungguh seronok ke Istanbul. Memang hajat nak pergi lagi ke sini. Selain pemandangan yang sungguh-sungguh menarik, makanannya juga sangat sedap serta halal dan udaranya sungguh nyaman.



Hari baharu sinar baharu.

Alhamdulillah dapat semula buat capaian ke blog ini. InsyaAllah akan mula diaktifkan semula.