16 June 2019

Dari KL Ke Seoul

Alhamdulillah syukur kepadaMu ya Allah kerana berkat limpah RahmatMu novel ini dapat diluncurkan. Novel remaja Dari KL Ke Seoul telah diterbitkan oleh Penerbit UTeM pada awal tahun 2019 iaitu betul-betul sebelum Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 di PWTC. Novel remaja ini ditulis berdasarkan pengalaman AR bersama keluarga ke Korea pada Disember 2012. Pengalaman ke Korea ini AR terjemahkan dalam bentuk penulisan kreatif. Banyak pengalanan ke Korea ini yang tidak boleh AR lupakan terutama sewaktu mendaki Mount Seorak dan ke Pulau Nami. Korea juga menjadi kegilaan remaja. Harapan AR apabila pembacs membaca novel ini akan memudahkan pembaca untuk mengembara ke Korea. Bokeh hubungi AR untuk mendapatkan biku ini dengan harga RM15. Selamat membaca dan selamat mengembara.

No comments: