05 February 2020

Taiwan

Pada cuti bulan Disember 2019, AR telah berkunjung ke Taiwan. Ada apa di Taiwan? Mungkin Taiwan agak asing pada kebanyakan orang Malaysia, Taiwan dikaitkan dengan China dan pastinya kebanyakan yang melancong ke Taiwan ialah orang cina. Ternyata apabila AR ke sana ada beberapa perkara yang menarik perhatian AR. Biarpun Taiwan tidak semaju Korea atau Jepun namun Taiwan ada kelasnya yang tersendiri. Di Taiwan, AR berkesempatan menaiki paragliding....Malaysia pun ada juga aktiviti paragliding ini. Tapi Taiwan agak luarbiasa sedikit kerana mungkin faktor pemandangannya. Biarpun Taiwan agak maju berbanding Malaysia namun jarang kita boleh jumpa rakyatnya yang boleh bertutur bahasa Inggeris. Jadi fikir-fikirkanlah soal kita hendak menyanjung tinggi bahasa Inggeris sedangkan sudah terbukti itu bukan penentu ke arah negara maju.

No comments: