17 December 2014

Catatan Pengembaraan Ke Perth
















Syukur  alhamdulillah pada 4 hingga 11 Disember, AR sekeluarga telah dapat pergi ke Perth, Australia. Sebelum ini pada tahun 2010, AR telah berkunjung ke Melbourne jadi pada tahun ini AR sekeluarga telah memilih Perth. Kenapa perlu ke Perth? Mungkin kebetulan tambang MAS ke sana murah pada saat itu berbanding dengan tambang yang ditawarkan oleh AirAsia. AR tidak menggunakan khidmat agensi pelancongan tapi AR pergi sendiri redah ke sana bersama keluarga. Sebelum ini AR pernah ke UK, Paris, Melbourne, Korea dan Jepun tanpa menggunakan khidmat agen pelancongan jadi ada keyakinan diri yang tinggi untuk pergi sendiri.


Kenapa perlu pergi sendiri tanpa menggunakan khidmat agen pelancongan?

1. Pastinya belanja akan menjadi murah baik dari segi pengangkutan, tempat tinggal dan makanan.

2. Nak bebas pergi ke mana yang kita suka tanpa terikat dengan orang lain.

3. Sebagai penulis kita akan dapat lebih banyak pengalaman seperti sesat hehehe (sesat itu bukankah akan mengajar kita menjadi manusia yang lebih baik....itupun kalau jumpa jalan pulang).

4. AR dapat menyewa kereta untuk bergerak ke sana dan merasai pengalaman pemanduan di lebuh raya Perth sehingga sejauh Margaret River yang sejauh 3 jam perjalanan memandu kereta.

5. Akan dapat merapatkan hubungan kekeluargaan sesame anak beranak.

6. Lebih upaya untuk menikmati percutian kita.


Apa yang AR dapati di Perth ini,

1. Lebuh rayanya tiada tol.

2. Pengguna jalan rayanya patuh undang-undang terutama had laju.

3. Masyarakatnya menghormati binatang (kangaroo, itik liar dan lain-lain binatang)

4. Bas percuma!

5. Sistem komuter dan pengangkutan lain dapat diintegrasi dengan cekap.


Tempat yang AR pergi

1. Hari pertama.

Sampai Terminal 1 Airport Perth jam 4.30 petang. Kami memutuskan naik bas free sampai terminal 3. Kemudian naik teksi (kereta besar yang kami tak sangka boleh isi 5 orang dengan beg besar 5). Tambang AU64 sampai ke apartmen. Oleh kerana dah malam kami cuma berjalan di depan apartmen sahaja. Itu pun ada Harbour  Town  tempat membeli belah. Oleh kerana penat kami makan kebab (satu AU10 atau RM29).


2. Hari berikutnya Melawat Bandar Perth

- Kami menginap di City  Stay Apartment Hotel yang terletak kurang 2 km dari pusat bandar. oleh kerana ada bas free jadi pilihannya tentulah naik bas. Ada 1 malam tu kami berjalan kaki sebab nak rasa suasananya pada waktu malam.

- barang-barangnya boleh tahan mahal jadi tengok sahajalah.

- makanan halal di sini kebab jadi tak ada masalah soal makanan (tapi sekali makan untuk kami sekeluarga RM150 itu pun untuk kebab sahaja!

- seronoknya di sini sebab cuacanya agak sejuk 24 C biarpun pada bulan Disember. Tapi kering.

- Kings Park and Botanical Garden.

Naik bas percuma (selang sepuluh minit ada bas).

-tamannya bersih dan dijadikan tempat yang sesuai untuk para pelajar belajar pasal hutan.

-bertemu dengan seorang rakyat Malaysia (berbangsa India) yang bekerja sebagai pembantu kedai menjual minuman di Kings Park. Dia  baru tamat belajar di Perth. Dalam proses nak dapatkan kerakyatan Australia. Dia kata ekonomi Malaysia sedang merudum sebab itu dia nak berhijrah.

- Melihat Pameran lukisan orang asli Australia  iaitu Aboriginal Art Gallery di Kings Park....amat mengkagumkan. Tapi harganya AU3000...hmm tak mampu nak beli.


3. Hari Ketiga- Fremantle

- terletak agak jauh dari Perth. Naik komuter lebih kurang 30 minit. (tiket AU11.40 untuk keluarga 4 orang (pergi balik) dan AU4.10 untuk dewasa lain (sehala).

- melawat penjara di Fremantle. Berasa agak takjub dengan kekebalan penjara itu termasuk tempat dijalankan hukuman gantung.

- makan fish & chip di bandar pelabuhan Fremantle . Makanan halal sebab itulah jumpa ramai orang Malaysia.


4. Hari keempat.

Sekali lagi bergerak ke Fremantle tapi kali ini destinasinya ialah ke Rottnest Island yang terletak 30 minit berlayar naik feri dari pelabuhan Fremantle (B Shed Port). Kami bertolak jam 11.30 jadi agak lewat ke sana. Tapi sebelum tu kami beli cenderamata di pelabuhan Fremantle (E Shed Market). Untuk pengetahuan anda harga di sini paling murah berbanding di tempat lain. Jadi kalau nak beli cenderamata kenalah beli di sini. Ohh ya kedai di sini cuma dibuka pada hari tertentu sahaja kalau tak silap Khamis hingga Ahad.

Kami tiba di Rottnest Island sekitar jam 1.00. Tiba di sana terlihat ikan pari dengan diameter hampir 2 meter. Rasanya kalau di Malaysia dah kena tangkap dah ikan pari ni tapi di sini dia bebas berenang...hairan bin ajaib. Kami kemudian naik bas free ke sebuah pantai peranginan (free lagi). Pada waktu tengah hari buta tu kami bertiga mandi laut. Airnya sejuk gila mungkin 8 C (kena sunburn...padan muka hihihi). Pantai ini sungguh cantik dan banyak bot mewah yang berlabuh di sini. Lautan Hindi (tempat bersemadinya MH 370) ini kaya dengan hidupan rumpai laut. Burung yang pelbagai jenis juga ada di sini. Yang banyak di sini ialah sejenis binatang dipanggil quokka.. macam kangaroo juga...spesies tikus mondok. Aktiviti berbasikal ada disediakan tapi dikenakan bayaran (biasalah). Pulau ini agak luas untuk diteroka (siap ada lapangan terbang). Jikalau banyak duit boleh naik bas berbayar dan mengelilingi pulau ini. Lagi bagus kalau dapat tidur di sini dengan menyewa chalet atau hotel di sini.


5. Hari Kelima

- sewa kereta yang diusahakan oleh peniaga Cina Malaysia. Cadang nak sewa 2 hari tapi oleh kerana nak pergi sejauh Margaret River terpaksa sewa 3 hari (unlimited milage). Duit Au tak cukup untuk deposit keselamatan jadi mujur juga dia terima RM1500 untuk duit deposit tu. Itu untungnya berurusan dengan orang Malaysia (bekas)

- kami bergerak ke Margaret River (konon nak rasa petik buah anggur). 3 jam perjalanan punyalah jauh mujur juga lebuh rayanya percuma.

- singgah beli buah ceri (besar dan baru dipetik) di tepi jalan AU18 sekilo ....pehh.

-terlalu banyak terdapat ladang di kiri kanan yang ingin dijual. Agaknya ekonomi Australia juga hampir merudum sama.

- banyak ladang anggur tapi buahnya masih kecil.

-terdapat juga ladang biri-biri dan lembu.

- kami tiba sekitar jam 3 petang kami tiba di Lake Cave berhampiran Margaret River. Kami makan dahulu bekalan yang kami bawa sebab anak-anak pun dah lapar. Kemudian 3.30 petang kami masuk ke dalam gua. Sangat menakjubkan kerana stalagtit dan stalagmitnya dijaga dengan baik. Gua batu kapur itu juga dijaga dengan baik.

- petugas yang memberi penerangan kepada kami rasanya punya digree. Masa kami balik nak ambil air sembahyang di tandas kami lihat dia sedang bersihkan tandas (rasanya boleh dicontohi di Malaysia iaitu antara tugas pegawai besar ialah jadi tukang bersihkan tandas....salah ke?).

- hari hampir petang. Kami bercadang nak bermalam di pekan Margaret River tapi bila tanya hotel dia pandang kami atas bawah (sebab kami kata 5 orang)....harganya RM650++ semalam. Cuba pergi ke backpacker di seberang jalan tapi bila lihat ramai penghuninya sedang tonggang arak jadi kami putuskan balik terus ke Perth. Terpaksalah saya memandu balik dengan keadaan yang meletihkan.

- kami sempat merayau-rayau di pekan Margaret River. Memang pekan tu merupakan pekan yang aman (sebab tulah dapat anugerah antara 10  pekan terbaik di Australia).

-malam tu saya bawa kereta dalam keadaan mengantuk dan berjaga-jaga. Takut terlanggar kangaroo sesat!


6. Hari keenam

-Pagi tu nak beli telur. Kedai di apartmen dah habis bekalan telur jadi saya memutuskan untuk berjalan kaki bersendirian ke pekan semata-mata nak beli telur (almaklumlah nak jimat). Hampir 5 buah kedai ditanya semuanya dah habis. Mujur setelah berjalan kaki hampir 1 km baru jumpa telur. Jadi pagi tu dapatlah buat roti telur! Biasanya kalau kami menginap di apartmen kami akan masak makanan sebagai bekalan sewaktu keluar nanti. Yang jadi menu tetap ialah nasi, macaroni, spagethi. Bekalan kami bawa sendiri dari Malaysia....nak jimat.

Kami bergerak ke Mandurah (sebenarnya ada komuter ke sana tapi oleh kerana kami masih ada kereta kami berkereta ke sana) selama 1 jam. Mandurah juga terkenal dengan dolphin. Puas juga kami berjalan di sekitar pelabuhan Mandurah tapi bayang-bayang dolphin pun tak jumpa. Kami memutuskan untuk berehat di tepi pantai. Pasirnya sungguh halus tapi angin yang kuat menerbangkan pasir (memang ini fenomena semulajadi di pantai Mandurah). Selesai menjamu mata di pantai Mandurah kami bergerak ke pekan untuk bersembahyang. Sempatlah tengok rumah bot (nak sewa semalam RM3000 hmm). Alasan kami tak sewa ialah bot itu cuma boleh berlayar di Sungai Swan. Bot tidak boleh berlayar di laut untuk tengok dolphin...sebab tu kami tak sewa hihihi biar betul alasan ni...bukan sebab harga mahal ke!)

- dalam perjalanan kami cuba singgah di ladang anggur dan avogado/apricot. Tuan ladang tu tak ada tapi yang ada hanya anjing dia yang garang.....cabutt.


7. Hari ketujuh.

Kami berhajat tengok kangaroo. Jadi kami putuskan untuk pergi ke Caversham Wildlife Park yang terletak 30 minit berkereta dari apartmen. Tiba pun dah agak tengah hari jadi terus masuk (beli tiket le dulu.....harga pun boleh tahan). Di situ terdapat haiwan yang ada di Australia sahaja (kalau nak lihat haiwan seluruh dunia boleh ke Zoo Perth). Biasalah yang jadi tumpuan ialah Koala dan kangaroo. ada juga wombat, dingo, pelbagai spesies marsupial, burung dan lain-lain. Kami juga agak terhibur dengan pertunjukkan cara mengetam bulu biri-biri dan cara memerah susu lembu. Kemudian ada disediakan pertunjukan bersama wombat dan ular.

- Yang bagusnya di sini ialah anda akan diberitahu makanan halal yang ada dijual di kafetaria. Mereka amat tegas dalam isu ini jadi dapatlah kami makan muffin halal di sini (barulah puas hati anak-anak saya)

-kami kemudiannya bergerak untuk makan di kawasan taman yang disediakan. Di situ ada beberapa spesies burung nuri liar (seakan burung serindit tapi besarnya 3 kali ganda).

Selepas itu kami bergerak keluar sekitar taman. Semasa bergerak baru kami terjumpa kangaroo liar. Sempatlah anak saya kejar, kalau dapt boleh juga dibawa balik ke Malaysia. Kami agak terkejut juga kerana di situ ada disediakan kawasan untuk pengunjung yang bawa anjing (kawasan berpagar) mungkin tujuannya untuk mengelakkan anjing daripada mencederakan haiwan liar yang ada.

-Selepas itu kami bergerak ke kilang coklat yang terletak 3km dari Caversham Wildlife Park. Coklat halal ada disediakan (tapi kena tanya petugas di situ). Ada pulak coklat free untuk dirasa. Kami tengok orang Australia tu ambil segenggam coklat free, kami rasa tercabar jadi kami ambil dua genggam coklat free setiap orang hihihi....... dia tak marah pun.

- petang tu kami memutuskan untuk membeli cenderamata lagi di Perth. Punyalah susah nak cari tempat letak kereta. Yang ada percuma tapi diberikan masa 15 minit aje kalau lebih kena saman. Kami cuba cari yang berbayar tapi 1 jam AU5. Jadi kami putuskan untuk parker di laluan biasa (sebab selepas jam 6 dapat parker free...tapi jauhlah kena berjalan kaki). Kami beli cenderamata dengan hati yang geram sebab di kedai tu harganya mahal....padan muka kenapa tak beli banyak-banyak masa di Fremantle).


8. Hari kelapan.

Rasa sedih jugak nak balik. Check out jam 10.00 tapi kami kena pulangkan kereta sebelum jam 9. Saya pergi pulangkan kereta. Setelah kereta itu dibelek-belek dan petugasnya berpuas hati kereta tak rosak maka dipulangkan duit RM1500. Kami berdua naik bas free ke apartmen (free lagi). Masa nak berkemas tak terjumpa pulak kad kunci apartmen( kami dibekalkan 2 kad sebelum ini) puas lagi dicari tapi tak jumpa dah habis peluh jantan yang keluar.Akhirnya kami memutuskan untuk berserah sahaja kepada Allah masa tu dah hampir 10.20. jadi kami mungkin dikenakan penalti sebab keluar lewat. Petugas tu selamba sahaja menerima 1 kunci sambil tanya ada lagi ke apa-apa (sebab tengok muka kami yang dah pucat...entah berapalah dia nak charge pasal kehilangan kunci dan keluar lewat tu). "Its ok." Bila dengar begitu rasa macam nak melonjak gembira. Kami letak beg di situ dan terus berjalan-jalan di pekan. Sempat jugak beli kebab (makan kebab ni pun satu hal sampai naik sakit mulut mengunyahnya. Kami makan di kawasan pesiaran jalan kaki sambil dihiburkan oleh pemuzik jalanan yang banyak di situ. Jam 1.00 kami bertolak menaiki teksi ke airport (kenalah bayar AU72.00).

Kami jarang naik pesawat MAS jadi bila tengok pramugari menghidangkan arak kepada penumpang rasa macam sedih pulak. Memang saya orang kampung yang tak terdedah sangat kepada dunia hebat di luar sana namun ada perasaan pilu pula bila melihat pesawat kebanggaan Negara Islam Malaysia ada perlakuan seperti itu! Yang hidangkan pulak ialah pramugari/pramugara Melayu Islam!

Saya percaya bahawa menjadi penulis kita perlu mengembara. Dari mana nak dapat duit itu...tentulah daripada suimber royalti kita. Sebab itulah kita kena menulis dan hasilnya kita laburkan semula dalam bentuk mencari pengalaman hidup melalui pengembaraan. Bukan sahaja kita mendapat ilmu tetapi dalam masa yang sama anak-anak dan isteri kita juga mendapat manfaatnya. Entri ini ditulis bukan bertujuan hendak menunjuk-nunjuk tetapi lebih kepada perkongsian pengalaman kerana saya juga belajar mengembara hasil pembacaan blog-blog penulis lain.

Sekiranya anda ingin ke Australia anda boleh dapatkan visa Australia dengan cara yang sangat mudah (semudah ABC hihihi) pergi klik Visa Australia Murah RM20 .