26 May 2012

Juga Khas Untuk Anak-Anak Sempena Hari Ibu/Bapa (Freddie Aguilar Anak (original version)

Cubalah dengar nyanyian versi Inggeris atau Katalog ini. Walau apapun bahasanya namun kita dapat merasakan betapa pentingnya hubungan antara anak dengan ibu/ayah atau hubungan ayah/ibu dengan anak. Hargailah hubungan ini.

Khas untuk anak-anak sempena hari ibu/bapa (Freddie Aguilar -- Anak (Child) -- English version)

19 May 2012

Nilai Ekonomi Bahasa di China

China merupakan negara komunis. Sejak sekian lama negara China mengamalkan dasar pintu tertutup. Namun cuba perhatikan 3 gambar di atas. Ternyata nilai ekonomi bahasa telah memecahkan tembok besar ini. Kelihatan lelaki negro berlagak ala Usher menyanyikan lagu Inggeris. Selesai menyanyikan lagu itu dia bertutur dengan fasih dalam bahasa Kantonis (rasanya). Berduyun peminat menyerbu dataran ini untuk menyaksikan persembahan Usher palsu ini. Kebolehannya berbahasa cina dengan fasih dapat mencuit hati para pengunjung. Gambar ini diambil di sebuah kawasan peranginan di Shenzen. Lelaki negro ini terpaksa belajar bahasa Kantonis untuk mencari makan. Gambar kedua pula diambil disebuah kedai menjual ubat herba milik kerajaan di Guangzhou. Seorang profesor menerangkan mengenai kegunaan ubat herba manakala seorang lagi menterjemahkannya dengan fasih dalam bahasa Melayu. Sayang sebab bahasa Melayu yang digunakan ialah bahasa Indonesia. Malaysia harus mempergiatkan lagi penubuhan kerusi bahasa Melayu di universiti di China agar matlamat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia menjadi kenyataan. Gambar ketiga diambil di sebuah kedai menjual teh milik kerajaan di Shenzen. Gadis genit dari Yunan menerangkan dengan fasih mengenai jenis dan kegunaan teh. Gadis genit ini menggunakan bahasa Melayu ala Malaysia. Terlupa pulak nak tanya di mana dia belajar bahasa Melayu. Ternyata bahasa yang mempunyai nilai ekonomikal akan menarik orang untuk menuturkannya. Untuk pengetahuan semua di Guangzhou memang teramat sukar hendak mendengar orang bertutur dalam bahasa Inggeris...bahasa Melayu apatah lagi!

08 May 2012

Kesusasteraan Melayu dan ke Guangzhou, China

AR baru sahaja selesai menulis untuk sebuah jurnal. Berasap jugalah otak nak menulis jurnal ni. Banyak masa yang terpaksa diperuntukkan untuk menulis jurnal ini. Kajian ini pasti akan mengejutkan banyak pihak (jikalau diterbitkan)terutama apabila melihat data yang tertera dalam jurnal itu nanti. Data mengenai jumlah sekolah yang masih menawarkan kelas Kesusasteraan Melayu di negeri Melaka berbanding 10 tahun lepas dan bagaimana dengan data itu juga mempengaruhi bilangan pelajar yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu. Tak tahulah penulisan ini akan diterbitkan atau tidak sebab ada pihak yang kata 'macam hentam ..tut... aje. Bagi AR tiadalah niat sebegitu (tak pernah terlintas pun) tapi mungkin dalam suasana sekarang ni orang semuanya berpersepsi begitu...entahlah. Pada AR kita sebagai penulis kenalah tuliskan yang benar. Kita ikhlas menulis demi untuk sebuah kebenaran. Bukankah kebenaran itu penting untuk menjamin kemajuan negara kita? Kemajuan bukan diukur dari sudut duit semata-mata tetapi kemajuan juga harus diukur dari sudut modal insan yang bakal dikeluarkan melalui sistem pendidikan negara. Penulis sama-sama punya tanggungjawab untuk memajukan negara. Hanya dengan menulis suatu kebenaran sahaja yang dapat membangunkan negara. Jikalau kita menulis sesuatu yang bersifat hipokrit atau berunsur penipuan nantinya ia ibarat tiang seri tampak kukuh dari luar tapi terasnya berlopong dimakan anai-anai. Hanya menunggu masa untuk roboh dan jatuh menyembah bumi. Bukankah bagus kita menulis suatu kebenaran yang kelak mendapat ganjaran di dunia dan akhirat? Esok (10 Mei) AR akan berangkat ke Guangzhou, China. AR akan ke Guangzhou selama enam hari iaitu sehingga 15 Mei. Agak-agaknya sempat ke AR tulis sajak di sana? Jadual padat tapi harap-harap dapatlah mencuri masa menulis sajak sambil melihat Guangzhou. Apa ada di Guangzhou?

01 May 2012

IPM & Sambutan Melaka 750 Tahun

Sudah agak lama AR menyepi iaitu lebih kurang 35 hari. Antara isu yang tertinggal ialah mengenai Hari Sastera Nasional yang diadakan di Melaka. Diadakan di negeri Melaka bersempena dengan sambutan Melaka 750 tahun (ahli sejarah mengatakan Melaka dibuka pada tahun 1212 Masehi). AR sempatlah menghadiri acara pembentangan kertas kerja yang diadakan di Seri Negeri. Biarpun tidak dijemput (setiap persatuan kalau tak silap AR yang diundang ahlinya cuma 4 orang sahaja). Selalunya AR menolak untuk menghadiri Hari Sastera Nasional ini(di negeri lain) kerana AR bekerja namun bila diadakan di negeri sendiri kenalah jenguk-jengukkan muka. Malang sekali ramai orang luar dari orang Melaka. Entah manalah ghaibnya orang Melaka. Jikalau dihimpunkan guru yang mengajar BM dan KM di Melaka paling tidakpun 3,000 orang. Mungkin aspek publisiti perlu diberi perhatian (AR pun terpaksa bertanya rakan untuk mengetahui perjalanan program tersebut). Hmm ini melibatkan maruah orang Melaka jadi slogan Melaka Maju kenalah dipertahankan agar kemajuan itu diserlahkan dalam apa jua bentuk penganjuran yang dibuat.Apapun tahniah juga kepada pihak penganjur, setidak-tidaknya program ini berjaya juga dijalankan biarpun ada kekurangannya di sana sini. Berkaitan dengan Sambutan Melaka 750 Tahun, AR baru sahaja menghadiri mesyuarat AJK Ikatan Persuratan Melayu yang diadakan di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh pada hari Ahad lepas. Antara yang akan dijalankan ialah Pertandingan Menulis Cerpen dan Sajak Sempena Sambutan Melaka 750 Tahun. Acara ini terbuka kepada warga Malaysia. Temanya mengenai Sejarah Melaka. Butiran lanjut akan diumumkan oleh IPM (jangan marah AR beritahu dahulu kerana AR teruja juga tapi malang sebab mungkin AR tak boleh sertai pertandingan ini kerana AR AJK IPM). Jadi kepada penulis di luar sana buatlah persediaan awal. Bengkel Penulisan Skrip Drama Radio & TV serta Teater anjuran IPM dengan kerjasama DBP juga akan menyusul pada 23 Jun 2012 ini bertempat di Melaka. Bengkel ini akan dijalankan oleh pengarah filem terkenal dari ibu kota. Penyertaan adalah terhad kepada 30 orang sahaja. Bayaran RM50 untuk awam dan RM30 untuk pelajar. Fokusnya kepada adaptasi novel ke layar perak. Rugi jikalau tidak sertai bengkel ini. Jadi daftarlah awal-awal. Program 'Bicara Buku' juga akan dijalankan tapi tarikhnya belum dapat dipastikan. Jikalau tak silap salah sebuah buku yang terpilih ialah buku AR bertajuk 'Kasih Seharum Manisah' akan dibualbicarakan dalam majlis itu. Mesyuarat Agung Dwitahunan IPM akan diadakan pada 17 Jun di Hotel Strait Meridian. Mungkin akan ada pemilihan pucuk kepimpinan IPM pada tahun ini namun tidaklah sehangat persatuan penulis lain. AR mengharapkan agar lebih ramai penulis atau pencinta persuratan dapat mendaftarkan diri sebagai ahli IPM. Ada orang beranggapan dia tidak tahu menulis cerita sebab itulah dia tidak mahu sertai persatuan penulis seperti IPM. Itu tanggapan yang salah. Asalkan ada minat dan ada perasaan sayang kepada bahan bacaan berbahasa Melayu maka anda dialu-alukan untuk mendaftarkan diri sebagai ahli IPM. Saranan ini AR tujukan khusus untuk golongan muda. Sekiranya anda berminat sila emelkan nama, alamat, no k.p dan no telefon kepada razak_adam07@yahoo.com