19 May 2012
Nilai Ekonomi Bahasa di China
China merupakan negara komunis. Sejak sekian lama negara China mengamalkan dasar pintu tertutup. Namun cuba perhatikan 3 gambar di atas. Ternyata nilai ekonomi bahasa telah memecahkan tembok besar ini. Kelihatan lelaki negro berlagak ala Usher menyanyikan lagu Inggeris. Selesai menyanyikan lagu itu dia bertutur dengan fasih dalam bahasa Kantonis (rasanya). Berduyun peminat menyerbu dataran ini untuk menyaksikan persembahan Usher palsu ini. Kebolehannya berbahasa cina dengan fasih dapat mencuit hati para pengunjung. Gambar ini diambil di sebuah kawasan peranginan di Shenzen. Lelaki negro ini terpaksa belajar bahasa Kantonis untuk mencari makan.
Gambar kedua pula diambil disebuah kedai menjual ubat herba milik kerajaan di Guangzhou. Seorang profesor menerangkan mengenai kegunaan ubat herba manakala seorang lagi menterjemahkannya dengan fasih dalam bahasa Melayu. Sayang sebab bahasa Melayu yang digunakan ialah bahasa Indonesia. Malaysia harus mempergiatkan lagi penubuhan kerusi bahasa Melayu di universiti di China agar matlamat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia menjadi kenyataan.
Gambar ketiga diambil di sebuah kedai menjual teh milik kerajaan di Shenzen. Gadis genit dari Yunan menerangkan dengan fasih mengenai jenis dan kegunaan teh. Gadis genit ini menggunakan bahasa Melayu ala Malaysia. Terlupa pulak nak tanya di mana dia belajar bahasa Melayu. Ternyata bahasa yang mempunyai nilai ekonomikal akan menarik orang untuk menuturkannya. Untuk pengetahuan semua di Guangzhou memang teramat sukar hendak mendengar orang bertutur dalam bahasa Inggeris...bahasa Melayu apatah lagi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment