05 February 2018

Kunjungan sastera budaya GAPENA

Pada 2-4 Februari 2018, 32 orang wakil GAPENA diketuai Datuk Zainal Abidin Borhan telah membuat kunjungan sastera dan budaya ke Tanjungpinang, Indonesia. Kami telah diraikan dalam majlis makan malam di rumah Gabenor Riau. Majlis diserikan dengan persembahan oleh saudara Roslan Madun dengan Gurindam 12 yang begitu mengasyikkan tetamu.
Sabtu pagi kami ke Pulau Penyengat untuk melihat kesan tinggalan kerajaan melayu Riau dan yang paling utama untuk berkunjung ke perkuburan Raja Ali Haji yang telah mencipta Gurindam 12. Sesungguhnya lawatan ini amat mengesankan kerana disinilah hari-hari terakhir kerajaan melayu.
Pada sebelah petang kami menyaksikan acara bedah karya buku. Malamnya pula diadakan acara deklamasi sajak. AR sempat menulis sajak hasil ucapan Datuk Zainal Abidin sewaktu berucap di rumah Gabenor. Datuk menyatakan lawatan itu bagi mencari 'semangat' bagi perjuangan bahasa. Sesungguhnya lawatan ini amat besar maknanya dan begitu mengesankan. Tahniah GAPENA.