14 December 2017

Menukar Paradigma Untuk Kejayaan Gemilang

Dalam perjalanan ke Turki pada 11 Disember 2017, AR berkesempatan singgah di Dubai. Transit selama 7 jam jadi kenalah ambil kesempatan untuk melihat Dubai. AR keluar terminal 3 dan ambil metro (cuma rm4 sehala) ke Dubai Mall. Dari Terminal 3 kami melewati 13 stesyen sebelum sampai destinasi. Di situ juga terletaknya Burj Khalifa. Apa yang ingin diperkatakannoleh AR mengenai anjakkan paradigma. Bagaimana sebuah negara miskin mampu membuat pembangunan sebegini hebat. Padang pasir tandus jadi bangunan modern yang mampu menarik kedatangan peniaga dari serata dunia. Sebenarnya Malaysia punya negarawan unggul iaitu Dr Mahathir Muhammad. Idea Dr Mahathir boleh dibaca dalam Malay Dilema. Daripada negara membangun Dr Mahathir mampu mencetuskan idea menarik pelabur membina Projek Lebuh Raya Utara Selatan tanpa mengeluarkan duit kerajaan/rakyat. Dengan adanya PLUS ekonomi Malaysia berkembang pesat.

28 November 2017

Melayu Di Kota Bangkok

Pada 24 hingga 28 November 2017, AR berkesempatan berkunjung ke Kota Bangkok. AR terlibat sebagai peserta Pertemuan Dunia Melayu anjuran GAPENA, DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM THAILAND dan UNIVERSITI KASIM BANDIT. Seramai 110 orang peserta dari Malaysia, Indonesia, Brunai dan Thailand terlibat dalam acara ini. Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN menjelang 2050. Acara diadakan di Hotel Chaleena dan Universiti Kasim Bandit. Kenapa di Bangkok dan bukannya di Selatan Thailand seperti di Patani?. Rupanya terdapat banyak komuniti Melayu di Kota Bangkok. Kami juga melawat perkampungan Melayu. Melihat mereka yang dahaga untuk mengetahui tentang apa itu melayu dan untuk mengetahui dunia melayu di luar lingmungan dunia kampung mereka. Sesungguhnya perjalanan menyelusuri sejarah dan penempatan dan hubungan masyarakat melayu ini sungguh besar ertinya kepada AR. Terima kasih kepada  GAPENA, DR Fadhil, Dr Ramli dan mereka yang menjayakan program ini.

14 February 2017

Catatan Perjalanan Ke Tokyo

Pada 14 hingga 23 Disember lepas, AR berkesempatan ke Tokyo. Bercuti bersama keluarga sambil melihat budaya orang Tokyo. Kami menaiki Thai Airways. Jangan kata kami tak sayang negara dengan tidak menaiki pesawat MAS. Pasal selisih tambangnya lebih daripada seribu ringgit seorang jadi kalau didarab 5 orang....hmmm besar juga jumlah tu. Soal makanan halal di dalam pesawat jangan risau. Yang penting maklumkan sewaktu buat tempahan kita perlu makanan halal. Antara tempat yang kami kunjungi ialah stesyen keretapi Shibuya, Yokohama dan bermain ski di Gala Yuzawa.
Apa yang penting ingin dikongsikan di sini ialah soal sikap dan budaya orang Jepun. Benarlah kata orang untuk melihat budaya Islam kita kena pergi ke negara bukan Islam. Maksudnya kali ini tentulah ke Jepun.
Budaya orang Jepun
1. tandas bersih- mungkin lantai tandas kering (tidak basah) itu menandakan bersih bagi orang Jepun. Pantang mereka jikalau lantai tandas basah. Sebelum keluar dari pintu tandas mereka akan lihat ke belakang. Mereka hendak pastikan tandas itu bersih untuk digunakan oleh pengguna berikutnya. Masa turun dari kapal terbang di KLIA AR terserempak dengan orang Jepun yang naik penerbangan yang sama. Dalam keadaan tergesa-gesa dia pergi ke tandas di KLIA. Sampai di pintu tandas terus dia tak jadi masuk. Rupa-rupanya dia tak jadi masuk sebab tandas di KLIA itu lantainya basah. Mati hajatnya nak lepaskan hajat.
2. Masa- kita selalu melaungkan masa itu emas namun sekadar laungan sahaja. Tapi orang Jepun bersungguh-sungguh menghargai masa. Ciptaan teknologinya digerakkan supaya rakyat dapat  kenikmati masa berharga itu dengan semaksimum mungkin. Teknologi pembuatan kereta api dan stesyen keretapi serta sistem pengangkutan disepadukan agar rakyat tidak terbazir masa. Setiap saat amat berharga bagi mereka.
3. Kesihatan- selagi boleh berjalan mereka akan berjalan walaupun sudah bongkok 3! Mereka suka berjalan ke stesyen kereta api kecuali jikalau sudah terpaksa menggunakan kerusi roda(itupun bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain). Berjalan dapat memastikan aliran darah bergerak lancar dan kita dapat menghirup udara segar.
4. Usah menganggu orang lain- dalam kereta api masing-masing buat hal masing-masing. Sesedap mana pun muzik itu cuma kita dengar sendiri. Tidak perlu kuatkan volume telefon untuk dikongsikan dengan orang lain. Orang lain perlu berehat atau menenangkan fikiran jadi usah ganggu orang lain.
5. Berbaik sangka- Jikalau anak kita umur 13 tahun tidak perlu kita kata umurnya 12 tahun. Jikalau kita kata 12 tahun semata-mata kerana nak dapatkan diskaun harga maka petugas itu tetap percaya anak kita itu umurnya 12 tahun kerana orang Jepun amat berbaik sangka (AR tak buat ya).
6. Ikut peraturan- jangan buang sampah....sungainya pun bersih. Tak ada tilam lama atau plastik sampah seperti di Sungai Gombak atau sungai-sungai di Malaysia!
Entah bilalah Malaysia hendak jadi seperti negara Jepun ni.