08 May 2012
Kesusasteraan Melayu dan ke Guangzhou, China
AR baru sahaja selesai menulis untuk sebuah jurnal. Berasap jugalah otak nak menulis jurnal ni. Banyak masa yang terpaksa diperuntukkan untuk menulis jurnal ini. Kajian ini pasti akan mengejutkan banyak pihak (jikalau diterbitkan)terutama apabila melihat data yang tertera dalam jurnal itu nanti. Data mengenai jumlah sekolah yang masih menawarkan kelas Kesusasteraan Melayu di negeri Melaka berbanding 10 tahun lepas dan bagaimana dengan data itu juga mempengaruhi bilangan pelajar yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu. Tak tahulah penulisan ini akan diterbitkan atau tidak sebab ada pihak yang kata 'macam hentam ..tut... aje. Bagi AR tiadalah niat sebegitu (tak pernah terlintas pun) tapi mungkin dalam suasana sekarang ni orang semuanya berpersepsi begitu...entahlah. Pada AR kita sebagai penulis kenalah tuliskan yang benar. Kita ikhlas menulis demi untuk sebuah kebenaran. Bukankah kebenaran itu penting untuk menjamin kemajuan negara kita? Kemajuan bukan diukur dari sudut duit semata-mata tetapi kemajuan juga harus diukur dari sudut modal insan yang bakal dikeluarkan melalui sistem pendidikan negara. Penulis sama-sama punya tanggungjawab untuk memajukan negara. Hanya dengan menulis suatu kebenaran sahaja yang dapat membangunkan negara. Jikalau kita menulis sesuatu yang bersifat hipokrit atau berunsur penipuan nantinya ia ibarat tiang seri tampak kukuh dari luar tapi terasnya berlopong dimakan anai-anai. Hanya menunggu masa untuk roboh dan jatuh menyembah bumi. Bukankah bagus kita menulis suatu kebenaran yang kelak mendapat ganjaran di dunia dan akhirat?
Esok (10 Mei) AR akan berangkat ke Guangzhou, China. AR akan ke Guangzhou selama enam hari iaitu sehingga 15 Mei. Agak-agaknya sempat ke AR tulis sajak di sana? Jadual padat tapi harap-harap dapatlah mencuri masa menulis sajak sambil melihat Guangzhou. Apa ada di Guangzhou?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment