Kepada sesiapa yang berminat untuk menghantar hasil penulisan mereka ke Majalah Dewan Sastera silalah lihat lampiran yang AR sediakan ini. Pada lampiran ini tertera syarat-syarat yang diperlukan oleh editor Dewan Sastera. Sebelum bulan Ramadhan AR berkesempatan mendengar taklimat yang disampaikan oleh editor Dewan Sastera iaitu Tuan Fadli di Melaka. Beliau sendiri yang memberikan lampiran ini. Eloklah tuan-tuan atau puan-puan cetak dan buat salinan jikalau berhasrat mahu karya diterbitkan oleh Dewan Sastera. Penuhilah syarat-syarat yang ditetapkan. Kadang kala kita memang pandai dan kreatif menulis namun dek kerana mengambil sikap sambil lewa dalam memenuhi kehendak editor maka karya kita tidak disiarkan. AR harap lampiran ini berguna buat anda semua.
2 comments:
Salam, bila lagi saudara mahu mengirim ke Dewan Sastera?
InsyaAllah, akan cuba diusahakan buat yang terbaik untuk Dewan Sastera.
Post a Comment