05 December 2013

Teka-Teki Tarikh Penyampaian Hadiah Sayembara ITBM

Alhamdulillah akhirnya tarikh bagi penyampaian hadiah Sayembara Menulis Novel, Cerpen dan Sajak anjuran ITBM, BH dan PENA diketahui juga. AR pun tak pasti boleh maklumkan atau tidak tapi rasanya tarikh ini bukan menjadi rahsia lagi. Secara kebetulan AR ada urusan di ITBM dan dimaklumkan akan perkara ini. AR dimaklumkan tarikh penyampaian hadiah ini akan disempurnakan pada 6 Januari 2014. Khabarnya TPM akan berangkat untuk menyempurnakan majlis tersebut. Tempatnya belum dimuktamatkan lagi. Tapi AR nak maklumkan juga bahawa info ini hanyalah info awal dan tertakluk kepada pindaan. AR tak pasti menang atau tidak pertandingan ini namun hanya berserah kepada Allah SWT. Sama-samalah kita nantikan majlis ini nanti. Rasanya sudah setahun kita menunggu pengumuman rasminya. Ramai juga yang bertanya akan hal ini, nah sekarang ini sudah terjawab semoga mereka yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini akan lena tidur selepas ini.

4 comments:

ademie said...

Saya pun ikut pertandingan ni. Thanks for the info.

Luna Biru said...

Terima kasih atas infonya. Been waiting so long for this announcement.

norliza said...

Mohon pencerahan, adakah senarai yang bakal menang sudah diumumkan? Maksudnya adakah ia sudah diumumkan sebelum majlis penyampaian itu berlangsung?

Saya ada menghantar novel pertama saya ke pertandingan ini. Cuma ingin kepastian secepat mungkin jika novel saya ini tidak terpilih, saya mahu usahakannya dengan cara lain pula selepas ini (menghantarnya ke penerbit-penerbit yg mungkin berminat).

A. Razak Adam said...

Cik Norliza, maaf kerana lambat buka blog. Sebenarnya surat perjanjian penerbitan sudah diperoleh awal bagi para pemenang. Namun pihak ITBM merahsiakan kedudukan pemenang (cuma 10 pemenang terpilih sudah maklum awal). Kami takut untuk membuat hebahan kerana khuatir berlaku pindaan pada saat akhir. Kumpulan cerpen saya biarpun tidak menang namun terpilih juga untuk diterbitkan oleh ITBM (harap tiada pindaan terakhir). Jadi Norliza usah risau kerana jikalau manuskrip itu bermutu maka kemungkinan untuk diterbitkan oleh ITBM juga amat cerah. Jikalau tidak Berjaya, saya cadangkan Norliza hubungi pihak ITBM untuk dapatkan ulasan bertulis dan cuba baiki (kalau boleh) manuskrip itu berdasarkan ulasan tersebut. Saya doakan semoga manuskrip Norliza dapat diterbitkan dan bersabar dengan renyah dunia penulisan ini.