09 January 2014

Keputusan Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi anjuran ITBM-PENA, BH

Alhamdulillah teka-teki siapakah pemenang Sayembara Novel, Cerpen dan Puisi anjuran Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), PENA dan Berita Harian terjawab juga pada jam 4.30 petang 7 Januari 2014. Tahniah AR ucapkan kepada para pemenang. Seperti sudah dijangk kebanyakan pemenang yang tersenarai sudah ada nama dalam dunia penulisan dan kesusasteraan Tanah air. Lebih membanggakan ialah karya yang memenangi sayembara ini diterbitkan dalam bentuk buku perseorangan. AR bersyukur memperoleh saguhati bagi kategori novel kerana daripada 642 manuskrip yang dihantar oleh peserta cuma 30 masuk senarai akhir dan AR salah seorang finalis. Sebelum melangkah ke Dewan Bangkuet Sri Satria, Putrajaya itu AR sebenarnya tidak tahu nama-nama mereka yang masuk finalis. Apabila duduk di dalam dewan itu barulah AR sedar akan tokoh penulis yang mengelilingi AR. Dalam hati AR dapat agak kedudukan AR itu. Apapun tahniah buat mereka yang berjaya dan yang kurang bernasib baik jangan mudah putus asa. Anggap ini sebahagian daripada cabaran dalam dunia penulisan.

Hadiah yang ditawarkan


Kategori Novel
1. D.U.B.L.I.N - Wan Nor Azriq
2. Qalam Kalbu - Sri Rahayu Mohd Yusop
3. Pertemuan Musim Semi - Zubaidah Ishak

Sagu hati
4. Jajahan Bonda - Md Nizar Parman
5. Anatomi Rupert - Ruhaini Matdarin
6. Hari-hari Yuda - Neor Muhammad Azri
7. Nuansa Cinta - Mohd Fadzil Yusop
8. Tujuh Keturunan - Abd Razak Adam
9. S.P.Q.R - D.H. Danieyal
10. Semenanjung Menangis - Ariff Mohamad

Kategori Kumpulan Cerpen
1. Melawan yang Mustahil - Ruhaini Matdarin
2. Sayang Perahu Mudik Hilir - Mohd Azam Rezali
3. Sagu, Ikan Salai - Radzemah Bolhassan

Sagu hati
4. Hanya Beberapa Minit - Noridah Mohd Noor
5. Kuda-kuda Lembah Patagonia - Mohd Hafezin Khadiri
6. Serangga di dalam Kepala - Roslan Jomel
7. Langit Runtuh - Dayangku Mastura
8. Narasi Gua dan Raqim - Mawar Safie
9. Sekapur Sireh daripada Teja - Sharifah Aisiah Syed Mahazar
10. Konflik di Hati Enrique - Nazri Hussein

Kategori Kumpulan Puisi
1. Negeri Kunang-Kunang - Ridzuan Harun
2. Laut Tujuh Gelombang Buih - Rahimidin Zahari
3. Taman Maknawi - Shamsudin Othman

Sagu hati
4. Sidang Kultus - Raihani Mohd Saaid
5. Suara Bukit kepada Langit - Sahrunizam Abdul Talib
6. Mandala Sukma - Zulfazlan Jumrah
7. Perahu - Ramlah Abdul Rasid
8. Titik ke Titik, Hujan - Ariff Mohamad
9. Tentang Pertanyaan - Hani Salwah Yaacob
10. Kota Subuh - Fahd Razy

2 comments:

rokot nuluhon said...

Tahniah....kebanyakan pemenang tu lelaki kan... :)

A. Razak Adam said...

Rasanya itu bukan suatu isu. Sebenarnya pada pendapat AR penulis lelaki dan perempuan punya kekuatan yang tersendiri. Namun terdapat juga pandangan yang mengatakan penulis lelaki berpandangan jauh manakala penulis wanita tidak begitu. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan itu?