10 June 2010

Kembar Jamal Seekor Buaya


Pagi tadi AR bersarapan di tepi laut. Jam 8.00 pagi AR sudah sampai ke Pantai Pengkalan Balak. Hajat di hati ingin menikmati angin pagi sambil menenangkan fikiran. Sambil makan roti telur dan minum nescafe tarik, AR memandang ke arah laut. Dua hari lepas heboh di dalam surat khabar mengenai orang pantai yang melihat 3 ekor ikan lumba-lumba (tidak pernah sepanjang 30 tahun yang diketahui ada ikan lumba-lumba di situ). AR bertanya kepada Kak Pah (bukan nama sebenar) mengenai kesahihan cerita ini. Kak Pah kata itu bukan ikan lumba-lumba tetapi buaya tembaga, ada 2 ekor buaya tembaga di situ. Katanya buaya tembaga ini berasal dari Sungai Rambai. Pada tahun 1978, seekor buaya telah ditembak mati. Buaya itu merupakan kembar kepada pak cik Jamal. Buaya itu kulitnya licin bersih ketika ditemui(sebenarnya orang ramai telah menegah buaya ini daripada ditembak tetapi pihak berkenaan tidak mahu dengar). Doktor telah cuba menjalankan bedah siasat (walaupun telah ditegah warisnya) tetapi tetap dijalankan juga dan doktor itu mati. Selepas itu berlaku ribut badai yang kuat melanda kawasan itu. Sekarang ini pak cik Jamal sudah tua dan kembarnya sudah tiada lagi tetapi suku sakatnya masih ada lagi. Jikalau waris pak cik Jamal ingin berkahwin dan apabila mendapat alamat di dalam mimpi maka pasangan pengantin itu perlu bersanding di tepi laut kerana warisnya (buaya) di dalam laut ingin melihat waris keturunannya berkahwin. Itu ikut kata Kak Pah yang telah lama berniaga di tepi pantai Pengkalan Balak.
Sebenarnya orang-orang di kawasan Masjid Tanah pernah dengar cerita ini. Pada suatu ketika dahulu ada ibu yang melahirkan anak kembar iaitu seorang manusia dan satu lagi buaya. Benarkah cerita perihal manusia dan buaya kembar ini?

8 comments:

EJ said...

saya biasa lepak kat spot tu...tapi betul ke cerita pasal kembar buaya tu...teringin nk siasat laaa

EJ said...

saya biasa ke sana, cerita pasal kembar buaya ni first time dengar....

A. Razak Adam said...

Kalau EJ sudi cubalah temubual orang-orang tua di sekitar Kampung Balik Batu Tanjung Bidara nanti EJ akan dapat info tersebut. Kisah ini memang sesuatu yang biasa didengar di kawasan ini.

Unknown said...

Memang jamal lahir kembar tapi jamal tu lah buaya kembarnya bukan nama jamal..

Unknown said...

Memang betul.. mustika pon ad kisah ni..

fakerien said...

sekor lg kembar tu masih idup....dh tua pon tok buaya tu....org yg jaga dia pon dh tua....

Aurora said...

Itu lah unik dan sejarah kg kami di tanjung bidara ni..

Unknown said...

ye btol...kami cucu cicitnya.