PENGENALAN
Pertandingan Menulis Cerpen DBP 2012 merupakan peraduan yang julung kali
diadakan khusus untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) serta Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu. Sebagai agensi kerajaan yang
bertanggungjawab dalam mengembangkan bahasa dan sastera kebangsaan, Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) sentiasa memainkan peranan yang aktif untuk
menggalakkan penghasilan karya sastera kreatif yang bermutu dalam bahasa kebangsaan.
Tujuan Pertandingan Menulis Cerpen DBP 2012 ini diadakan adalah untuk
melahirkan lebih ramai pelapis dalam kalangan generasi muda pelbagai kaum yang
menulis karya kreatif dalam bahasa kebangsaan. Dengan demikian, peserta dapat
menonjolkan nilai-nilai murni dan positif berkaitan budaya dan kepercayaan
masing-masing kepada khalayak pembaca agar dapat difahami oleh kaum-kaum yang
lain.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1.
Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang bahasa
ibundanya bukan bahasa Melayu dan sedang menuntut di IPTA, IPTS dan IPGM.
2.
Peserta mestilah berumur 18 tahun ke atas pada atau
sebelum tarikh tutup penyertaan dan sedang menuntut di peringkat diploma atau
ijazah pertama.
3.
Cerpen yang dihasilkan mestilah sesuai untuk bacaan
rakyat berbilang kaum di negara ini dengan tidak menyentuh sensitiviti
mana-mana kaum, kepercayaan atau agama.
4.
Setiap peserta dibenarkan menghantar tidak melebihi dua
buah cerpen sahaja.
5.
Cerpen yang dihantar mestilah bertaip di atas kertas A4
sebelah muka surat dengan jarak langkau dua baris dan jenis tulisan Arial fon
12.
6.
Panjang teks cerpen adalah antara 1,800 hingga 2,000
patah perkataan (10 hingga 15 halaman).
7.
Karya mestilah dihantar dalam dua (2) salinan. Satu
salinan karya yang bercetak, dengan nama dan judul karya ditulis pada halaman
pertama cerpen dihantar bersama-sama dengan satu salinan dalam bentuk CD atau
melalui e-mel dengan melabelkan nama dan judul karya pada bahan tersebut.
8.
Cerpen yang dihantar mestilah asli, bukan saduran,
adaptasi, penyesuaian atau apa-apa sahaja yang membawa pengertian karya itu
bukan karya asli dan belum pernah tersiar atau diterbitkan oleh mana-mana pihak.
9.
Sekiranya cerpen yang dihantar ternyata melanggar
mana-mana syarat, penyertaan akan dibatalkan dan jika telah memenangi pertandingan
ini, maka hadiah tersebut terbatal dengan sendirinya dan hadiah perlu
dikembalikan kepada pihak penganjur.
10.
Cerpen yang memenangi hadiah akan dipertimbangkan untuk
disiarkan dalam majalah terbitan DBP atau diterbitkan dalam bentuk buku sebagai karya kompilasi.
11.
Cerpen yang menyertai pertandingan akan menjadi hak milik
DBP dan DBP boleh menerbitkannya dalam sebarang bentuk tanpa perlu meminta izin
daripada penulis.
12.
Pertandingan ini bermula pada bulan Jun 2012. Cerpen
hendaklah sampai kepada urus setia pertandingan pada atau sebelum 1 Oktober 2012.
13.
Keputusan panel penilai adalah muktamad.
14.
Setiap cerpen bercetak berserta borang penyertaan yang
diperakukan oleh Pejabat Jabatan atau Pejabat Dekan, CD dan sekeping gambar
berukuran pasport hendaklah dihantar ke alamat:
Urus Setia,
Pertandingan Menulis Cerpen DBP
2012,
Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum,
Aras 19, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.
Tel.: 03-2148 3411 (E Pian Pro Poul)
Tel.: 03-2148 2195 (Hadine Yunus Gadong)
15.
Faks: 03-2144 9746
Dipetik daripada laman web dbp
Dipetik daripada laman web dbp
5 comments:
kalau hantar secara emel boleh tak?
bukan bahasa ibunda 2 cm na??? that mean x leh ar cerpen bm..
GiRanG- cuba baca syarat no 7. Adalah lebih elok telefon urus setia.
Hawanabilla - maksudnya cerpen ditulis dalam Bahasa Melayu tetapi peserta bukan orang melayu.
sayangnya... khas untuk non malay students saja...
Kim Razel, jangan berputus asa. Masih banyak lagi ruang untuk saudara. Cubalah hantar cerpen yang ditulis untuk diterbitkan di majalah atau surat khabar. Cerpen yang diterbitkan nanti mungkin boleh dinilai untuk hadiah sastera. Selamat mencuba.
Post a Comment