05 June 2012
Kena edit manuskrip
Gambar di atas menunjukkan AR sedang berdiri di hadapan Perpustakaan Guangzhou, China.
Tanyalah mana-mana penulis pasal menulis pasti jawapannya enteng (namapun dah penulis). Tapi tanyalah juga mana-mana penulis pasal edit manuskrip yang sudah siap ditulis jawapannya waduh-waduh bisa pening ni. Itulah yang dialami oleh AR setiap kali apabila disuruh oleh editor untuk mengedit manuskrip yang telah siap dihantar. AR sekarang ini sedang berurusan dengan editor sebuah penerbitan terkenal (kena rahsiakan dulu). Cerita itu telah lama AR siapkan. Sesudah dihantar ke penerbit, AR disuruh betulkan ejaan (hmm biasalah). Sesudah itu kena sesuaikan dengan selera remaja pulak sebab katanya bahasa AR skema sangat (pulak). Tapi AR suka dengan editor ini sebab jujur. Kejujuran amat penting bagi memastikan hasil yang terbaik. Biarpun mungkin seseorang itu terluka dengan pendapat seseorang tentang dirinya namun percayalah bahawa teguran yang jujur itu akan membuahkan banyak kebaikan. AR percaya bahawa editor yang berpengalaman ini juga bukannya calang-calang editor kerana cara kerjanya tersusun dan kreatif. Inilah yang penting dalam sesuatu penerbitan iaitu penulis dan editor saling bekerjasama dan jujur demi memastikan hasil terbaik diperoleh. Kita bukan mengharapkan untuk buku diterbitkan sahaja tetapi jauh daripada itu demi memastikan buku yang dijual punya ramai pembeli,peminat dan punya jangka hayat yang panjang. Apa gunanya buku terbit tetapi penulis cuma mampu mengayuh basikal tua dan penerbit pula gulung tikar!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment