10 July 2013

Keputusan Sayembara Menulis Novel, Cerpen dan Sajak anjuran ITBM-BH-PENA

AR terpanggil untuk memberikan penjelasan mengenai isu yang ditulis oleh AR sekembalinya AR daripada mengerjakan ibadat umrah. Ini kerana ramai yang cuba menghubungi AR untuk mendapatkan keputusan tersebut. Ingin AR jelaskan iaitu AR cuma dihubungi untuk menandatangani perjanjian penerbitan novel bersama ITBM. AR sendiri tidak tahu akan keputusan sayembara tersebut. Keputusan sayembara tersebut khabarnya akan hanya diumumkan pada hari penyampaian hadiah yang masih lagi tidak diketahui tarikhnya. Majlis penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh orang nombor 1 atau no 2 negara. Mulanya majlis itu akan diadakan bersempena pesta buku antarabangsa KL namun PRU13 muncul menyebabkan majlis tersebut terpaksa ditunda. Kepada mereka yang ada menghantar karya novel, cerpen atau sajak untuk menyertai sayembara ini, AR harap mereka dapat bersabar. Sama-samalah kita menantikan pengumuman rasmi tersebut. Penulis yang menyertai sayembara itu diingatkan agar tidak menghantar karya mereka kepada mana-mana penerbit lain sehingga pengumuman rasmi dibuat. Ingatan ini juga untuk diri AR. Walau apa pun keputusannya sama-samalah kita nantikan bersama.

2 comments:

Eryn Nazreena said...

assalamualaikum .. bila keputusan akan keluar ?? rasanya dah lama tak ada berita tentang keputusan sayembara menulis novel, cerpen dan sajak anjuran itbm ..

A. Razak Adam said...

Ya Eryn, nampaknya sudah lama berita itu tidak kedengaran. Saya pun tak pasti bila keputusannya akan diumumkan. Agaknya selepas selesai pemilihan UMNO nanti baru keputusan itu akan keluar.