Pada kesempatan ini AR ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR kepada pelajar tahun 6 di seluruh Malaysia. Semoga calon UPSR dapat menduduki peperiksaan dengan selamat dan menjawab dengan betul. Sebenarnya menjawab peperiksaan bukan sekadar membaca, mengingat, memaham dan menjawab. Hal yang lebih utama ialah kebolehan kita untuk menjawab soalan itu lebih banyak disumbangkan oleh kemurahan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT. Hal ini bermaksud kita sebagai hambaNya hanya berkebolehan untuk berusaha dan hasilnya tentulah hak mutlak Allah SWT. Ini bukan bermaksud kita berserah bulat-bulat kepada Allah tanpa berusaha tetapi kita seharusnya berusaha dengan bersungguh-sungguh dan kemudian kita harus bertawakkal kepada Allah SWT.
Hal ini menuntut kita untuk belajar dan dalam masa yang sama kita sebagai pelajar harus juga menjaga adab belajar seperti menghormati rakan, menghormati guru, menghormati ibu bapa dan masyarakat sekeliling kita. Dan sebagai ibu bapa pula kita sewajarnya memaafkan kesalahan-kesalahan anak kita kerana hanya dengan kemaafan ini sahajalah si anak tadi mampu menjawab dengan penuh ketenangan (kerana adanya redha Allah SWT). InsyaAllah dengan adanya redha kedua ibu bapa maka akan adanya redha Allah SWT.
No comments:
Post a Comment