Dalam keadaan harga minyak petrol dan diesel naik RM0.20 seliter bermula hari ini terfikir juga AR tentang satu perkara. Apalah yang boleh dibuat oleh orang kecil seperti AR ini bagi mengatasi masalah harga minyak yang naik. Penyelesaian luar kotak fikir ialah kena lipat gandakan usaha menulis buku. Maknanya kena tulis buku lagi banyak dan ini secara tidak langsung boleh mendatangkan duit yang banyak. Dengan cara menulis buku yang banyak dan laku keras maka AR akan dapat duit yang banyak. Secara tidak langsung AR tidak akan terasa beban yang banyak dengan kenaikan harga minyak ini. Secara relatifnya apabila kuasa duit kita besar maka kuasa beli akan bertambah dan masalah kita akan dapat diatasi (dari segi kewangan).....hmm macam le senang sangat nak terbitkan buku hehehe
Sebenarnya semalam AR terima surat di atas. Penerbit ini memaklumkan sebelum ini AR akan terima royalty paling awal setahun selepas karya diterbitkan dan sewaktu perjumpaan penulis tempohari, editor pun kata bulan Disember ini baru akan dapat royalty pertama. Bila AR buka surat dari penerbit terkejut jugak sebab bayaran royalty bagi tiga bulan pertama telah dikreditkan ke dalam bank. Syukur Alhamdulillah. AR juga tidak sangka bahawa jumlah jualan novel Helo, bahaya! boleh mencecah angka yang sebegitu .....agak banyak (Januari-Mac 2013) tapi tak le cukup untuk beli motosikal Cagiva Mitto. Setakat beli basikal BMX tu boleh le hehehe.
Untuk makluman ada penerbit yang memberikan royalty 7%, 9%, 10% dan 12% malahan ada yang lebih daripada itu. Penerbit GBK memberikan 10% bagi bayaran royalty kepada penulis. Ini bermaksud
Bilangan buku terjual X Harga buku X10% = Jumlah royalty yang diterima penulis.
Pembaca kena ingat iaitu apabila mencari penerbit usah dilihat kepada peratus royalty sahaja yang dibayar tetapi juga kena lihat pakej sampingan. Dan yang paling utama sekali kena lihat ADAKAH PENERBIT ITU JUJUR ATAU TIDAK MEMBUAT PEMBAYARAN ROYALTI.
No comments:
Post a Comment