Majlis yang sungguh bermakna ini telah dianjurkan bersempena Program Bulan Bahasa Kebangsaan. Rasanya majlis ini agak singkat dan banyak aspek yang perlu diketahui lagi oleh penulis. Pada majlis ini editor kanan PTS, Karangkraf dan DBP telah duduk semeja bagi memberi penjelasan tentang rumah penerbitan masing-masing. Seharusnya penulis dari Melaka wajar hadir ke dalam majlis seperti ini agar ilmu penulisan dapat ditambah. AR sering kata iaitu kadang-kala penulis hanya tahu menulis sahaja tetapi aspek lain banyak yang tidak diketahui (AR juga maksudkan diri sendiri). Sudah sampai masanya untuk penulis punya ilmu editorial atau cara-cara untuk bekerjasama dengan editor kerana pada akhirnya nanti kita pasti mahu menerbitkan karya yang terbaik.
No comments:
Post a Comment