04 July 2014

Pengalaman Dibedah

Pada tanggal 1 Julai 2014 tercatatlah sejarah dalam hidup AR iaitu dibedah! Mulanya pada jam 1 pagi AR terasa sakit biasa dan sakit itu makin bertambah sehingga ke pagi namun AR gagahkan juga untuk pergi bertugas. Sewaktu di sekolah nampaknya sakit tidak mampu ditahan-tahan lagi dan terpaksa AR meminta bantuan dengan isteri pada jam 10 pagi untuk menghantar AR ke hospital swasta. Doktor yang merawat terpaksa memberikan satu suntikan ubat penenang. Hasil imbasan CT Scan memang sah ada batu karang antara buah pinggang dengan pundi kencing. Petang itu juga iaitu pada jam 5 petang, AR telah dibedah.
Sebenarnya tidak semua orang mendapat pengalaman ini. Sebagai seorang penulis biarpun pembedahan itu merupakan sesuatu yang amat menggerunkan (AR akui agak gementar juga) namun ia juga merupakan sesuatu yang amat istimewa......pengalaman dibedah! Kita biasa mendengar orang dibedah dan kita juga biasa melihat bagaimana sedutan filem sesuatu aksi pembedahan itu dijalankan namun ia sama sekali tidak sama dengan pengalaman diri sendiri menjalani pembedahan.
1. Bagaimana doktor bedah menerangkan apa yang akan dilakukannya.
2. Bagaimana doktor pakar bius menerangkan apa yang akan dibuat.
3. Apakah soalan doktor dan jururawat sebelum kita memakai baju untuk tujuan pembedahan
4. Bagaimana kita ditolak ke dalam dewan bedah dan apakah persoalan yang bermain di fikiran kita semasa itu
5. Apakah peralatan yang ada di dalam dewan bedah.
6 Berapa banyak suntikan yang dikenakan ke atas kita dan pada bahagian mana.
7. Apakah perasaan kita apabila separuh badan kita tidak boleh digerakkan apabila dibius separuh badan.
8. Apakah perasaan kita apabila kita mampu melihat doktor sedang menjalankan pembedahan melalui skrin yang ditayangkan di hadapan kita.
9. Apakah yang dibualkan oleh para doktor di dalam dewan bedah!
10. Apakah perasaan kita apabila kita selesai menjalani pembedahan (setelah kita sedar).


Semua soalan ini hanya mampu dijawab oleh mereka yang telah menjalani pembedahan. Tapi nasihat AR...jangan cuba-cuba mendak mencari penyakit semata-mata hendak mendapat pengalaman dibedah kerana sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Banyak cara kita boleh gunakan untuk mencari bahan untuk menulis namun cara yang tidak disangka-sangka muncul tanpa kita rancangkan. Bersangka baiklah kepada Allah SWT kerana setiap kejadian itu pasti ada hikmat daripada Yang Maha Esa.

No comments: