18 August 2014

Bagaimana idea terbinanya Sena Bayu?

Umum mengetahui Sena Bayu merupakan chalet tepi laut yang baru sahaja siap dibina. Bagaimana terbit idea untuk membina  Sena Bayu?
Sena Bayu terbit hasil perjalanan dan pengembaraan AR ke seluruh dunia. Keinginan untuk berkongsi rasa dan perasaan mendorong AR untuk membina Sena Bayu. Sebagai seorang penulis, pengembaraan amat penting dan sebagai seorang penulis juga perlu ada masa untuk merehatkan diri bagi memikirkan idea penulisan. Mungkin tidak semua penulis bersetuju dengan alas an AR itu sebab ada penulis yang perlu ditekan perasaannya baru boleh menulis namun itu terserah kepada diri masing-masing. Ungkapan 'jauh perjalanan, luas pemandangan dan banyak pengalaman' mungkin sesuai dikaitkan dengan situasi ini.
AR pernah menulis novel 'Homestay Bayu'. Kisah bagaimana seorang pelajar yang mendapat idea membina homestay di kampung dia. Idea ini sebenarnya suatu cara untuk AR berkongsi cita-cita dengan para pembaca. Kita perlu ada idea dan berani untuk merealisasikan idea kita itu. Sebagai seorang penulis, AR telah pun melaksanakan tanggungjawab menulis dan sekarang AR kenalah buktikan bahawa apa yang AR tulis itu boleh direalisasikan. Ada sesetengah orang yang memomokkan kononnya penulis tidak berpijak di bumi nyata. Katanya penulis novel hanya tahu menulis sedangkan hakikatnya apa yang ditulis itu bukan boleh dipakai sangat ideanya. Nah, sekarang terserahlah kepada pembaca untuk menilainya. Pokoknya AR sudah merealisasikan apa yang AR tulis melalui novel 'Homestay Bayu'. Dan kepada mereka yang ingin merasai pengalaman menginap di Sena Bayu yang terletak 10 meter dari gigi air pantai Selat Melaka bolehlah menghubungi AR.



2 comments:

Unknown said...


Ya En. Razak, semuanya dari angan-angan

A. Razak Adam said...

Ya Suhana Saat. Daripada angan-anganlah yang menumbuhkan semangat untuk menegakkan Chalet Sena Bayu. Kini Chalet Sena Bayu punya 12 bilik kesemuanya!