13 October 2014

Siri Wacana 3 Sulalatus Salatin




Gambar yang telah diambil oleh salah seorang peserta siri Wacana 3 Sulalatus Salatin di Kolej Universiti Islam Melaka. Siri Wacana ini telah diadakan pada hari Khamis 9 Oktober 2014. Dalam majlis ini AR ajukan saranan agar buku Sejarah Melayu diberikan perhatian sewajarnya. Kita perlu melipatgandakan usaha untuk mendidik pelajar seawal kanak-kanak lagi untuk meminati cerita-cerita di dalam Sulalatus Salatin. Usaha perlu dibuat bagi mengadaptasi ke dalam bentuk filem atau menghasilkan kartun-kartun yang dapat mengetengahkan watak atau cerita-cerita di dalam Sulalatus Salatin. Ini bertujuan mendekatkan kanak-kanak dengan karya agung ini.

No comments: