Alhamdulillah. Inilah novel terbaru AR yang telah diterbitkan oleh ITBM. Novel ini terbit sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015. InsyaAllah esok AR akan pergi ke PBAKL 2015 di PWTC. Hasrat hendak melihat buku terbaru. Perasaan ini umpama perasaan ingin melihat anak baru dan rasanya semua penulis begitu iaitu ada rasa teruja setiap kali ingin melihat buku mereka. Novel ini merupakan buku yang kesebelas yang telah dihasilkan oleh AR secara perseorangan iaitu 10 buah novel dan sebuah kumpulan cerpen.
Cemeh? Cemeh bermaksud buta iaitu suatu bentuk sindiran terhadap mereka yang celik. Seorang buta yang sanggup bersusah payah untuk mengekalkan warisan tradisi Melayu. Berjayakah Lebai Awang mengekalkan seni warisan bangsanya? Bagaimana pula dengan usaha yang telah dibuat oleh Salahuddin yang sedang belajar di Australia? Bagaimana pula penerimaan masyarakat luar terhadap seni budaya masyarakat melayu ini? Untuk mengetahui lebih lanjut lagi maka dapatkan Novel Cemeh yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Negara (ITBM)
26 April 2015
23 April 2015
Tema Dan Persoalan Novel Pantai Kasih
![]() |
TEMA NOVEL PANTAI KASIH
Tema novel Pantai Kasih ialah ketabahan hati seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam menempuh kehidupnya.
Antara contoh ketabahan hati wanita ini dalam menempuh ranjau kehidupannya ialah,
Tabah menghadapi kematian anak perempuannya
Doktor Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak perempuan tunggalnya itu adalah seorang anak istimewa yang menghidapi ‘down sindrom’. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya itu.
Tabah menghadapi kegagalan rumah tangganya
Kegagalan rumah tangga antara Raiha dan suaminya Doktor Sadiz disebabkan keenganan Raiha mendengar nasihat suaminya agar menggugurkan kandungannya yang didapati cacat atau ‘down sinDoktorom’. Raiha juga melebihkan perhatian kepada anaknya apabila sudah dilahirkan menyebabkan kemarahan suamnya berganda. Kejadian kematian anaknya akibat disambar api kereta mewah yang sedang marah merupakan kemuncak kemarahan suaminya, apatah lagi setelah bekas suaminya menang kes dalam mahkamah dalam menentukan kesalahan siapakah punca kematian anaknya itu. Akibat saksi utama tidak muncul dalam perbicaran, bekas suaminya yang menggantung perkahwinannya sehingga akhir hayat menang dalam kes tersebut dalam perbicaran di mahkamah keluarga, dengan bangga dan sinis senyum dan melafazkan dia tidak akan melepaskan Raiha melainkan meninggalkannya tergantung-gantung sepanjang hayatnya. Kegagalan dalam rumah tangga itu dihadapi dengan tabah walaupun sanak saudaranya pada peringkat awal menyokongnya tetapi semakin berkurangan selepas peristiwa itu.
Tabah menghadapi bangkangan ayahnya untuk menjadi pakar bedah
Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Tabah menerima tugas membedah
Raiha tabah menerima tugas membedah Unong Siron walaupun tahu sepatutnya pembedahan tersebut dilakukan oleh Doktor Uwang tetapi atas kepercayaan yang diberikan menjadikan dia setuju untuk membedah pesakit itu buat kali keenam. Dia melakukan dengan sebaik mungkin supaya Unong Siron akan dapat mengakhiri penderitaan kesakitannya selepas itu. Raiha juga tabah dalam membuat keputusan untuk membedah Doktor Uwang yang mengalami kecederaan teruk pada pergelangan tangan dan temurung lutut doktor itu supaya dapat menyelamatkan doktor itu yang mengalami kemalangan selepas merempoh tembok Pusat Rawatan Kasih.
Tabah menghadapi penceroboh
Apabila Pantai Kasih diceroboh oleh seorang pemuda berumur dua puluhan yang merupakan bekas pelajar peubatan yang tidak menamatkan pelajarannya, Raiha tabah dan mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut. Doktor palsu tersebut memang mencarinya dan melakukan panggilan palsu sebelum ini. Dalam saat getir menenangkan penceroboh tersebut dan setelah ditenangkan oleh ibu Unong Siron yang secara kebetulah mengenali pemuda itu, Raiha memberikan pendapat bahawa pemuda tersebut diminta membantunya merawat Unong Siron yang tenat di hospital lain. Pemuda tersebut bersetuju diiringi ke hospital tempat anak ibu Unong dirawat dan akhirnya diberkas.
Tabah menerima berita punca kematian anaknya.
Setelah beberapa peristiwa hitam yang dihadapi oleh Raiha sebelum ini menjadikan dia seorang yang tabah apabila mengetahui punca sebenar kematian anaknya selepas Sister Felicia Landosi menceritakan perkara sebenar yang berlaku. Raiha tabah dengan berita punca kematian anaknya itu dan menganggap mereka adalah mangsa keadaan.
PERSOALAN NOVEL PANTAI KASIH
Terdapat banyak persoalan yang terkandung dalam novel ini. Antaranya;
1. Persoalan tentang kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat.
Sikap lebih mementingkan keuntungan syarikat digambarkan melalui watak Doktor Uwang yang tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong asalkan berkemampuan mendapatkan rawatan. Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di sekolah berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak menggangu rutin dan statusnya. Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya sedangkan dia memang tidak menginginkan anak apabila berumah tangga.
2. Persoalan tentang sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah tangga.
Sikap Doktor Uwang yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga menggambarkan bahawa dia seorang yang suka bebas dan tidak mahu dikongkong. Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam dan minum arak bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya berakhir ke ranjang. Namun sikapnya yang memastikan kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’ menjadikan dia seorang yang pemilih.
3. Persoalan tentang tanggungjawab yang harus dipikul.
Raiha bersetuju untuk melakukan pembedahan ke atas Unong walaupun dia berasa bahawa Dokor Uwanglah yang selayaknya melakukan pembedahan tersebut. Raiha juga berasa bahawa menjadi tanggungjawabnya melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan merempuh tempoh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia terpanggil untuk melakukannya demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut.
4. Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan.
Felecia mengaku kesalahannya Walaupun pada peringkat awal Felecia berasa sangat marah dengan emak Unong yang menuduhnya bersubahat menipu namun akhirnya Felecia mengakui kesalahannya itu dihadapan Raiha. Felicia juga mengakui bahawa dia tahu kejadian sebenar peristiwa yang meragut nyawa anak peremuan Raiha. Dia meminta maaf kerana merahsiakannya kerana takut.
5. Persoalan tentang reda dengan ketentuan tuhan.
Walaupun Raiha sudah mengetahui punca kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas suaminya Doktor Sadiz yang membakar kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di situ namun Raiha reda dengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang berlaku sebagai ketentuan tuhan dan mereka adalah mangsa keadaan. Dia tidak menyalah sesiapa termasuk Felicia sebaliknya reda menerima berita tersebut.
6. Persoalan tentang tabah menghadapi rintangan.
Raiha begitu tabah menerima rintangan dalam hidup. Ketabahan Raiha bermula dengan gangguan peristiwa hitam keruntuhan rumah tangganya. Walaupun dia dijadikan bahan tontonan sewaktu kes perbicaraan tersebut mendapat liputan media dan dia gagal dalam kes tersebut, namun dia meneruskan kehidupan dengan tabah. Dia juga tabah sewaktu ditempelak oleh Sister Felicia yang kurang berpuas hati dengan tindakannya menyebelahi emak Unong Siron. Walaupun Felicia tidak mengendahkan Raiha selepas kejadian itu dia tabah menghadapi Felicia kerana meraka bekerja sebumbung. Raiha juga tabah dan berhasrat untuk melupakan peristiwa dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang. Dia ingin memulakan hidup baru yang lebih selesa.
7. Persoalan tentang keruntuhan rumah tangga.
Akibat keruntuhan institusi rumah tangga seseorang itu akan menghadapi trauma yang berpanjangan. Raiha sentiasa dibayangi kisah silam termasuk keruntuhan rumah tangganya. Sikap Doktor Sadiz yang dianggap keterlaluan memintannya menggugurkan kandungan mereka, dan juga menggantung Raiha tidak bertali selepas menang dalam kes perbicaraan menjadikan peristiwa hitam tersebut tidak luput dalam masa singkat.
8. Persoalan tentang kasih sayang.
Raiha begitu sayang akan anaknya Rohayu walaupun didapati Rohayu cacat sebelum dilahirkan lagi. Baginya anaknya itu mempunyai hak untuk lahir dan mendapatkan kasih sayangnya. Selepas Rohayu dilahirkan, Raiha menghabiskan banyak masa melayani Rohayu berbanding bekas suaminya Doktor Sadiz yang mengharapkan agar anaknya itu dihantar ke pusat pejagaan jauh dari situ bagi mengelakkan taraf dan kewibawaannya dijadikan bahan perbincangan ramai. Raiha pula berasa kasih atas nasib yang menimpa Unong.
ubahsuai daripada blog guru-guru BM
22 April 2015
Teka-Teki Keputusan Sayembara ITBM PENA BH 2 Terjawab.
KEPUTUSAN SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH 2
KATEGORI NOVEL:
Hadiah Pertama (RM15,000 + medal + sijil)
Jong Chian Lai
Novel : Ah Fook
Hadiah Kedua (RM12,000 + medal + sijil)
Hasanuddin Md Isa
Novel : Sarjana Bangsa
Hadiah Ketiga (RM9,000 + medal + sijil)
Asari Ismail
Novel : Embargo
Hadiah Sagu hati (7 x RM3,000 + medal + sijil)
• Neor Razak Neor Hashim ( Berjalan di Negeri Suhad)
• Ruhaini Matdarin (Trivia)
• Amer Hmzah L. Kadir (Bedar Tanpa Laut)
• Nazri Hussein ( S.P.I.D.E.R Teori Sang Labah-Labah)
• Norhisham Mustaffa (Guran)
• Hafizah Iszahanid (Bukan Orang-Orang)
• Budiman Mahamood ( Galau)
KATEGORI KUMPULAN CERPEN:
Hadiah Pertama (RM10,000 + medal + sijil)
Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy
Pascasejarah
Hadiah Kedua (RM7,000 + medal + sijil)
Syahidatul Munirah Badrul Munir
Lela Rentaka
Hadiah Ketiga (RM5,000 + medal + sijil)
Jasni Matlani
Pembunuh Anarki
Hadiah Sagu hati (7 x RM2,000 + medal + sijil)
• Abang Median Abang Said (Cacing di Dahi)
• Siti Salbiah Raduan (Segara Lazuardi)
• Hafizah Iszahanid ( Perempuan Berambut Merah)
• Nazri Hussein (Cahaya Pelita Nurani)
• Ruhaini Matdarin (Jenaka Si Darah Lagenda)
• Mohd Ali Salim (Kapal Perang)
• Haizir Othman (Siaran Radio Lewat Pagi)
KATEGORI KUMPULAN PUISI:
Hadiah Pertama (RM10,000 + medal + sijil)
Muhammad Lutfi Ishak
Dondang Pembukaan
Hadiah Kedua (RM7,000 + medal + sijil)
Mohd Rosli Nik Mat
Matahari Itu Jauh
Hadiah Ketiga (RM5,000 + medal + sijil)
Jasni Matlani
Dongeng Perkebunan
Hadiah Sagu hati (7 x RM2,000 + medal + sijil)
• Ramli Selamat (Malam Hujan dan Oksimoron)
• Lim Kim Hui (Metamorfosis Kimchi)
• Zainal Abidin Suhaili (Merdeka Burung)
• Ramzah Dambul (Dari Cinta kepada CInta)
• Hamir Habeed Mohd Abdul Settar (Ceritera Dari Daerah Luruh)
• Sholihin Osman ( Sangkar Alam)
• Rahimidin Zahari (Sehelai Daun Kenangan)
Tahniah kepada semua pemenang. Semoga karya yang terhasil daripada sayembara ini akan mengayakan khazanah berharga dunia sastera Tanah air kita.
Jong Chian Lai
Novel : Ah Fook
Hadiah Kedua (RM12,000 + medal + sijil)
Hasanuddin Md Isa
Novel : Sarjana Bangsa
Hadiah Ketiga (RM9,000 + medal + sijil)
Asari Ismail
Novel : Embargo
Hadiah Sagu hati (7 x RM3,000 + medal + sijil)
• Neor Razak Neor Hashim ( Berjalan di Negeri Suhad)
• Ruhaini Matdarin (Trivia)
• Amer Hmzah L. Kadir (Bedar Tanpa Laut)
• Nazri Hussein ( S.P.I.D.E.R Teori Sang Labah-Labah)
• Norhisham Mustaffa (Guran)
• Hafizah Iszahanid (Bukan Orang-Orang)
• Budiman Mahamood ( Galau)
KATEGORI KUMPULAN CERPEN:
Hadiah Pertama (RM10,000 + medal + sijil)
Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy
Pascasejarah
Hadiah Kedua (RM7,000 + medal + sijil)
Syahidatul Munirah Badrul Munir
Lela Rentaka
Hadiah Ketiga (RM5,000 + medal + sijil)
Jasni Matlani
Pembunuh Anarki
Hadiah Sagu hati (7 x RM2,000 + medal + sijil)
• Abang Median Abang Said (Cacing di Dahi)
• Siti Salbiah Raduan (Segara Lazuardi)
• Hafizah Iszahanid ( Perempuan Berambut Merah)
• Nazri Hussein (Cahaya Pelita Nurani)
• Ruhaini Matdarin (Jenaka Si Darah Lagenda)
• Mohd Ali Salim (Kapal Perang)
• Haizir Othman (Siaran Radio Lewat Pagi)
KATEGORI KUMPULAN PUISI:
Hadiah Pertama (RM10,000 + medal + sijil)
Muhammad Lutfi Ishak
Dondang Pembukaan
Hadiah Kedua (RM7,000 + medal + sijil)
Mohd Rosli Nik Mat
Matahari Itu Jauh
Hadiah Ketiga (RM5,000 + medal + sijil)
Jasni Matlani
Dongeng Perkebunan
Hadiah Sagu hati (7 x RM2,000 + medal + sijil)
• Ramli Selamat (Malam Hujan dan Oksimoron)
• Lim Kim Hui (Metamorfosis Kimchi)
• Zainal Abidin Suhaili (Merdeka Burung)
• Ramzah Dambul (Dari Cinta kepada CInta)
• Hamir Habeed Mohd Abdul Settar (Ceritera Dari Daerah Luruh)
• Sholihin Osman ( Sangkar Alam)
• Rahimidin Zahari (Sehelai Daun Kenangan)
Tahniah kepada semua pemenang. Semoga karya yang terhasil daripada sayembara ini akan mengayakan khazanah berharga dunia sastera Tanah air kita.
07 March 2015
Kembara Sajak Sungai Linggi Anjuran IPM
Pada 1MAC 2015, Ikatan Persuratan Melayu (IPM) telah mengadakan program Kembara Sajak Sungai Linggi. Seramai 40 orang (Ahli IPM serta keluarga) telah mengikuti program ini. Program ini diadakan bertujuan meneroka khazanah alam yang terdapat di sepanjang Sungai Linggi yang menjadi sempadan antara Negeri Sembilan dengan Melaka. Peserta telah dibawa melawat sabak arang iaitu tempat membuat arang kayu yang diusahakan oleh Haji Daud (gambar yang nampak macam gua). Kami kemudian melawat Kota Simpang (bekas peninggalan kota lama). Kota ini merupakan kota lama (Bugis, Belanda dan Inggeris) bagi tujuan memungut hasil (tol) bagi kapal yang keluar masuk ke Seremban dan lain-lain kawasan sekitarnya. Kemudian kami melawat pelabuhan darat RTC Kuala Linggi. Sebelum balik kami singgah di Taman Cenderalokan. Di situ kami membaca sajak dengan berlatar belakangkan sungai Lingui (mengikut nama yang diberikan oleh pedagang China). Sesungguhnya program ini telah dapat memberikan suatu pengalaman baharu dan unik buat para peserta dan ahli keluarga mereka.
12 January 2015
Pengalaman Membantu Mangsa Banjir
Semua sedia maklum malapetaka banjir yang dahsyat telah melanda beberapa buah negeri di Malaysia pada akhir Disember 2014. Kejadian air pasang besar, angin kuat, ombak tinggi dan hujan turun tanpa henti telah mengakibatkan banjir besar di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Dikatakan malapetaka kerana memang kebisaan berlakunya banjir di negeri-negeri ini setiap kali tibanya musim tengkujuh namun pada akhir Disember 2014 kejadian bah itu memang luar biasa. Lihat sahaja apa yang dilaporkan oleh mangsa yang terlibat atau sukarelawan yang pergi membantu mangsa ini. Gambar rumah hilang, jalan runtuh, jambatan roboh dan keadaan mangsa semuanya menceritakan keadaan sebenar yang dialami oleh mangsa ini.
Pada 4 Januari 2015 (Ahad), AR berkesempatan pergi ke Temerloh, Pahang untuk membantu mangsa banjir di sana. Seminggu sebelum itu AR telah berpakat dengan isteri untuk membantu mangsa banjir. Alhamdulillah Syarikat Asiah Perabot sudi meminjamkan sebuah lori untuk tujuan digunakan sebagai kenderaan mengangkut bantuan ini. Lebih bersyukur lagi apabila Syarikat Perniagaan Ambah yang beroperasi di Masjid Tanah terus menghulurkan bantuan dengan menyerahkan barangan yang berharga hampir dua ribu ringgit untuk diberikan kepada mangsa banjir. Orang perseorangan yang lain juga turun membantu menghulurkan bantuan. Akhirnya setelah dikumpulkan barangan yag diperoleh....sungguh luar biasa. AR terpaksa mendapatkan sebuah lori lagi kerana terlalu banyak barang yang didermakan oleh masyarakat Masjid Tanah. Allah ingin menolong kami, Syarikat Katering & Kanopi Zali turut bermurah hati membantu usaha murni ini. Kami juga mendapat bantuan daripada IPM, UITM, HALUAN dan beberapa pertubuhan lain untuk menjayakan program ini.
Kami bertolak ke Temerloh dan mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat di Kampung Guai dan Kg Berhala Gantang. Rasa sedih amat kami rasakan apabila melihat penderitaan dan kemusnahan yang dihadapi oleh penduduk kampung yang terlibat.
Sesungguhnya sebagai seorang penulis AR dapat merasai sendiri pahit getir dan segala susah payah yang dideritai oleh penduduk Temerloh yang terlibat dengan musibah banjir ini. Namun betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga pengalaman membantu mangsa banjir ini akan lebih mematangkan lagi kita dalam menempuh kehidupan yang singkat ini.
Pada 4 Januari 2015 (Ahad), AR berkesempatan pergi ke Temerloh, Pahang untuk membantu mangsa banjir di sana. Seminggu sebelum itu AR telah berpakat dengan isteri untuk membantu mangsa banjir. Alhamdulillah Syarikat Asiah Perabot sudi meminjamkan sebuah lori untuk tujuan digunakan sebagai kenderaan mengangkut bantuan ini. Lebih bersyukur lagi apabila Syarikat Perniagaan Ambah yang beroperasi di Masjid Tanah terus menghulurkan bantuan dengan menyerahkan barangan yang berharga hampir dua ribu ringgit untuk diberikan kepada mangsa banjir. Orang perseorangan yang lain juga turun membantu menghulurkan bantuan. Akhirnya setelah dikumpulkan barangan yag diperoleh....sungguh luar biasa. AR terpaksa mendapatkan sebuah lori lagi kerana terlalu banyak barang yang didermakan oleh masyarakat Masjid Tanah. Allah ingin menolong kami, Syarikat Katering & Kanopi Zali turut bermurah hati membantu usaha murni ini. Kami juga mendapat bantuan daripada IPM, UITM, HALUAN dan beberapa pertubuhan lain untuk menjayakan program ini.
Kami bertolak ke Temerloh dan mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat di Kampung Guai dan Kg Berhala Gantang. Rasa sedih amat kami rasakan apabila melihat penderitaan dan kemusnahan yang dihadapi oleh penduduk kampung yang terlibat.
Sesungguhnya sebagai seorang penulis AR dapat merasai sendiri pahit getir dan segala susah payah yang dideritai oleh penduduk Temerloh yang terlibat dengan musibah banjir ini. Namun betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Semoga pengalaman membantu mangsa banjir ini akan lebih mematangkan lagi kita dalam menempuh kehidupan yang singkat ini.
17 December 2014
Catatan Pengembaraan Ke Perth
Syukur alhamdulillah pada 4 hingga 11 Disember, AR sekeluarga telah dapat pergi ke Perth, Australia. Sebelum ini pada tahun 2010, AR telah berkunjung ke Melbourne jadi pada tahun ini AR sekeluarga telah memilih Perth. Kenapa perlu ke Perth? Mungkin kebetulan tambang MAS ke sana murah pada saat itu berbanding dengan tambang yang ditawarkan oleh AirAsia. AR tidak menggunakan khidmat agensi pelancongan tapi AR pergi sendiri redah ke sana bersama keluarga. Sebelum ini AR pernah ke UK, Paris, Melbourne, Korea dan Jepun tanpa menggunakan khidmat agen pelancongan jadi ada keyakinan diri yang tinggi untuk pergi sendiri.
Kenapa perlu pergi
sendiri tanpa menggunakan khidmat agen pelancongan?
1. Pastinya
belanja akan menjadi murah baik dari segi pengangkutan, tempat tinggal dan
makanan.
2. Nak bebas pergi
ke mana yang kita suka tanpa terikat dengan orang lain.
3. Sebagai penulis
kita akan dapat lebih banyak pengalaman seperti sesat hehehe (sesat itu
bukankah akan mengajar kita menjadi manusia yang lebih baik....itupun kalau
jumpa jalan pulang).
4. AR dapat
menyewa kereta untuk bergerak ke sana dan merasai pengalaman pemanduan di lebuh
raya Perth sehingga sejauh Margaret River yang sejauh 3 jam perjalanan memandu
kereta.
5. Akan dapat
merapatkan hubungan kekeluargaan sesame anak beranak.
6. Lebih upaya
untuk menikmati percutian kita.
Apa yang AR dapati
di Perth ini,
1. Lebuh rayanya
tiada tol.
2. Pengguna jalan
rayanya patuh undang-undang terutama had laju.
3. Masyarakatnya
menghormati binatang (kangaroo, itik liar dan lain-lain binatang)
4. Bas percuma!
5. Sistem komuter
dan pengangkutan lain dapat diintegrasi dengan cekap.
Tempat yang AR
pergi
1. Hari pertama.
Sampai Terminal 1
Airport Perth jam 4.30 petang. Kami memutuskan naik bas free sampai terminal 3.
Kemudian naik teksi (kereta besar yang kami tak sangka boleh isi 5 orang dengan
beg besar 5). Tambang AU64 sampai ke apartmen. Oleh kerana dah malam kami cuma
berjalan di depan apartmen sahaja. Itu pun ada Harbour Town tempat membeli belah. Oleh kerana penat kami
makan kebab (satu AU10 atau RM29).
2. Hari berikutnya
Melawat Bandar Perth
- Kami menginap di
City Stay Apartment Hotel yang terletak kurang 2 km dari pusat
bandar. oleh kerana ada bas free jadi pilihannya tentulah naik bas. Ada 1 malam
tu kami berjalan kaki sebab nak rasa suasananya pada waktu malam.
- barang-barangnya
boleh tahan mahal jadi tengok sahajalah.
- makanan halal di
sini kebab jadi tak ada masalah soal makanan (tapi sekali makan untuk kami
sekeluarga RM150 itu pun untuk kebab sahaja!
- seronoknya di
sini sebab cuacanya agak sejuk 24 C biarpun pada bulan Disember. Tapi kering.
- Kings Park and
Botanical Garden.
Naik bas percuma
(selang sepuluh minit ada bas).
-tamannya bersih
dan dijadikan tempat yang sesuai untuk para pelajar belajar pasal hutan.
-bertemu dengan
seorang rakyat Malaysia (berbangsa India) yang bekerja sebagai pembantu
kedai menjual minuman di Kings Park. Dia baru tamat belajar di
Perth. Dalam proses nak dapatkan kerakyatan Australia. Dia kata ekonomi
Malaysia sedang merudum sebab itu dia nak berhijrah.
- Melihat Pameran
lukisan orang asli Australia iaitu Aboriginal Art Gallery di Kings
Park....amat mengkagumkan. Tapi harganya AU3000...hmm tak mampu nak beli.
3. Hari Ketiga-
Fremantle
- terletak agak
jauh dari Perth. Naik komuter lebih kurang 30 minit. (tiket AU11.40 untuk keluarga
4 orang (pergi balik) dan AU4.10 untuk dewasa lain (sehala).
- melawat penjara
di Fremantle. Berasa agak takjub dengan kekebalan penjara itu termasuk tempat
dijalankan hukuman gantung.
- makan fish &
chip di bandar pelabuhan Fremantle . Makanan halal sebab itulah jumpa ramai
orang Malaysia.
4. Hari keempat.
Sekali lagi
bergerak ke Fremantle tapi kali ini destinasinya ialah ke Rottnest Island yang
terletak 30 minit berlayar naik feri dari pelabuhan Fremantle (B Shed Port).
Kami bertolak jam 11.30 jadi agak lewat ke sana. Tapi sebelum tu kami beli cenderamata
di pelabuhan Fremantle (E Shed Market). Untuk pengetahuan anda harga di sini
paling murah berbanding di tempat lain. Jadi kalau nak beli cenderamata kenalah
beli di sini. Ohh ya kedai di sini cuma dibuka pada hari tertentu sahaja kalau
tak silap Khamis hingga Ahad.
Kami tiba di Rottnest
Island sekitar jam 1.00. Tiba di sana terlihat ikan pari dengan diameter hampir
2 meter. Rasanya kalau di Malaysia dah kena tangkap dah ikan pari ni tapi di
sini dia bebas berenang...hairan bin ajaib. Kami kemudian naik bas free ke
sebuah pantai peranginan (free lagi). Pada waktu tengah hari buta tu kami
bertiga mandi laut. Airnya sejuk gila mungkin 8 C (kena sunburn...padan muka
hihihi). Pantai ini sungguh cantik dan banyak bot mewah yang berlabuh di sini.
Lautan Hindi (tempat bersemadinya MH 370) ini kaya dengan hidupan rumpai laut.
Burung yang pelbagai jenis juga ada di sini. Yang banyak di sini ialah sejenis
binatang dipanggil quokka.. macam kangaroo juga...spesies tikus mondok.
Aktiviti berbasikal ada disediakan tapi dikenakan bayaran (biasalah). Pulau ini
agak luas untuk diteroka (siap ada lapangan terbang). Jikalau banyak duit boleh
naik bas berbayar dan mengelilingi pulau ini. Lagi bagus kalau dapat tidur di
sini dengan menyewa chalet atau hotel di sini.
5. Hari Kelima
- sewa kereta yang
diusahakan oleh peniaga Cina Malaysia. Cadang nak sewa 2 hari tapi oleh kerana
nak pergi sejauh Margaret River terpaksa sewa 3 hari (unlimited milage). Duit
Au tak cukup untuk deposit keselamatan jadi mujur juga dia terima RM1500 untuk
duit deposit tu. Itu untungnya berurusan dengan orang Malaysia (bekas)
- kami bergerak ke
Margaret River (konon nak rasa petik buah anggur). 3 jam perjalanan punyalah
jauh mujur juga lebuh rayanya percuma.
- singgah beli
buah ceri (besar dan baru dipetik) di tepi jalan AU18 sekilo ....pehh.
-terlalu banyak terdapat
ladang di kiri kanan yang ingin dijual. Agaknya ekonomi Australia juga hampir
merudum sama.
- banyak ladang
anggur tapi buahnya masih kecil.
-terdapat juga
ladang biri-biri dan lembu.
- kami tiba
sekitar jam 3 petang kami tiba di Lake Cave berhampiran Margaret River. Kami
makan dahulu bekalan yang kami bawa sebab anak-anak pun dah lapar. Kemudian
3.30 petang kami masuk ke dalam gua. Sangat menakjubkan kerana stalagtit dan
stalagmitnya dijaga dengan baik. Gua batu kapur itu juga dijaga dengan baik.
- petugas yang
memberi penerangan kepada kami rasanya punya digree. Masa kami balik nak ambil
air sembahyang di tandas kami lihat dia sedang bersihkan tandas (rasanya boleh
dicontohi di Malaysia iaitu antara tugas pegawai besar ialah jadi tukang
bersihkan tandas....salah ke?).
- hari hampir
petang. Kami bercadang nak bermalam di pekan Margaret River tapi bila tanya
hotel dia pandang kami atas bawah (sebab kami kata 5 orang)....harganya RM650++
semalam. Cuba pergi ke backpacker di seberang jalan tapi bila lihat ramai
penghuninya sedang tonggang arak jadi kami putuskan balik terus ke Perth.
Terpaksalah saya memandu balik dengan keadaan yang meletihkan.
- kami sempat
merayau-rayau di pekan Margaret River. Memang pekan tu merupakan pekan yang
aman (sebab tulah dapat anugerah antara 10 pekan terbaik di Australia).
-malam tu saya
bawa kereta dalam keadaan mengantuk dan berjaga-jaga. Takut terlanggar kangaroo
sesat!
6. Hari keenam
-Pagi tu nak beli
telur. Kedai di apartmen dah habis bekalan telur jadi saya memutuskan
untuk berjalan kaki bersendirian ke pekan semata-mata nak beli telur
(almaklumlah nak jimat). Hampir 5 buah kedai ditanya semuanya dah habis. Mujur
setelah berjalan kaki hampir 1 km baru jumpa telur. Jadi pagi tu dapatlah buat
roti telur! Biasanya kalau kami menginap di apartmen kami akan masak makanan sebagai bekalan sewaktu keluar nanti. Yang jadi menu tetap ialah nasi, macaroni, spagethi. Bekalan kami bawa sendiri dari Malaysia....nak jimat.
Kami bergerak ke
Mandurah (sebenarnya ada komuter ke sana tapi oleh kerana kami masih ada kereta
kami berkereta ke sana) selama 1 jam. Mandurah juga terkenal dengan dolphin.
Puas juga kami berjalan di sekitar pelabuhan Mandurah tapi bayang-bayang
dolphin pun tak jumpa. Kami memutuskan untuk berehat di tepi pantai. Pasirnya
sungguh halus tapi angin yang kuat menerbangkan pasir (memang ini fenomena
semulajadi di pantai Mandurah). Selesai menjamu mata di pantai Mandurah kami
bergerak ke pekan untuk bersembahyang. Sempatlah tengok rumah bot (nak sewa
semalam RM3000 hmm). Alasan kami tak sewa ialah bot itu cuma boleh berlayar di
Sungai Swan. Bot tidak boleh berlayar di laut untuk tengok dolphin...sebab tu
kami tak sewa hihihi biar betul alasan ni...bukan sebab harga mahal ke!)
- dalam perjalanan
kami cuba singgah di ladang anggur dan avogado/apricot. Tuan ladang tu tak ada
tapi yang ada hanya anjing dia yang garang.....cabutt.
7. Hari ketujuh.
Kami berhajat
tengok kangaroo. Jadi kami putuskan untuk pergi ke Caversham Wildlife Park yang
terletak 30 minit berkereta dari apartmen. Tiba pun dah agak tengah hari jadi
terus masuk (beli tiket le dulu.....harga pun boleh tahan). Di situ terdapat
haiwan yang ada di Australia sahaja (kalau nak lihat haiwan seluruh dunia boleh
ke Zoo Perth). Biasalah yang jadi tumpuan ialah Koala dan kangaroo. ada juga
wombat, dingo, pelbagai spesies marsupial, burung dan lain-lain. Kami juga agak
terhibur dengan pertunjukkan cara mengetam bulu biri-biri dan cara memerah susu
lembu. Kemudian ada disediakan pertunjukan bersama wombat dan ular.
- Yang bagusnya di
sini ialah anda akan diberitahu makanan halal yang ada dijual di kafetaria.
Mereka amat tegas dalam isu ini jadi dapatlah kami makan muffin halal di sini
(barulah puas hati anak-anak saya)
-kami kemudiannya
bergerak untuk makan di kawasan taman yang disediakan. Di situ ada beberapa
spesies burung nuri liar (seakan burung serindit tapi besarnya 3 kali ganda).
Selepas itu kami
bergerak keluar sekitar taman. Semasa bergerak baru kami terjumpa kangaroo
liar. Sempatlah anak saya kejar, kalau dapt boleh juga dibawa balik ke
Malaysia. Kami agak terkejut juga kerana di situ ada disediakan kawasan untuk
pengunjung yang bawa anjing (kawasan berpagar) mungkin tujuannya untuk
mengelakkan anjing daripada mencederakan haiwan liar yang ada.
-Selepas itu kami
bergerak ke kilang coklat yang terletak 3km dari Caversham Wildlife Park.
Coklat halal ada disediakan (tapi kena tanya petugas di situ). Ada pulak coklat
free untuk dirasa. Kami tengok orang Australia tu ambil segenggam coklat free,
kami rasa tercabar jadi kami ambil dua genggam coklat free setiap orang
hihihi....... dia tak marah pun.
- petang tu kami
memutuskan untuk membeli cenderamata lagi di Perth. Punyalah susah nak cari
tempat letak kereta. Yang ada percuma tapi diberikan masa 15 minit aje kalau
lebih kena saman. Kami cuba cari yang berbayar tapi 1 jam AU5. Jadi kami
putuskan untuk parker di laluan biasa (sebab selepas jam 6 dapat parker
free...tapi jauhlah kena berjalan kaki). Kami beli cenderamata dengan hati yang
geram sebab di kedai tu harganya mahal....padan muka kenapa tak beli
banyak-banyak masa di Fremantle).
8. Hari kelapan.
Rasa sedih jugak
nak balik. Check out jam 10.00 tapi kami kena pulangkan kereta sebelum jam 9.
Saya pergi pulangkan kereta. Setelah kereta itu dibelek-belek dan petugasnya
berpuas hati kereta tak rosak maka dipulangkan duit RM1500. Kami berdua naik
bas free ke apartmen (free lagi). Masa nak berkemas tak terjumpa pulak kad
kunci apartmen( kami dibekalkan 2 kad sebelum ini) puas lagi dicari tapi tak
jumpa dah habis peluh jantan yang keluar.Akhirnya kami memutuskan untuk
berserah sahaja kepada Allah masa tu dah hampir 10.20. jadi kami mungkin
dikenakan penalti sebab keluar lewat. Petugas tu selamba sahaja menerima 1
kunci sambil tanya ada lagi ke apa-apa (sebab tengok muka kami yang dah
pucat...entah berapalah dia nak charge pasal kehilangan kunci dan keluar lewat
tu). "Its ok." Bila dengar begitu rasa macam nak melonjak gembira.
Kami letak beg di situ dan terus berjalan-jalan di pekan. Sempat jugak beli
kebab (makan kebab ni pun satu hal sampai naik sakit mulut mengunyahnya. Kami
makan di kawasan pesiaran jalan kaki sambil dihiburkan oleh pemuzik jalanan
yang banyak di situ. Jam 1.00 kami bertolak menaiki teksi ke airport (kenalah
bayar AU72.00).
Kami jarang naik
pesawat MAS jadi bila tengok pramugari menghidangkan arak kepada penumpang rasa
macam sedih pulak. Memang saya orang kampung yang tak terdedah sangat kepada
dunia hebat di luar sana namun ada perasaan pilu pula bila melihat pesawat
kebanggaan Negara Islam Malaysia ada perlakuan seperti itu! Yang hidangkan
pulak ialah pramugari/pramugara Melayu Islam!
Saya percaya
bahawa menjadi penulis kita perlu mengembara. Dari mana nak dapat duit itu...tentulah
daripada suimber royalti kita. Sebab itulah kita kena menulis dan hasilnya kita
laburkan semula dalam bentuk mencari pengalaman hidup melalui pengembaraan.
Bukan sahaja kita mendapat ilmu tetapi dalam masa yang sama anak-anak dan
isteri kita juga mendapat manfaatnya. Entri ini ditulis bukan bertujuan hendak
menunjuk-nunjuk tetapi lebih kepada perkongsian pengalaman kerana saya juga belajar
mengembara hasil pembacaan blog-blog penulis lain.
Sekiranya anda ingin ke Australia anda boleh dapatkan visa Australia dengan cara yang sangat mudah (semudah ABC hihihi) pergi klik Visa Australia Murah RM20 .
Sekiranya anda ingin ke Australia anda boleh dapatkan visa Australia dengan cara yang sangat mudah (semudah ABC hihihi) pergi klik Visa Australia Murah RM20 .
13 October 2014
Alamat Penerbit dan Contoh Surat Iringan
Contoh surat iringan kepada editor sekiranya ingin menghantar karya cerpen kepada penerbit.
Nur Irdinati
Kamilah binti Shahrun Nizal
No 1234, Lorong
15, Taman Cahaya Mas,
78300 Masjid
Tanah,
Melaka. Tel : 015-7652332
Editor Tunas Cipta
Dewan Bahasa
dan Pustaka,
Peti Surat
10803,
50926 Kuala
Lumpur 15
FEBRUARI 2015
Tuan,
PERMOHONAN PENYIARAN KARYA
Dengan hormat
dan takzimnya saya merujuk perkara yang tersebut di atas.
2. Bersama-sama ini, saya sertakan tiga
buah cerpen untuk dipertimbangkan bagi tujuan penyiaran dalam majalah tuan.
Cerpen-cerpen tersebut adalah seperti maklumat berikut :
- Seteguh Kasih Ibu
- Mencari Sinar Abadi-Mu
- Terang Cahaya di Puncak Kilimanjaro
3. Saya mengaku bahawa cerpen-cerpen
tersebut merupakan karya asli saya. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan
saya agar pihak tuan mempertimbangkan penyiaran cerpen-cerpen tersebut.
Atas segala
perhatian daripada pihak tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang benar,
…nur irdinati…………………..
(Nur Irdinati
Kamilah)
Alamat Penerbit...... (harap pembaca dapat buat pencarian terkini kerana terdapat banyak berubahan terutama nama editor terlibat. Ini kerana alamat ini dipetik dari penulis blog lain yang ditulis sekitar 2012).
MAJALAH-MAJALAH TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Dewan Sastera
Bahagian Majalah,
Tingkat 20 Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa 50460 Kuala Lumpur.
03 2148 2260
(4 buah cerpen, Sebuah drama/teater bersiri, 12 buah puisi dan Sebuah puisi tradisional)
Bahagian Majalah,
Tingkat 20 Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa 50460 Kuala Lumpur.
03 2148 2260
(4 buah cerpen, Sebuah drama/teater bersiri, 12 buah puisi dan Sebuah puisi tradisional)
Editor
Muhammad Fadhli Al-Akiti
fadhli@dbp.gov.my
03 2148 3949
Pen. Editor
Nurzuzilawati Sulaiman
norzuzilawati@dbp.gov.my
03 2148 1484
Muhammad Fadhli Al-Akiti
fadhli@dbp.gov.my
03 2148 3949
Pen. Editor
Nurzuzilawati Sulaiman
norzuzilawati@dbp.gov.my
03 2148 1484
Tunas Cipta (4-5 buah
cerpen, Sebuah drama pentas dan sebuah novel bersiri, 10-15 puisi dan sebuah
puisi tradisional)
Editor
Abd. Ghani bin Abu
ghanig@dbp.gov.my
03 2148 2264
Siti Noorisa Abdul Khlil
sitinoorisa@dbp.gov.my
03 2148 2282
Abd. Ghani bin Abu
ghanig@dbp.gov.my
03 2148 2264
Siti Noorisa Abdul Khlil
sitinoorisa@dbp.gov.my
03 2148 2282
Pelita Bahasa (Sebuah
cerpen, 2 buah puisi dan sebuah puisi tradisional)
Pen. Editor
Zuraini Hj Abu Bakar
zuraini@dbp.gov.my
Zuraini Hj Abu Bakar
zuraini@dbp.gov.my
Dewan Budaya (Sebuah
cerpen dan Sebuah puisi)
Editor
Mohd Shukri Mohd Ariff
shukri_m@dbp.gov.my
Penolong Editor
Shamsiah Abd. Kadir
shamsiah@dbp.gov.my
Mohd Shukri Mohd Ariff
shukri_m@dbp.gov.my
Penolong Editor
Shamsiah Abd. Kadir
shamsiah@dbp.gov.my
Dewan Siswa (2 buah
cerpen, 8 buah puisi dan sebuah puisi tradisional)
Editor
Hajah Junaidah Ahmad Ghazali
jun@dbp.gov.my
03 2148 2278
Pen. Editor
Khirudin bin Abdullah
khirudin@dbp.gov.my
Hajah Junaidah Ahmad Ghazali
jun@dbp.gov.my
03 2148 2278
Pen. Editor
Khirudin bin Abdullah
khirudin@dbp.gov.my
Dewan Kosmik
(Sebuah cerpen)
Editor
Norizan Muslim
Norizan2@dbp.gov.my
03 2148 2267
Editor
Suria Janib
suria@dbp.gov.my
Norizan Muslim
Norizan2@dbp.gov.my
03 2148 2267
Editor
Suria Janib
suria@dbp.gov.my
Dewan Bahasa (Sebuah
puisi)
Editor
Zaidi Ismail
zaidi_i@dbp.gov.my
03 2148 2261
Pen. Editor
Hajah Diarani binti Mat Adam
diarani@dbp.gov.my
Editor
Zaidi Ismail
zaidi_i@dbp.gov.my
03 2148 2261
Pen. Editor
Hajah Diarani binti Mat Adam
diarani@dbp.gov.my
Dewan Masyarakat (Sebuah
puisi)
Editor
Aninah Janang
aninah@dbp.gov.my
03 2148 2263
Pen. Editor
Muhamad Rafiq Abdul Rahman
rafiq@dbp.gov.my
Abdul Kadir Mohd Ayub
abdkadir@dbp.gov.my
Aninah Janang
aninah@dbp.gov.my
03 2148 2263
Pen. Editor
Muhamad Rafiq Abdul Rahman
rafiq@dbp.gov.my
Abdul Kadir Mohd Ayub
abdkadir@dbp.gov.my
Dewan Pelajar (Sebuah
cerpen dan tiga buah kisah pendek, 6 buah puisi)
Editor
Haziah Che Husin
haziah@dbp.gov.my
03 2148 1104
Pen. Editor
Siti Hadijah Umor
sitihadijah@dbp.gov.my
Editor
Haziah Che Husin
haziah@dbp.gov.my
03 2148 1104
Pen. Editor
Siti Hadijah Umor
sitihadijah@dbp.gov.my
MAJALAH TERBITAN KARANGKRAF
Majalah I (Sebuah cerpen dan Sebuah
puisi (tidak tetap)
Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.,
Lot 2, Jln Sepana 15/3,
Off Persiaran Selangor, 40200 Shah Alam,
Selangor DE.
03 5101 3876
Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.,
Lot 2, Jln Sepana 15/3,
Off Persiaran Selangor, 40200 Shah Alam,
Selangor DE.
03 5101 3876
Editor
Ahmad Yani Abd. Manaf
ahmad.yani@karangkraf.com.my
editor.i@karangkraf.com.my
Ahmad Yani Abd. Manaf
ahmad.yani@karangkraf.com.my
editor.i@karangkraf.com.my
Majalah Nur (Sebuah
cerpen dan Sebuah novel bersiri)
03-5101 3876
03-5101 3876
Editor
Jamaliah Jais
jamaliah.jais@karangkraf.com.my
Jamaliah Jais
jamaliah.jais@karangkraf.com.my
Penolong Editor
Radzha Md. Raleh
Radzha Md. Raleh
Mingguan Wanita (Sebuah
cerpen dan Sebuah novel bersiri)
Editor
Nuri Supian
nuri@karangkraf.com.my
Nuri Supian
nuri@karangkraf.com.my
Majalah Dara.com (Sebuah
cerpen)
03-5101 3766/887
03-5101 3766/887
Editor
Noor Fazidah binti Umar
Noor Fazidah binti Umar
noor.fazidah@karangkraf.com.my
Majalah Remaja (Sebuah
cerpen dan Sebuah novel bersiri)
03-5101 3863
03-5101 3863
Editor
Roslinda
Majalah Seri Dewi dan Keluarga (Sebuah cerpen dan Sebuah novel bersiri)
03-5101 3852
Roslinda
Majalah Seri Dewi dan Keluarga (Sebuah cerpen dan Sebuah novel bersiri)
03-5101 3852
Editor
Norlis Salusi
editor.keluarga@karangkraf.com.my
Pen. Editor
Norhayati Alli
Norlis Salusi
editor.keluarga@karangkraf.com.my
Pen. Editor
Norhayati Alli
Majalah Fokus SPM (Sebuah
cerpen, Sebuah puisi dan Sebuah novel bersiri)
Editor
Muhd Azman Hj Mohd Nawi
Muhd.azman@karangkraf.
com.my
Muhd Azman Hj Mohd Nawi
Muhd.azman@karangkraf.
com.my
AKHBAR/MAJALAH TERBITAN KUMPULAN UTUSAN
Mingguan Malaysia (4 buah
cerpen dan 5 -6 buah puisi (tidak tetap)
46 M, Jalan Lima
Off Jalan Chan Sow Lin,
55200, Kuala Lumpur.
Off Jalan Chan Sow Lin,
55200, Kuala Lumpur.
Pen. Pengarang
Ku seman Ku Husein
kuseman@pc.jaring.my
mingguan@utusan.com.my
labuan02@yahoo.com
Ku seman Ku Husein
kuseman@pc.jaring.my
mingguan@utusan.com.my
labuan02@yahoo.com
Ruangan Cerpen,
Utusan Melayu Mingguan,
46 M, Jalan Lima
Off Jalan Chan Sow Lin,
55200, Kuala Lumpur.
03-5101 3873
jawi55@yahoo.com.my
Utusan Melayu Mingguan,
46 M, Jalan Lima
Off Jalan Chan Sow Lin,
55200, Kuala Lumpur.
03-5101 3873
jawi55@yahoo.com.my
(2 buah cerpen dan 4 buah puisi)
Majalah URTV (Sebuah
cerpen dan Sebuah puisi)
Lot 6, Jalan P/10,
Kawasan Perusahaan Bangi, Seksyen 10, Bandar baru Bangi, 43650 Bangi,
Selangor DE
03 8926 2999
Lot 6, Jalan P/10,
Kawasan Perusahaan Bangi, Seksyen 10, Bandar baru Bangi, 43650 Bangi,
Selangor DE
03 8926 2999
Pengarang
Huzzaini Kh Kamaludin
Huzzaini Kh Kamaludin
Majalah Harmoni (Sebuah
cerpen dan Sebuah puisi)
Pengarang
Nor Asmah Zakaria
norasmah_harmoni@yahoo.com
Penolong Pengarang
Azimah Omar
03 8926 2999
Nor Asmah Zakaria
norasmah_harmoni@yahoo.com
Penolong Pengarang
Azimah Omar
03 8926 2999
Majalah Wanita (Sebuah
cerpen, Sebuah puisi dan Sebuah novel bersiri)
Pengarang
Normala Hamzah
Normala Hamzah
wanitaeditor@yahoo.com
Penolong Pengarang
Azimah Omar
03 8926 2999
Penolong Pengarang
Azimah Omar
03 8926 2999
MAJALAH/AKHBAR TERBITAN LAIN
Majalah Anis (Sebuah
cerpen dan Sebuah puisi)
Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
No 44, Jalan Pekaka 8/3, Seksyen 8, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor DE.
03 7726 0772
Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
No 44, Jalan Pekaka 8/3, Seksyen 8, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor DE.
03 7726 0772
Hajah Jalilah Abdullah
anis@galeriilmu.com.my
anis@galeriilmu.com.my
Majalah Aniqah (Sebuah
novel bersiri)
68-B, Jalan Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur.
03 2273 5421
68-B, Jalan Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur.
03 2273 5421
Raihanah Abdullah
kay@mmpcommunications.com
editor@aniqah.com.my
kay@mmpcommunications.com
editor@aniqah.com.my
Berita Harian
(4 buah cerpen dan 5 puisi (tidak tetap))
Kreatif, Berita Harian,
31, Jalan Riong, Bangsar, 59100, Kuala Lumpur.
03 22822323
bhsastera@nstp.com.my
Kreatif, Berita Harian,
31, Jalan Riong, Bangsar, 59100, Kuala Lumpur.
03 22822323
bhsastera@nstp.com.my
Majalah Cahaya
(Sebuah cerpen, Sebuah puisi dan sebuah novel bersiri)
Bahagian Penerbitan,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 4, Blok D9, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519 Putra jaya.
03-8886 4446
Bahagian Penerbitan,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 4, Blok D9, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519 Putra jaya.
03-8886 4446
Ketua Pengarang
Puan Fadilah Ahmad
Pengarang
Hafizah binti Abdul Shukor
Majidah binti Mat Jusoh
Mohd Yusof bin Sham
Puan Fadilah Ahmad
Pengarang
Hafizah binti Abdul Shukor
Majidah binti Mat Jusoh
Mohd Yusof bin Sham
cahaya@islam.gov.my
Majalah Dakwah (Sebuah
cerpen dan Sebuah puisi)
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Tingkat 4 & 5, Lot 10,
Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, 50350 Kuala Lumpur.
03-40437826
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Tingkat 4 & 5, Lot 10,
Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, 50350 Kuala Lumpur.
03-40437826
Ketua Editor
Mohd Shauki Abd Majid
shauki@yadim.com.my
Editor
Zainal Palit
Mohd Shauki Abd Majid
shauki@yadim.com.my
Editor
Zainal Palit
Harian Metro (Sebuah
novel bersiri)
31, Jalan Riong, Bangsar, 59100, Kuala Lumpur.
03 22822323
31, Jalan Riong, Bangsar, 59100, Kuala Lumpur.
03 22822323
Rahayu Mohd salleh
ayu@nstp.com.my
ayu@nstp.com.my
Majalah Milenia Muslim (Sebuah
novel bersiri)
68-B, Jalan Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur.
03 2273 5426
68-B, Jalan Kampung Attap, 50460 Kuala Lumpur.
03 2273 5426
Haji Jamudin Idris
editor@mileniamuslim.com.my
editor@mileniamuslim.com.my
Majalah Sinar Rohani (Sebuah
cerpen dan Sebuah puisi)
Bahagian Penerbitan,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 4, Blok D9, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519 Putra jaya.
03-8886 4446
Bahagian Penerbitan,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 4, Blok D9, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519 Putra jaya.
03-8886 4446
Ketua Pengarang
Hajah Pauzaiyah binti Haron
Pengarang
Hafizah Abdul Shukor
sinar@islam.gov.my
Hajah Pauzaiyah binti Haron
Pengarang
Hafizah Abdul Shukor
sinar@islam.gov.my
Telah dikemaskinikan pada 16 Mei 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)





