sepanjang cuti sekolah ini AR telah mengadakan ceramah penulisan kreatif kepada 2 kumpulan remaja. Pertama kursus penulisan kreatif sempena cuti sekolah di Perpustakaan Jasin. Kedua kursus penulisan kreatif dan kerjaya penulis untuk pelakat USM
Nampaknya kerjaya sebagai penulis ini telah mula menambat hati remaja kerana dikatakan menjanjikan pulangan yang baik. Semoga ilmu yang dikongsikan itu bermanfaat untuk semua demi masa depan anda.
06 December 2015
22 October 2015
Ulasan Buku Things Fall Apart karya Chinua Achebe
Tajuk Novel : Terlerai Dan Berkecai (Things Fall Apart)
Penterjemah : Nazel Hashim Mohamad
Terbitan : Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia (ITBM)
Tahun Terbitan : 2010
Bilangan Halaman : 249
“Kisah-kisah biasa yang diangkat menjadi
sesuatu yang luar biasa,” itulah ungkapan yang dapat AR fikirkan apabila
membaca novel Terlerai Dan Berkecai (Things Fall Apart) karya Chinua Achebe.
Novel ini telah dialih bahasa ke bahasa Melayu oleh ITBM 2010. Penterjemahnya
Nazel Hashim Mohamad.
Kisah kehidupan seharian sebuah
puak di Afrika (mungkin Nigeria).
Okonkwo merupakan watak utama dalam novel ini punya 4 orang isteri. AR
teringat sewaktu mengerjakan ibadat haji pada tahun 2011. Apabila berbual
dengan sekumpulan 5 orang warga Nigeria yang mengerjakan haji, mereka dengan
bangganya menyatakan setiap mereka (5 orang itu punya 3 hingga 4 orang isteri).
Okonkwo merupakan anak seorang
petani biasa. Ayahnya seorang pemalas dan dianggap tiada taraf dalam kehidupan
puaknya. Menyedari pandangan sinis masyarakat puaknya menyebabkan Okonkwo
berusaha keras untuk membina imej yang baik dalam kehidupannya. Keberanian dan
keperwiraan merupakan satu-satunya peluang yang ada lalu kelebihan ini digunakan
oleh Okonkwo untuk menaikkan darjatnya pada pandangan masyarakat puaknya. Dia
berjaya. Akhirnya dia beroleh kekayaan sehingga mampu punya banyak isteri.
Hasil keladinya juga banyak dan makanan lebih daripada mencukupi untuk
keluarganya.
Kedatangan agama kristian telah
mula menyebabkan masyarakat puaknya berpecah. Masyarakat puak yang selama ini
mendukung tinggi amalan nenek moyangnya telah diganggu gugat oleh orang putih
yang datang menyebarkan agama kristian. Anak lelaki kesayangannya iaitu Nyowe
yang diharap-harapkan untuk menggantikan kemasyurannya pada pandangan
nasyarakat puak juga telah masuk kristian. Okonkwo merasakan suatu penghinaan
apatah lagi darah dagingnya sendiri telah masuk kristian. Amat sukar mereka
mematahkan kedatangan mubaligh kristian kerana mereka turut sama disokong oleh
askar dan pemerintah orang putih. Lebih merumitkan lagi apabila ada antara
pengganut kristian ini terdiri daripada pribumi yang bertindak lebih buruk
daripada orang putih sendiri.
Pada akhir cerita Okonkwo
membunuh orang suruhan mubaligh kristian. Menyedari akibat yang akan
ditanggungnya, Okonkwo menggantung diri. Pesuruhjaya telah diminta oleh ahli
puak menurunkan mayat Okonkwo (masyarakat puak tidak boleh menurunkannya kerana
menyalahi peraturan puak dan hanya orang asing yang boleh berbuat begitu).
Tambahan pula Okonkwo merupakan orang berdarjat dalam masyarakat puak itu jadi
perlulah orang berdarjat seperti pesuruhjaya itu yang melakukannya.
Membaca novel ini seperti membaca
kehidupan seharian masyarakat puak di Nigeria. Pengarang bijak menggunakan
tempo yang laju sehingga pembaca rasa tidak sabar untuk mengikuti kesudahan
cerita sehingga habis. Plot atau jalinan peristiwa dalam novel ini dihubungkan
dengan begitu baik antara satu peristiwa dengan peristiwa yang lain. Kita dapat
merasakan hubungan erat antara tema dan persoalan dalam karya ini dengan
kehidupan masyarakat di Malaysia. Kita sama-sama dijajah. Penjajah menekan cara
hidup dan agama yang nenek moyang kita anuti. Bezanya masyarakat kita
mengamalkan ajaran Islam dan di Okonkwo mengamalkan cara hidup animisme nenek
moyangnya. Di sini JWWW Birch dibunuh manakala di dalam novel karya Chinua Achebe, dia terpaksa membunuh
orang yang sebangsa dengan dia kerana bersekongkol dengan Inggeris. Begitulah
sukarnya hidup di bawah kongkongan penjajah. Ini menuntut kita supaya lebih
berhati-hati dalam berurusan dengan orang luar. Sekiranya pemerintah kita
terjerat dengan perangkap yang sengaja dipasang maka tunggulah akibat buruk
untuk anak cucu kita pada masa hadapan.
19 October 2015
Bicara Novel 7 Keturunan di KUIM
InsyaAllah jikalau tiada halangan Novel 7 Keturunan karya AR akan dibicarakan di KUIM pada 31 Oktober 2015. Novel ini akan dibicarakan oleh Tuan Nazmi Yaakub iaitu Editor Sastera Berita Harian.
Novel ini akan dibicarakan bersama 3 buah buku lain hasil karya penulis kawasan selatan. Peminat buku kreatif yang berminat dialu-alukan ke program tersebut. Program ini dijayakan oleh Ikatan Persuratan Melayu dengan kerjasama KUIM, DBP,ITBM dan PPJ sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2015.
Novel ini akan dibicarakan bersama 3 buah buku lain hasil karya penulis kawasan selatan. Peminat buku kreatif yang berminat dialu-alukan ke program tersebut. Program ini dijayakan oleh Ikatan Persuratan Melayu dengan kerjasama KUIM, DBP,ITBM dan PPJ sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2015.
18 October 2015
Datuk Dr Zurina Hassan- Sasterawan Negara Ke-13
Biodata Datuk Dr, Zurina Hassan
Datuk Dr. Zurinah Hassan (13 Jun 1949 - ) merupakan
salah seorang penyair dan tokoh sasterawan. Beliau dilahirkan di Bakar Bata,
Alor Setar, Kedah, dan telah menghasilkan sebanyak 19 buku antologi sajak,
antologi puisi, kajian sastera, autobiografi, memoir, antologi cerpen dan
novel.
Zurinah Hassan pada mulanya mengarang puisi secara sembilan, sebelum
memutuskan bagi meletak jawatan untuk memenuhi keinginan berkarya sepenuh masa
yang selama ini terganggu akibat beban kerja.
Zurinah Hassan berkarya dan menghayati keindahan alam dalam bentuk
tulisan sejak berusia 12 tahun lagi. Zurinah turut cuba mengetengahkan
persoalan sejagat dalam tulisannya termasuk puisi mengenai gejala melepak di
kalangan remaja pada tahun 1990-an. Zurinah turut menghasilkan sebuah buku Memoir
Zurinah Hassan: Menjejak Puisi, penerbitan UKM
Zurinah Hassan dianugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) sempena
Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-86 pada 2014. Anugerah ini membawa
gelaran Datuk.
Beliau diumumkan sebagai tokoh Sasterawan Negara yang ke-13 pada 13
Oktober 2015. Ppemilihan Zurinah itu dibuat berdasarkan sumbangan besarnya
melalui karya dan pemikirannya terhadap pengembangan sastera serta impak dalam
penyebaran ilmu.
Pendidikan
Zurinah Hassan mendapat pendidikan formal awal di Sekolah Rendah Melayu
Tikam Batu dan Sekolah Inggeris Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah. Beliau
meneruskan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Convent Sungai Petani dan
Sekolah Menengah Sultanah Asma, Alor Setar Kedah.
Beliau melanjutkan pengajian di USM sehingga mendapat Ijazah Sarjana
Muda Sastera pada tahun 1974. Pengajiannya dilanjutkan di Fakulti Bahasa Moden
dan Komunikasi, UPM dan berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Sastera pada tahun
2001. Beliau kemudian menyambung pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah
di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan memperolehinya pada tahun
2008.
Karya
- Keputusan (Sajak)
- Sesekali Aku Menjauhkan Diri Dari Puisi.
- Tanjung Dawai
- Sungai Tiang
- Dari Gunung Jerai ke Pekan Rabu
- Kuala Lumpur
- Pantai Remis
- Bas Stand Kelang
Hasil penulisan
- Sasterawan negara Usman Awang : DBP, 2006.
- Salasilah : kumpulan
puisi : DBP, 2005.
- Menjelang
pemilihan : DBP, 2004.
- Memoir Zurinah
Hassan : menjejak puisi : UKM, 2003.
- Pujangga tidak
bernama : DBP, 1994.
- Oh, bulan! Oh,
bintang! : Longman Malaysia, 1992.
- Meneruskan
perjalanan : DBP, 1987
- Keberangkatan : DBP, 1985.
Pencapaian dan anugerah
- Anugerah Tokoh Sasterawan Negara 2015
- Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Award) 2004
- Hadiah Sastera 1984
- Hadiah Kategori Buku
- Pujangga Tidak Bernama-Hadiah Sastera Perdana
(1994/1995)
- Memoir Zurinah Hassan Menjejak Puisi - Hadiah
Buku Perpustakaan Negara (2002/2004)
- Memoir Zurinah Hassan Menjejak Puisi - Hadiah
Sastera Perdana (2002/203)
- Hadiah-hadiah untuk karya-karya puisi, cerpen (eceran) Hadiah
sastera Perdana
- Hadiah Pertama Pertandingan Menulis Cerpen Berunsur Islam Jabatan
Perdana Menteri 1984
- Hadiah Utama Anugerah Puisi Putera, 1984
Terjemahan
ke bahasa Rusia
Zurinah Hassan. Hidup dari jendela kereta api; Perkahwinan – Kata
seorang perempuan. Diterjemahkan oleh Marina Eliseeva, Victor Pogadaev, Maria
Boldireva. - Sumur di Ladang. Puisi Melayu Tradisional dan Moden.
Penyunting B.B. Parnickel. Moscow: Persatuan Nusantara, 1996, hlm. 102-103.
- Zurinah Hassan. Kota
Melaka; Mencari Ruang; Kuala Lumpur; Menghadap ke pelabuhan. Diterjemahkan
oleh Andrei Orlov. – Majalah Sastera Pereplet Rusia, 30 Mac 2004.
- Zurinah Hassan. Catatan
untuk Suami; Apabila kata-kata menjadi sebuah dosa. - Bertahta Di
Atasnya. Puisi Penyair Malaysia dan Indonesia Dalam Terjemahan Victor
Pogadaev. Moscow: Klyuch-C, 2009, hlm. 82-83.
- Zurinah Hassan. Catatan
untuk Suami; Apabila kata-kata menjadi sebuah dosa. Diterjamahkan oleh Victor
Pogadaev. – Puisi Perempuan. Laman web Natalia Laidinen.
- Zurinah Hassan. Menghadap Pelabuhan. Antologi dua bahasa. Diterjamahkan oleh Victor Pogadaev. Kuala Lumpur: ITBM, 2013.
(Ubah suai dari wikipedia)
10 October 2015
Sesi Perkongsian Menulis Novel
Bengkel Penulisan Novel yang dianjurkan oleh IPM telah dijayakan oleh Maria Kajiwa. Bengkel selama 3 hari 2 Malam ini telah dihadiri oleh 19 peserta dari Johor, Melaka, Kuala Lumpur malahan dari Pulau Pinang. Para peserta yang ingin mengikuti bengkel ini disyaratkan karya novel mereka belum pernah diterbitkan. AR telah diundang untuk berkongsi pengalaman menulis novel bersama Zamidah Hashim. Dalam sesi ini AR telah berkongsi pengalaman menulis bersama para peserta. Selain itu AR juga berkongsi nasihat yang diberikan oleh Colin Forbes.
Nasihat Untuk Penulis Muda: Colin
Forbes
1. Harus ada stamina untuk menjadi penulis yang berjaya.
2.
Tulis sesuatu pada setiap hari. Mungkin setengah jam
pada setiap hari tetapi amat baik jikalau dapat menulis satu jam pada setiap
hari.
3.
Berhenti menulis apabila lelah. Jikalau terus menulis,
mungkin tidak akan menghasilkan sesuatu yang baik.
4.
Seorang penulis haruslah pandai mengawal diri dan
mempunyai motivasi dan dapat memotivasikan diri sendiri.
5.
Sentiasa membawa buku catatan. Tulis sesuatu dalam
buku catatan. Seorang penulis sentiasa menulis sepanjang waktu. Anda mengajar
diri anda menulis dan memaksa diri anda menulis pada setiap hari. Fikirkan apa
yang hendak dibicarakan dan difikirkan apa yang sedang berlaku, dan gunakan
perkataan anda sendiri.
6.
Tentang gaya: Jangan membuang waktu untuk membina gaya
atau style. Tulis dan tulis,
seseorang akan membina gayanya sendiri.
Bengkel Penulisan Kreatif Anjuran SMK Iskandar Shah.
AR telah diundang untuk memberikan ceramah penulisan cerpen/novel di Kem Bina Insan, Parit Penghulu, Sungai Rambai Melaka. Hampir 70 orang murid dari SMK Iskandar Shah telah menyertai bengkel penulisan ini. Daripada 70 orang peserta cuma 6 sahaja yang sanggup meneruskan perjuangan menulis cerpen tidak kurang 3000 patah perkataan kepada AR. Alhamdulillah 6/70 itu dikira normal memandangkan darjah kesukaran yang terpaksa ditempuh oleh murid yang cuma berkursus selama 2 hari 1 malam (termasuk penulisan sajak). Para peserta telah didedahkan dengan maksud cerpen serta perbezaan cerpen dengan novel. Murid juga didedahkan dengan cara menulis cerpen. Semoga mereka memanfaaatkan ilmu yang diperoleh,
21 September 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)