Inilah masalah sebahagian penulis, masalah besar! Cerita sudah siap, penulis sudah cuci tangan (kiranya tak nak taip lagi untuk cerita itu) tapi dah dekat 6 bulan cerita dihantar tiba-tiba editor suruh tambah cerita lagi. Inilah yang berlaku kepada AR sekarang ini.
Pada masa sekarang AR sedang menyiapkan sebuah novel awal remaja.
Layout sedang dalam proses, ilustrasi sudah siap dan sekarang ini editor
cerita awal remaja sedang buat suntingan cerita yang sudah ditambah
oleh AR. Nak dijadikan cerita, manuskrip lagi satu untuk novel yang AR
hantar 6 bulan dulu rupa-rupanya baru dibaca oleh seorang editor sebuah
penerbitan dan dia minta AR tambah cerita. Hmm susah jugak sebab apa
yang kita fikirkan dulu tak sama dengan apa yang AR fikirkan sekarang.
Tapi kalau tak ditambah nanti penerbit itu tak nak terbitkan pulak.
Inilah cabaran bagi penulis baharu dan rasanya cabaran ini tidak sama
dengan penulis dahulu (orang dulu-dulu). Penulis lama biasanya tegas.
Tapi pada pandangan AR jikalau saranan editor itu baik apa salahnya
untuk kita ikut.
Walau bagaimanapun AR tidaklah berani hendak
umumkan apa-apa kerana AR pun takut juga manalah tahu layout dah siap
tapi tiba-tiba penerbit tak nak terbitkan karya kita. Hmm doakanlah
semoga 2 karya AR ini dapat diterbitkan dengan mudah.
(Gambar menunjukkan AR bersama rakan sebilik sewaktu Kursus Penulisan & Penerbitan ITBM, PENA & DBP di Pulau Pinang. Cikgu Amir Hamzah ini merupakan penulis Novel Kembara Amira yang terpilih sebagai teks KOMSAS Wilayah Utara)
No comments:
Post a Comment