10 July 2013
Salam Ramadhan
Pada kesempatan ini AR ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia kepada para pembaca. Bulan Ramadhan bulan yang mulia. Sama-samalah kita menjaga kemuliaan Ramadhan dengan berbanyak mengerjakan amal ibadat.Pada bulan Ramadhan, amal ibadat kita akan digandakan ganjarannya. Ibadat tidak hanya bersembahyang atau berpuasa semata-mata. Sebagai penulis kita juga harus merebut peluang ini untuk melipatgandakan hasil penulisan kita. Bukankah hasil penulisan yang baik akan mendorong umat mengerjakan kebaikan?
Keputusan Sayembara Menulis Novel, Cerpen dan Sajak anjuran ITBM-BH-PENA
AR terpanggil untuk memberikan penjelasan mengenai isu yang ditulis oleh AR sekembalinya AR daripada mengerjakan ibadat umrah. Ini kerana ramai yang cuba menghubungi AR untuk mendapatkan keputusan tersebut. Ingin AR jelaskan iaitu AR cuma dihubungi untuk menandatangani perjanjian penerbitan novel bersama ITBM. AR sendiri tidak tahu akan keputusan sayembara tersebut. Keputusan sayembara tersebut khabarnya akan hanya diumumkan pada hari penyampaian hadiah yang masih lagi tidak diketahui tarikhnya. Majlis penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh orang nombor 1 atau no 2 negara. Mulanya majlis itu akan diadakan bersempena pesta buku antarabangsa KL namun PRU13 muncul menyebabkan majlis tersebut terpaksa ditunda. Kepada mereka yang ada menghantar karya novel, cerpen atau sajak untuk menyertai sayembara ini, AR harap mereka dapat bersabar. Sama-samalah kita menantikan pengumuman rasmi tersebut. Penulis yang menyertai sayembara itu diingatkan agar tidak menghantar karya mereka kepada mana-mana penerbit lain sehingga pengumuman rasmi dibuat. Ingatan ini juga untuk diri AR. Walau apa pun keputusannya sama-samalah kita nantikan bersama.
14 June 2013
Dapatan Kajian Penawaran Subjek Kesusasteraan Melayu Di Sekolah-Sekolah
Antara dapatan kajian yang telah diterbitkan dalam Jurnal Pendidikan 2013
2.0 Bilangan Sekolah dan Murid Yang Mengambil Subjek Kesusasteraan Melayu
Di Negeri Melaka.
Subjek Kesusasteraan
Melayu merupakan subjek elektif pada peringkat SPM. Bilangan sekolah yang
menawarkan serta murid yang menduduki kertas Kesusasteraan Melayu SPM dalam
jangka masa 10 tahun kebelakangan ini diharap dapat menunjukkan permasalahan
bermakna mengenai subjek Kesusasteraan Melayu yang menjadi fokus penulisan ini.
2.1 Data sekolah dan murid yang mengambil subjek
Kesusasteraan Melayu di negeri Melaka (2002-2011)
JUMLAH SEKOLAH DAN MURID YANG MENGAMBIL MATA PELAJARAN
KESUSASTERAAN MELAYU SPM DI NEGERI
MELAKA (2002-2011)
TAHUN
|
2002
|
2003
|
2004
|
2005
|
2006
|
2007
|
2008
|
2009
|
2010
|
2011
|
BIL SEKOLAH
|
40
|
38
|
37
|
30
|
33
|
23
|
20
|
17
|
15
|
15
|
BILANGAN MURID
|
2244
|
1687
|
1532
|
1245
|
1054
|
760
|
766
|
686
|
722
|
537
|
(Sumber:
Analisa Buku Laporan Keputusan SPM dan JPN Melaka)
Jadual
menunjukkan jumlah sekolah yang menawarkan subjek Kesusasteraan Melayu
serta bilangan murid yang mengambil Kesusasteraan Melayu di negeri Melaka dari
2002-2011.
Berdasarkan
data yang terdapat dalam jadual di atas didapati berlaku penurunan yang ketara
dari aspek bilangan sekolah yang menawarkan subjek Kesusasteraan Melayu serta
bilangan murid yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu dalam masa 10 tahun.
Pada
tahun 2002, terdapat 40 buah sekolah yang menawarkan subjek Kesusasteraan Melayu
pada peringkat SPM namun pada tahun 2011 cuma terdapat 15 buah sekolah sahaja
yang masih menawarkan subjek Kesusasteraan Melayu untuk calon SPM. Ini
menunjukkan berlaku penurunan sebanyak 64.5% dari segi bilangan sekolah yang
menawarkan subjek Kesusasteraan Melayu di negeri Melaka dalam jangka masa 10
tahun.
Bilangan
calon yang menduduki kertas Kesusasteraan Melayu SPM juga didapati berkurangan.
Pada tahun 2002 terdapat 2,244 calon SPM yang menduduki kertas peperiksaan
Kesusasteraan Melayu. Namun begitu pada tahun 2011 hanya terdapat 537 calon
sahaja yang mengambil kertas Kesusasteraan Melayu di negeri Melaka. Hal ini
menunjukkan berlaku penurunan sebanyak 76.1% dari segi bilangan calon yang
menduduki kertas peperiksaan Kesusasteraan Melayu SPM di negeri Melaka.
Secara
keseluruhannya dalam masa 10 tahun sejak
2002 berlaku penurunan bilangan calon yang menduduki kertas
Kesusasteraan Melayu SPM di negeri Melaka. Selain itu bilangan sekolah yang
menawarkan subjek Kesusasteraan Melayu pada peringkat SPM juga telah
berkurangan sejak tahun 2002 hingga tahun 2011. Hal ini menunjukkan bilangan
calon yang menduduki kertas Kesusasteraan Melayu semakin berkurangan dan ia
berkait rapat dengan bilangan sekolah yang menawarkan subjek Kesusasteraan
Melayu yang semakin berkurangan di negeri Melaka.
2.2 Dapatan Kajian
Dapatan
kajian berdasarkan data 2.1 menunjukkan sepanjang 10 tahun iaitu bermula 2002
hingga 2011, telah berlaku penurunan sebanyak 64.5% dari segi bilangan sekolah
di negeri Melaka yang menawarkan subjek Kesusasteraan Melayu. Akibat penurunan sebanyak
64.5% ini juga telah menyebabkan bilangan murid yang mengambil subjek
Kesusasteraan Melayu di negeri Melaka telah berkurangan sebanyak 76.1% dalam
tempoh yang sama.
Subjek
Kesusasteraan Melayu merupakan subjek elektif pada peringkat SPM. Akibat sifatnya
yang merupakan subjek elektif maka murid bebas untuk mengambil atau tidak
subjek tersebut bagi tujuan peperiksaan SPM. Sebagaimana yang termaklum, murid
yang mendapat keputusan cemerlang pada peringkat PMR akan dimasukkan ke dalam
aliran sains manakala bakinya akan dimasukkan ke dalam aliran sastera. Ini
diakibatkan oleh dasar kerajaan yang memperkenalkan nisbah 60:40. Kerajaan
berhasrat menjadikan negara ini sebagai negara berteraskan sains &
teknologi sebab itulah KPM dipertanggungjawabkan untuk memastikan nisbah 60
peratus murid masuk aliran sains manakala baki 40 peratus mengikuti jurusan
sastera. Oleh kerana murid-murid cemerlang dikelompokkan sebagai murid sains
maka bakinya dianggap sebagai murid lemah iaitu murid aliran sastera. Hal ini
memberikan impak terhadap persepsi warga sekolah dan masyarakat terhadap murid
dalam jurusan sastera.
Murid
lemah dianggap sebagai penyumbang kepada penurunan prestasi peperiksaan
sekolah. Murid yang lemah juga dianggap sebagai penyumbang terbesar masalah disiplin
sekolah. Ini kerana murid lemah tidak dapat memberikan fokus terhadap
pelajaran. Mereka melakukan salah laku untuk mendapatkan perhatian. Istilah
‘murid mata merah’ dilabelkan kepada murid yang mengambil jurusan sastera. Hal
ini dikaitkan dengan mereka yang dimasukkan ke dalam jurusan sastera ialah
murid yang tidak suka membaca, tidak suka belajar, suka tidur di dalam kelas
atau suka menimbulkan masalah disiplin di dalam sekolah. Apakah implikasi label
ini dan apakah kaitannya dengan bilangan sekolah menawarkan subjek
Kesusasteraan Melayu yang semakin mengecil serta bilangan murid yang mengambil
subjek Kesusasteraan Melayu yang semakin berkurang?
Kuasa
membuka atau menutup kelas Kesusasteraan Melayu SPM terletak di bawah
bidang kuasa pengetua sekolah. Seseorang pengetua boleh menggunakan
budibicaranya untuk menutup kelas Kesusasteraan Melayu di sekolahnya. Dengan
kuasa yang ada ini telah memberikan kesan yang besar terhadap penurunan
bilangan sekolah yang menawar subjek Kesusasteraan Melayu seterusnya menurunkan
jumlah murid yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu. Kementerian Pelajaran
Malaysia perlu memberikan penegasan supaya sekolah menawarkan subjek
Kesusasteraan Melayu kerana kebanyakan pengetua memilih untuk tidak berbuat
demikian (Mohamad Salleh : 2012).
Penutupan
kelas sastera berkait dengan usaha meningkatkan prestasi akademik sekolah.
Anggapan bahawa murid sastera menyumbang kepada penurunan prestasi dari segi
kualiti dan kuantiti menyebabkan
penutupan kelas sastera. Selain itu usaha terdesak bagi mengurangkan masalah
disiplin dilakukan dengan menutup kelas sastera. Murid yang tidak dapat
memberikan fokus terhadap pelajaran dan sering menimbulkan masalah sering
dikaitkan dengan murid aliran sastera. Namun ada juga yang menggunakan istilah
‘pakej’ bagi mewajarkan tindakan ini. Kelas sastera terpaksa ditutup bagi
memudahkan pihak sekolah menawarkan pakej mata pelajaran kepada murid dan yang
menjadi mangsa ialah kelas Kesusasteraan Melayu.
Terdapat
juga tanggapan bahawa mata pelajaran sastera tidak menjanjikan masa depan yang
cerah selain melahirkan murid yang suka berangan-angan dengan dibuai perasaan
semata-mata. Bagi guru yang mempunyai latar belakang pendidikan sastera di
universiti pula mereka tidak mahu mengajar sastera sebaliknya tugas ini
terpaksa dipikul oleh mereka yang bukan opsyen sastera.
Kesimpulannya
terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada penutupan kelas Kesusasteraan
Melayu. Biarpun belum ada kajian saintifik bagi mengenalpasti puncanya namun
sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan kelas Kesusasteraan Melayu tidak hilang
dari negeri Melaka sebagaimana berlaku di beberapa buah negeri lain di
Malaysia.
3.0 Perubahan Persepsi Terhadap Subjek
Kesusasteraan Melayu
Perubahan persepsi
harus dilaksanakan bagi memastikan subjek Kesusasteraan Melayu kekal ditawarkan
di sekolah-sekolah. Bagi mengubah persepsi ini semua pihak bertanggungjawab
untuk melaksanakannya. Perubahan
persepsi ini bertujuan menyedarkan pihak pembuat keputusan, pihak pelaksana,
kaunselor, murid dan pencinta ilmu agar faham objektif P&P Kesusasteraan Melayu di sekolah.
Selain itu ia juga bertujuan memartabatkan subjek Kesusasteraan Melayu agar
menjadi subjek pilihan utama murid di alam persekolahan semoga hasrat menjadikan
sistem pendidikan negara gemilang akan terlaksana.
3.1 Kesusasteraan Melayu Sebagai Suatu Kesedaran
Kelangsungan Peradaban Bangsa
Belajar Kesusasteraan
Melayu bererti melihat rakaman sejarah hidup dan pengalaman masyarakat Melayu
seusia dengan kewujudan Melayu itu sendiri. Tidak banyak yang diketahui dan
diberitakan kepada masyarakat kita pada hari ini mengenai kehebatan, kekuatan,
ketinggian peribadi dan keterlibatan bangsa Melayu dalam sejarah peradaban
tanpa merujuk kepada khazanah kesusasteraan melayu itu sendiri. Dengan meneliti
khazanah kesusasteraan yang terhasil daripada tradisi lisan dan tulisan sejak
zaman berzaman, masyarakat hari ini dapat menghayati dan memahami kehebatan
bangsa Melayu yang terbina daripada peradabannya (Abdul Halim Ali : 2012).
Kesedaran peri pentingnya belajar Kesusasteraan Melayu sebagai
melihat rakaman peradaban bangsa Melayu yang unggul suatu ketika dahulu akan
dapat menyemai perasaan bangga akan peradaban bangsa. Penelitian teks sastera
secara tidak langsung melihat khazanah bangsa dan seterusnya memberi ruang
kepada murid untuk menjiwai watak yang terdapat dalam khazanah tersebut. Adnan
Khamis dan F.P Chew (1998) menyatakan sastera negara ini memainkan peranan
membina unsur-unsur patriotisma, membina watak kepahlawanan dan kebanggaan
nasional.
3.2 Kesusasteraan Melayu sebagai alat integrasi nasional.
Negara Malaysia terdiri
daripada masyarakat majmuk. Perpaduan menjadi keutamaan dalam sistem pendidikan
negara. Penyata Razak menyatakan tujuan utama dasar pendidikan di Malaysia
ialah untuk menyatukan pelajar-pelajar daripada semua bangsa dengan memakai
satu sistem pendidikan yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar (Penyata Razak 1956).
Kajian yang dijalankan oleh Adnan (1990) memperlihatkan sastera
kebangsaan sudah merentasi batasan yang terfokus kepada lingkungan Melayu
kepada alam bukan Melayu. Seterusnya sastera kebangsaan telah melangkaui
batas-batas pemikiran yang terkongkong daripada persoalan Melayu kepada
persoalan nasional yang mengaitkan isu-isu hubungan kaum, toleransi dan
muhibah. Malahan sastera kebangsaan menunjukkan peranan perpaduan nasional
melalui sastera merentas batas-batas etnik, taraf sosial ekonomi dan lokasi.
Kesimpulannya Kesusasteraan Melayu berperanan
penting dalam memupuk integrasi nasional. Kesusasteraan Melayu bukan difokuskan
kepada orang-orang Melayu semata-mata tetapi sudah merentas batas nasional. Sifat Kesusasteraan Melayu yang merentas batas
nasional ini membolehkan integrasi nasional dipupuk di dalam sistem pendidikan
negara ini.
3.3 Kesedaran bahawa Kesusasteraan
Melayu sebagai cara melahirkan negara bangsa.
Menurut Jurij Hj Yahya
(1991) konsep negara bangsa telah diperkenalkan oleh Ibnu Khaldun sebagai suatu
teori sosial yang dinamakan sebagai “assabiyyah” yang bermaksud semangat
kebangsaan. Semangat ini agak mirip kepada semangat nasionalisme yang dari segi
definisi politiknya adalah “perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri iaitu
kasih sayang yang tidak berbelah bahagi”. Ibnu Khaldun percaya bahawa kekuasaan
dan kedaulatan sesebuah negara itu tercetus daripada semangat “assabiyyah” atau
semangat nasionalisme ini (Noraini Md.Yusof, Noraza Ahmad Zabidi & Supyan
Hussin, 1998)
Ghazali Shafie (1995)
berpendapat pembentukan ‘Bangsa Malaysia’ bermaksud seseorang yang mengenal
dirinya sebagai bangsa Malaysia yang berlandaskan ‘kerakyatan Malaysia’ yakni
seseorang rakyat Malaysia tanpa mengira apa keturunannya mengaku dirinya tidak
lain dan tidak bukan sebagai ‘Bangsa Malaysia’ dan berasakan dia mempunyai
kebudayaan Malaysia sendiri. Dalam sanubari, bukan dari segi undang-undang,
“warga” dan “negara” dipersatukan. Konsep
negara bangsa dalam konteks negara Malaysia ialah masyarakat yang penyayang,
bersatu, bermoral, berkeyakinan diri, beretika, bersikap adil, serta
mengamalkan cara hidup yang demokratik, toleran dan progresif.
Dalam sistem
pendidikan, sastera kebangsaan dapat membina peradaban bangsa melalui ilmu,
kemahiran dan nilai yang diserapkan melalui kurikulum. Teks sastera merupakan
bahan P&P yang menjadi cerminan kepada budaya masyarakat Malaysia pelbagai
kaum. Sastera juga menjadi alat perpaduan ke arah membina bangsa Malaysia yang
bersatu padu dengan nilai kerohanian yang positif serta menghayati perasaan
bangga dengan bakat dan nilai seni seperti yang terdapat di dalam sesebuah teks
sastera . Sastera bukan sahaja bertindak sebagai pencetus kreativiti tetapi
juga menjadi alat penyuburan terhadap semangat patriotisme. Semangat inilah
yang akhirnya akan menjadikan murid itu insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan, sekali gus membentuk peradaban bangsa Malaysia (Mohamad Nor
Mohamad Taib, 2012).
Tuntasnya pihak pembuat
dan pelaksana keputusan sewajarnya faham akan tanggungjawab berat yang dipikul
oleh kurikulum Kesusasteraan Melayu. Usaha melahirkan negara bangsa melalui
kurikulum Kesusasteraan Melayu patut digalakkan dengan menggiatkan pembukaan
kelas Kesusasteraan Melayu di sekolah-sekolah agar usaha melahirkan negara bangsa akan mudah tercapai.
3.4
Persepsi Terhadap P&P Kesusasteraan Melayu
Umum mengetahui
terdapat banyak teks yang harus ‘dihadamkan’ oleh pelajar yang mengambil subjek
Kesusasteraan Melayu pada peringkat SPM. Mulai tahun 2011 murid harus mengkaji
teks Bacalah Dalam Bahasamu Jilid A, Bacalah Dalam Bahasamu Jilid B, Hati
Terkenang Mulut Menyebut dan Restu. Dalam masa dua tahun murid harus mengkaji
karya-karya yang ditetapkan. Terdapat guru Kesusasteraan Melayu yang mengambil
jalan mudah dengan mengajar menggunakan kaedah tradisional melalui teknik hafalan. Akibatnya murid tidak
dapat menghayati sesebuah karya sehingga menyebabkan murid mudah bosan.
Telah
banyak diperkatakan oleh pengkaji-pengkaji penjurusan yang bersifat intrinsik. Kaedah
pengajaran secara intrinsik menjadikan mata pelajaran sastera kebangsaan kurang
daya tarikannya yang sekaligus membawa kepada kemerosotan minat guru dan murid.
Lebih-lebih lagi sastera bukan mata pelajaran teras sebaliknya sebagai mata
pelajaran elektif. Kaedah pengajaran yang terberat ke arah pengajaran intrinsik
membawa kesan sampingan ke arah menyempitkan hala tuju sastera kebangsaan ini (
Adnan Kamis & F.P Chew, 1998).
Kajian
oleh Misran Rukimin (1997) menunjukkan penumpuan pengajaran yang memberatkan
kaedah intrinsik menjadikan sastera tidak terdedah kepada hal-hal luaran yang
lebih penting dan bersifat global. Sastera tidak dilihat dari sudut yang boleh
membangunkan negara atau membina minda insan dan kemanusiaan. Oleh yang
demikian sastera yang diajarkan di sekolah oleh guru tidak dapat memenuhi
keperluan-keperluan tersebut.
Punya
Mishra dan Matthew J.Koehler dalam Rozaiman
Makmun et al. (2011) menggariskan lima langkah yang harus dipatuhi oleh guru Kesusasteraan
Melayu untuk mengajar subjek Kesusasteraan Melayu berdasarkan Pengetahuan
Teknologi Pedagogikal Kandungan. Pengetahuan Teknologi Pedagogikal Kandungan
ini dikembangkan daripada idea asal yang diketengahkan oleh Shulman iaitu
Pengetahuan Pedagogikal Kandungan. Punya Mishra dan Matthew J.Koehler
menyatakan terdapat lima jenis pengetahuan yang saling berhubungan yang harus
dimainkan peranannya oleh guru sastera. Lima jenis pengetahuan yang dimaksudkan
ialah pengetahuan isi kandungan, pengetahuan aspek pedagogikal, pengetahuan
latar belakang dan kesediaan murid, pengetahuan kaedah pentaksiran dan
pengetahuan teknologi bagi tujuan penyampaian ilmu.
Guru Kesusasteraan Melayu harus ada pengetahuan mengenai isi kandungan subjek yang diajarkan. Guru Kesusasteraan Melayu harus peka terhadap kehendak Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Selain daripada itu guru Kesusasteraan Melayu haruslah dapat menyesuaikan diri dengan karya-karya sastera yang terpilih.
Pengetahuan
mengenai aspek pedagogi perlu dikuasai oleh guru Kesusasteraan Melayu. Selain
ilmu pedagogi yang diperoleh di universiti bagi mendapatkan segulung ijazah
atau diploma pendidikan, guru juga harus bersedia mempelajari kaedah pedagogi
terkini melalui kursus-kursus yang dianjurkan. Guru Kesusasteraan Melayu harus
bergerak seiring dengan perubahan masa. Mereka tidak harus berada di takuk lama
dengan mengajar menggunakan kaedah yang lama. Guru Kesusasteraan Melayu harus
bersedia menggunakan kaedah-kaedah pedagogi terkini bagi memastikan P&P
yang dijalankan akan mencapai objektif yang dirancang. Menurut Juriah Long
(1998), guru seharusnya menguasai kaedah pengajaran yang lebih bersistem,
dinamik dan memberikan peluang kepada murid untuk terlibat secara aktif. Oleh
yang demikian segala pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti pembelajaran murid
hendaklah diubah daripada cara tradisional kepada cara yang lebih inovatif,
proaktif dan dinamik serta menggalakkan gaya pembelajaran akses kendiri,
konstruktif, pembelajaran aktif, koperatif, kolaboratif, inkuiri dan
seumpamanya yang lebih berfokuskan murid (Rozaiman Makmun et al, 2011)
Pengetahuan
latar belakang dan kesediaan murid harus diambil berat oleh guru Kesusasteraan
Melayu ketika merancang pengajaran. Perbezaan dalam kebolehan kognitif, afektif
dan fizikal murid merupakan pembolehubah terpenting dalam merancang program
P&P. Selain itu perbezaan yang disebabkan oleh gender, budaya, potensi
kreativiti dan tahap penerimaan murid akan mempunyai kesan terhadap guru. Guru
seharusnya tahu apakah stail pembelajaran, minat dan kebolehan yang diperlukan
oleh murid (Paul R.Burden & David M.Byrd, 1994). Guru yang dapat
menyediakan maklumat latar belakang dan kesediaan belajar murid akan dapat
membantu muridnya untuk menguasai pengajaran yang akan dilaksanakan. Menurut
Abd. Ghafar (2003), kesediaan belajar murid, antaranya boleh dipengaruhi oleh
kematangan fizikal dan mental, pengalaman dan pengetahuan sedia ada, kemahiran
asas, mengekalkan perhatian; dorongan atau motivasi, serta aspek sosial dan
persekitaran. Lebih berpusatkan murid bermakna murid perlu dididik agar tidak
terlalu bergantung kepada guru, nota dan buku teks. Murid digalakkan mencari
maklumat di luar bilik darjah, khususnya melalui rujukan melalui bacaan
tambahan, perpustakaan, rujukan lapangan dan internet.
Pengetahuan
bagi kaedah pentaksiran penting sebagai cara untuk mengetahui sejauh
mana
objektif pendidikan tercapai selain membantu guru mengetahui tahap kebolehan
murid secara individu (Ahmann & Glock, 1981). Pentaksiran merupakan suatu
cara untuk melihat kebolehan murid menguasai apa yang diajarkan oleh guru. Ia
juga merupakan kaedah bagi guru merancang pengajaran yang berikutnya. Kaedah
pentaksiran yang berkesan akan dapat memudahkan guru membawa kejayaan buat
murid yang diajar. Sehubungan dengan itu guru harus merancang ujian diagnostik,
ujian formatif dan ujian sumatif dengan baik. Ini bagi memastikan objektif
pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu dapat dicapai dengan baik.
Dalam
zaman ICT, guru Kesusasteraan Melayu harus punya pengetahuan teknologi
bagi
tujuan penyampaian ilmu. Biarpun ada tanggapan mengatakan guru Kesusasteraan
Melayu tidak perlu menggunakan ICT sewaktu mengajar kerana Kesusasteraan Melayu
hanyalah berkisar kepada manuskrip lama namun tanggapan ini harus disanggah.
Ledakan teknologi maklumat memberikan implikasi dan kesan kepada dunia
pendidikan khususnya dari sudut pemerolehan pembelajaran. Lazimnya maklumat
yang diperoleh akan kekal sebanyak 20% daripada apa yang dilihat, 30% daripada
apa yang didengar, 50% daripada apa yang dilihat dan didengar serta mencecah
80% jika dilihat, didengar dan melaksanakan aktiviti secara serentak.
Berdasarkan pecahan ini bermakna pembelajaran yang dijalankan melalui internet
amat berkesan kerana ia melibatkan integrasi perlakuan tersebut dalam
memperoleh maklumat. Internet dapat berfungsi sebagai pusat penerbitan sumber
maklumat, ruang diskusi, alat komunikasi, alat forum serta sebagai alat
penyelidikan. Kepelbagaian yang ada menjadikan internet sebagai wadah lebuh
raya maklumat yang wajar dimanfaatkan oleh guru Kesusasteraan Melayu. Internet
juga menjadi sumber bahan pembelajaran, bahan rujukan, rancangan pelajaran,
koleksi perpustakaan, perisian, maklumat projek atau aktiviti, majalah, buku,
akhbar dan jurnal. Kesemuanya ini dapat dicapai oleh guru Kesusasteraan Melayu
atau murid menerusi aplikasi world wide web, mel-elektronik, kumpulan diskusi
elektronik, Internet Relay Chat, telesidang, telefon internet dan lain-lain
lagi. Melaluinya guru Kesusasteraan Melayu dan murid berkemampuan untuk
melaksanakan program untuk tujuan berkomunikasi, “browsing”, mencari maklumat,
selain meningkatkan kreativiti (Mohd Sarif Abd Manaf et al, 1998).
11 June 2013
Jurnal Pendidikan 2013 : Abstrak Kajian Subjek Kesusasteraan Melayu SPM
MENGUBAH
PERSEPSI TERHADAP SUBJEK KESUSASTERAAN MELAYU
KE
ARAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN NEGARA
ABSTRAK
Subjek Kesusasteraan Melayu
merupakan subjek elektif pada peringkat SPM. Oleh hal yang demikian penawaran
subjek Kesusasteraan Melayu kepada murid SPM tidak dibuat secara serius. Dalam
masa sepuluh tahun telah berlaku penurunan sebanyak 62.5% dari segi bilangan
sekolah yang menawarkan subjek Kesusasteraan Melayu di negeri Melaka. Ekoran
itu bilangan murid yang menduduki mata pelajaran Kesusasteraan Melayu SPM di
negeri Melaka bagi tempoh masa yang sama turut merosot sebanyak 76.1%. Persepsi
pembuat dan pelaksana keputusan, guru, murid dan masyarakat harus diubah
terhadap subjek Kesusasteraan Melayu. Subjek Kesusasteraan Melayu mampu
bertindak sebagai alat kelangsungan peradaban bangsa, pemupukan integrasi
nasional dan melahirkan negara bangsa. Kesemuanya ini dapat dicapai dengan
menggunakan Pengajaran dan Pembelajaran berkesan.
05 June 2013
12 April 2013
Novel ke-9 bakal muncul pada Pesta Buku Antarabangsa KL 2013
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT kerana segalanya dipermudahkan. AR baru sahaja pulang dari menunaikan ibadat umrah bersama isteri serta ibu AR. Selama 11 hari di Mekah dan Madinah, AR dapat menyaksikan pelbagai perkara yang kesemuanya AR percaya untuk diberikan petunjuk oleh Yang Maha Esa tentang kehidupan ini. Kita menyaksikan keburukan maka itu untuk dijadikan pengajaran kepada kita. Kita menyaksikan kebaikan maka itu juga untuk dijadikan pengajaran kepada kita. Apa pun AR tetap bersyukur kerana Allah mempermudahkan AR membawa ibu yang sudah berusia 75 tahun untuk melawat ke Tanah Suci umat Islam ini.
AR juga amat bersyukur kerana AR telah dihubungi oleh ITBM kerana manuskrip yang dihantar oleh AR untuk Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi telah diterima untuk diterbitkan (dalam keadaan agak tergesa-gesa kerana ingin mengejar Pesta Buku Antarabangsa KL 2013). AR sudah pun menandatangani perjanjian penerbitan tapi belum dapat melihat cover novel itu. Insya-Allah dalam masa terdekat novel itu akan siap sepenuhnya kerana pesta buku itu akan berlangsung tidak beberapa hari sahaja lagi. Cuma sekarang ini teka teki yang timbul ialah adakah novel ini akan memenangi sayembara tersebut? AR tengah menunggu dengan penuh debaran. Apa pun AR tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya novel ini berjaya diterbitkan oleh ITBM. Sama-samalah kita tunggu akan keputusan sayembara ini yang akan diumumkan pada minggu hadapan.
AR juga amat bersyukur kerana AR telah dihubungi oleh ITBM kerana manuskrip yang dihantar oleh AR untuk Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi telah diterima untuk diterbitkan (dalam keadaan agak tergesa-gesa kerana ingin mengejar Pesta Buku Antarabangsa KL 2013). AR sudah pun menandatangani perjanjian penerbitan tapi belum dapat melihat cover novel itu. Insya-Allah dalam masa terdekat novel itu akan siap sepenuhnya kerana pesta buku itu akan berlangsung tidak beberapa hari sahaja lagi. Cuma sekarang ini teka teki yang timbul ialah adakah novel ini akan memenangi sayembara tersebut? AR tengah menunggu dengan penuh debaran. Apa pun AR tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya novel ini berjaya diterbitkan oleh ITBM. Sama-samalah kita tunggu akan keputusan sayembara ini yang akan diumumkan pada minggu hadapan.
Labels:
aktiviti,
Novel,
Pengiktirafan Sebagai Penulis,
Pertandingan
07 March 2013
Penulisan AR diterbitkan dalam Majalah Dewan Bahasa, Februari 2013
Mampukah Bahasa Melayu Menjanakan Ekonomi?
Oleh A. RAZAK ADAM
Bahasa Melayu menduduki tempat ketujuh dalam kalangan bahasa yang mempunyai banyak penutur di dunia, iaitu daripada lebih kurang 6,900 bahasa yang terdapat di dunia. Kedudukan sepuluh bahasa utama dituturkan penduduk dunia mengikut turutan jumlah penutur terbanyak ialah Mandarin, Inggeris, Hindi, Sepanyol, Arab, Rusia, Melayu, Portugis, Benggali dan Perancis. Hal ini menunjukkan ba hawa bahasa Melayu mempunyai kekuatan yang luar biasa di sebalik gembar-gembur yang dijajakan kononnya bahasa Melayu tidak mempunyai kekuatan untuk diketengahkan sebagai bahasa ekonomi pada masa kini.
Nilai ekonomi sesuatu bahasa bermaksud kebolehan bahasa itu mengungkapkan ilmu yang ada. Kebolehan bahasa itu bergantung kepada kekuatan penuturnya. Kekuatan penuturnya dari sudut ekonomi berkait dengan bilangan penutur dan mutu bahasanya. Jatuh bangun atau kuatnya sesuatu bahasa itu amat berkaitan dengan keikhlasan atau kesungguhan penuturnya untuk menggunakan bahasa tersebut. Keikhlasan dan kesungguhan penutur jatinya menggunakan bahasa itu mampu menarik pengguna lain untuk menggunakan bahasa tersebut bagi melaksanakan urusan yang berkaitan. Sesuatu bahasa itu juga harus mampu mengungkapkan ilmu yang saban hari bertambah dengan pelbagai disiplin ilmu baharu yang wujud untuk menjadikan bahasa itu bernilai ekonomi. Dengan yang demikian kesungguhan penutur dan kemampuan serta sifat bahasa itulah yang akan menentukan sama ada bahasa itu mampu dinobatkan sebagai bahasa yang mempunyai nilai ekonomi ataupun tidak. Untuk membuktikan bahasa Melayu mempunyai nilai ekonomi, kita harus melihat dari perspektif sejarah dari dahulu sehingga kini dan peluang yang mampu ditawarkan oleh bahasa tersebut sebagai bahasa bernilai ekonomi dalam mendepani cabaran ilmu pada masa akan datang.
Bahasa Melayu t e l a h berkembang sejajar dengan peralihan zaman dan agama yang dianuti penduduk alam Nusantara ini. Sebagai bukti, prasasti Batu Bersurat Terengganu yang ditulis sekitar abad ke-14 menunjukkan terdapat peningkatan dari segi jumlah perkataan Melayu berbanding dengan perkataan Sanskrit yang banyak digunakan dalam prasasti yang dijumpai sebelumnya. Hal ini menunjukkan bahawa agama Hindu dan seterusnya agama Islam yang dianuti oleh orang Melayu telah membawa bersama-samanya kemajuan.
Kemajuan ini dapat dilihat dalam aspek ilmu yang dipunyai oleh orang Melayu setelah mereka hidup beragama. Agama Islam yang menekankan keperluan terhadap ilmu dalam kehidupan umat telah masuk ke alam Melayu dan turut membawa perbendaharaan kata bagi mengayakan bahasa Melayu yang sedia ada. Kosa kata bahasa Melayu telah berkembang pesat. Banyak perkataan baharu telah tercipta bagi mengungkapkan konsep tasawuf, tauhid, undang-undang dan syariah.........
___
Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa, Februari 2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)