05 June 2013
12 April 2013
Novel ke-9 bakal muncul pada Pesta Buku Antarabangsa KL 2013
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT kerana segalanya dipermudahkan. AR baru sahaja pulang dari menunaikan ibadat umrah bersama isteri serta ibu AR. Selama 11 hari di Mekah dan Madinah, AR dapat menyaksikan pelbagai perkara yang kesemuanya AR percaya untuk diberikan petunjuk oleh Yang Maha Esa tentang kehidupan ini. Kita menyaksikan keburukan maka itu untuk dijadikan pengajaran kepada kita. Kita menyaksikan kebaikan maka itu juga untuk dijadikan pengajaran kepada kita. Apa pun AR tetap bersyukur kerana Allah mempermudahkan AR membawa ibu yang sudah berusia 75 tahun untuk melawat ke Tanah Suci umat Islam ini.
AR juga amat bersyukur kerana AR telah dihubungi oleh ITBM kerana manuskrip yang dihantar oleh AR untuk Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi telah diterima untuk diterbitkan (dalam keadaan agak tergesa-gesa kerana ingin mengejar Pesta Buku Antarabangsa KL 2013). AR sudah pun menandatangani perjanjian penerbitan tapi belum dapat melihat cover novel itu. Insya-Allah dalam masa terdekat novel itu akan siap sepenuhnya kerana pesta buku itu akan berlangsung tidak beberapa hari sahaja lagi. Cuma sekarang ini teka teki yang timbul ialah adakah novel ini akan memenangi sayembara tersebut? AR tengah menunggu dengan penuh debaran. Apa pun AR tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya novel ini berjaya diterbitkan oleh ITBM. Sama-samalah kita tunggu akan keputusan sayembara ini yang akan diumumkan pada minggu hadapan.

Labels:
aktiviti,
Novel,
Pengiktirafan Sebagai Penulis,
Pertandingan
07 March 2013
Penulisan AR diterbitkan dalam Majalah Dewan Bahasa, Februari 2013
Mampukah Bahasa Melayu Menjanakan Ekonomi?
Oleh A. RAZAK ADAM
Bahasa Melayu menduduki tempat ketujuh dalam kalangan bahasa yang mempunyai banyak penutur di dunia, iaitu daripada lebih kurang 6,900 bahasa yang terdapat di dunia. Kedudukan sepuluh bahasa utama dituturkan penduduk dunia mengikut turutan jumlah penutur terbanyak ialah Mandarin, Inggeris, Hindi, Sepanyol, Arab, Rusia, Melayu, Portugis, Benggali dan Perancis. Hal ini menunjukkan ba hawa bahasa Melayu mempunyai kekuatan yang luar biasa di sebalik gembar-gembur yang dijajakan kononnya bahasa Melayu tidak mempunyai kekuatan untuk diketengahkan sebagai bahasa ekonomi pada masa kini.
Nilai ekonomi sesuatu bahasa bermaksud kebolehan bahasa itu mengungkapkan ilmu yang ada. Kebolehan bahasa itu bergantung kepada kekuatan penuturnya. Kekuatan penuturnya dari sudut ekonomi berkait dengan bilangan penutur dan mutu bahasanya. Jatuh bangun atau kuatnya sesuatu bahasa itu amat berkaitan dengan keikhlasan atau kesungguhan penuturnya untuk menggunakan bahasa tersebut. Keikhlasan dan kesungguhan penutur jatinya menggunakan bahasa itu mampu menarik pengguna lain untuk menggunakan bahasa tersebut bagi melaksanakan urusan yang berkaitan. Sesuatu bahasa itu juga harus mampu mengungkapkan ilmu yang saban hari bertambah dengan pelbagai disiplin ilmu baharu yang wujud untuk menjadikan bahasa itu bernilai ekonomi. Dengan yang demikian kesungguhan penutur dan kemampuan serta sifat bahasa itulah yang akan menentukan sama ada bahasa itu mampu dinobatkan sebagai bahasa yang mempunyai nilai ekonomi ataupun tidak. Untuk membuktikan bahasa Melayu mempunyai nilai ekonomi, kita harus melihat dari perspektif sejarah dari dahulu sehingga kini dan peluang yang mampu ditawarkan oleh bahasa tersebut sebagai bahasa bernilai ekonomi dalam mendepani cabaran ilmu pada masa akan datang.
Bahasa Melayu t e l a h berkembang sejajar dengan peralihan zaman dan agama yang dianuti penduduk alam Nusantara ini. Sebagai bukti, prasasti Batu Bersurat Terengganu yang ditulis sekitar abad ke-14 menunjukkan terdapat peningkatan dari segi jumlah perkataan Melayu berbanding dengan perkataan Sanskrit yang banyak digunakan dalam prasasti yang dijumpai sebelumnya. Hal ini menunjukkan bahawa agama Hindu dan seterusnya agama Islam yang dianuti oleh orang Melayu telah membawa bersama-samanya kemajuan.
Kemajuan ini dapat dilihat dalam aspek ilmu yang dipunyai oleh orang Melayu setelah mereka hidup beragama. Agama Islam yang menekankan keperluan terhadap ilmu dalam kehidupan umat telah masuk ke alam Melayu dan turut membawa perbendaharaan kata bagi mengayakan bahasa Melayu yang sedia ada. Kosa kata bahasa Melayu telah berkembang pesat. Banyak perkataan baharu telah tercipta bagi mengungkapkan konsep tasawuf, tauhid, undang-undang dan syariah.........
___
Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa, Februari 2013.
09 February 2013
Aku Pilih Arang...
Inilah sajak AR yang telah diterima untuk Pertemuan Penyair Nusantara di Jambi yang berlangsung bulan Disember 2012. Sajak ini terpilih dari kalangan 7000 sajak yang dihantar oleh peserta dalam kalangan alam nusantara. Sajak ini juga telah dibukukan dalam sebuah antologi. Sebenarnya jikalau kita prihatin dengan apa jua peristiwa atau permasalahan yang berlaku di sekeliling kita maka itu boleh kita jadikan sebagai suatu titik tolak untuk kita cipta sebuah sajak, cerpen atau novel. Selamat mencuba.
AKU
PILIH ARANG YANG MENGHITAM
Aku
tak tersalah pilih
pada
arang yang menghitam
atau
pada hempedu yang pahit
kerana
aku tahu pilihanku.
“Arang
itu hitam”
dan
mukaku yang bakal sebegini berbeza
akan
ditempelak sawo matang
aku
tak memilih putih yang memucat
kerna
Bu
Karti bisa saja duduk lenang di istana
Jose
Rizal mampu lena di kerusi empuk pemerintah
Tok
Janggut juga boleh membilang tasbih seupaya.
“Jikalau
runtuh Si Gunung Ledang”
usah
kau cari aku si gelandangan
aku
hanya Si Kitul yang menajamkan mata lembing
aku
hanya meminjam Taming Sari Si Tuah
aku
hanya mengungkap kata-kata Soekarno
aku
hanya menari mengikut Rentap
aku
adalah aku
dan
aku hanya si sawo matang yang meminjam azimat khazanah alamku.
“Jikalau
mukaku hitam”
aku
rela dipersalah
pundakku
sedia memikul Karakatau yang menjulang
aku
si sawo matang yang tak tahu malu
yang
cuba menetak angin dengan buluh perindu
yang
cuba melarik air dengan tiupan semangat juang
yang
cuba melekatkan peta bangsaku dengan angan-angan tak sudah
namun
aku seyakin Tok Janggut
yang
rela bermandi darah
mayatku
rela untuk disalai buat tatapan
kerana
aku tahu
Si
kitul itu bisa saja merobah sejarah bangsa
daripada
berpeluk tubuh menanti bulan jatuh ke riba.
“Jikalau
roboh Kota Melaka”
usah
cucuku untuk aku dipersalah
aku
tidak memilih putih yang memucat
aku
bukan si tukang sorak
aku
cuma ada pena yang melarik aksara
sekadar
pengingat setia
pada
daulat
pada
wilayah yang terhormat
pada
sawo matang yang menunduk sekian lama
pada
si miskin yang meminta-minta
pada
anak bangsaku yang resah
meniti hari siang yang panjang
resah
pada meresah yang tak kunjung padam
dan
takut pada telaga mengering sebelum tiba musim hujan.
“Kiamat
belum datang lagi”
perjalanan
belum sampai ke jalan mati
dan
bangsaku hanya mampu menginjak ke atas busut
sedang
Apollo sudah lama menginjak bulan
lihat,
mereka masih mencakar busut
yang
diinjak sesama sendiri.
“Biarlah
aku memilih arang yang menghitam”
25 hb ogos 2012
06 February 2013
Peluang Keemasan Buat Penulis Muda
Tawaran Menyertai Kembara Penulis Muda ke United Kingdom
10 Mar 2013 - London, United Kingdom
SIARAN MEDIA
TAWARAN MENYERTAI KEMBARA PENULIS MUDA KE UNITED KINGDOM
|
Program |
Kembara Penulis Muda Ke United Kingdom |
|
Tarikh |
10-19 Mac 2013 |
|
Lokasi |
Sekitar Kota London, United Kingdom |
|
Penganjur |
Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) |
|
Latar Belakang |
Kembara Penulis Muda Ke United Kingdom yang akan diadakan
pada Mac 2013 merupakan sebuah projek nasional bagi “membuka horizon
minda” penulis muda melihat perkembangan dan situasi bidang penulisan
serta kesusasteraan di dunia luar. Program ini penting bagi
mengembangkan bakat penulisan melalui rakaman serta catatan yang
diperoleh hasil daripada pandangan tentang kaedah serta apresiasi
masyarakat luar terhadap bidang kebudayaan dan kesusasteraan. Program ini akan dikendalikan oleh fasilitator yang dilantik oleh ITBM dan PENA, iaitu Encik Wan Ahmad Hulaimi bin Wan Mohd Ali atau juga dikenal sebagai Awang Goneng. Beliau yang menetap di London mempunyai pengalaman luas dalam bidang penulisan khususnya melalui penerbitan buku, media cetak dan juga media elektronik (blog). Dalam program kembara penulis ini, peserta akan bergerak dari satu tempat ke tempat lain yang pastinya turut menggerakkan secara aktif pada fizikal dan minda. Pengembaraan ini akan menghidangkan pemandangan baharu; pemandangan baharu di hadapan peserta serta di dalam diri mereka. Secara tidak langsung, pengembaraan ini akan membuka kepada penerokaan kata-kata yang baharu – yang diharapkan akan mengubah diri peserta dari segi penglihatan, pemikiran, penulisan, dan perjalanan hidup. |
|
Peserta Kembara |
Kaedah pemilihan peserta adalah seperti berikut: - Remaja warganegara Malaysia yang berusia antara 17-30 tahun. - Peserta terbuka kepada 10 orang penulis muda yang telah terbukti kemampuannya menghasilkan tulisan yang baik. Peserta boleh terdiri daripada penulis sastera dan penulis ilmiah atau biografi (puisi, cerpen, novel, dan umum). Tidak hanya terhad kepada penulis kreatif. - Pernah menghasilkan karya yang disiarkan dalam mana-mana penerbitan. Salinan karya yang tersiar itu perlu diberikan kepada pihak ITBM untuk penilaian. - Peserta mampu memberikan komitmen untuk menghasilkan karya penulisan dalam tempoh masa 12 bulan selepas menyertai projek kembara ini. - Perlu lulus ujian dan temu duga yang dijalankan oleh ITBM. - Terhad kepada 10 peserta yang ditanggung sepenuhnya pengangkutan (kapal terbang Kuala Lumpur-London-Kuala Lumpur), penginapan di London dan makan minum (tidak termasuk perbelanjaan duit saku). |
|
Cara Permohonan |
- Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan di laman sesawang www.itbm.com.my. (klik format word) (klik format PDF) - Tarikh tutup permohonan Kembara Penulis Muda Ke United Kingdom pada 13 Februari 2013. |
Sumber : ITBM
31 January 2013
Kelebihan Apabila Menyertai Pertandingan Menulis.
Alhamdulillah akhirnya dapat juga AR menyiapkan manuskrip novel, sebuah antologi cerpen (mengandungi 10 buah cerpen) dan sebuah antologi puisi (mengandungi 33 buah puisi). Kesemua manuskrip ini AR hantar untuk pertandingan menulis yang dianjurkan oleh sebuah institusi. Tarikh tutup pertandingan itu jatuh pada hari ini. AR bersyukur sangat sebab dapat menyiapkan ketiga-tiga genre tersebut. AR tidak malu untuk berkongsi pengalaman dengan khalayak pembaca blog kerana inilah juga tujuan kewujudan blog ini. Bagi AR kalah menang itu soal kedua namun usahanya perlu ada pada diri mereka yang ingin menjadi penulis.
Apakah kelebihan mereka yang mengikuti sesuatu pertandingan menulis?
Kelebihannya ialah mereka dapat mengetahui akan kemampuan diri dalam bidang tersebut. Ini bukan bermaksud mereka yang kalah harus mengundur diri tetapi mereka yang kalah harus berusaha bermuhasabah diri memperbaiki hasil penulisan mereka. Banyak faktor yang menyumbang kepada kegagalan kita dan cuba renung sejenak apakah sebab kita kalah dan kita cuba perbaiki kelemahan tersebut.
Selain itu apabila menyertai pertandingan dan menang pula maka itu dikira sebagai merit untuk mempromosi diri bagi memastikan hasil penulisan kita dapat diterbitkan. Ramai penulis yang merungut kerana manuskrip yang dihantar 'liat' sangat untuk diterbitkan. Nah, apabila kita menang manuskrip yang menang itu mempunyai potensi besar untuk diterbitkan oleh pihak penganjur. Paling tidak pun kita boleh masukkan dalam resume dan menguatkan biodata diri kita untuk mendapat kepercayaan yang lebih daripada penerbit.
Masuk pertandingan menulis juga akan mengajar kita untuk mendisiplinkan diri. Ramai penulis yang tahu menulis tetapi tidak mendisiplinkan diri untuk mengikut keperluan pihak penganjur. Apabila kita mengikuti sesuatu pertandingan maka kita tertakluk kepada apakah kehendak pihak penganjur untuk menang. Cara ini mengajar kita untuk menepati masa, mengikut keperluan penganjur dan bersedia untuk bekerjasama.
Melalui pertandingan menulis juga akan mengajar kita untuk matang dalam bidang penulisan. Sebenarnya ilmu itu amat luas ibarat setitis air di lautan tak bertepi jadi bersedialah untuk menimba ilmu tersebut.

23 January 2013
Komen Pembaca Novel Jutawan 3R
Alhamdulillah....
Akhirnya berjaya juga aku habiskan baca sebuah buku dalam sehari. Sudah lama aku tidak melakukannya. Buku pertama yang aku pilih adalah Jutawan 3R. Buku ini kepunyaan sepupuku, Muhammad Farid Iman atau nama glamornya adik. Adik tertinggal buku ini di rumah aku. Terima kasih kepada ilustrator kulit buku ini kerana ia telah berjaya menarik minatku untuk membacanya. Kalau aku yang separa kanak-kanak pun suka melihatnya, inikan pula adik-adik di luar sana kan..? Mungkin aku sedikit keanak-anakan kerana membaca buku ini. (Rakan-rakan seperti mahu tergelak melihatku membaca buku ini)
Sedikit sinopsis:
Buku ini mengisahkan tentang dua orang sahabat baik Anandan dan Riduan membina perniagaan mereka melalui jualan barangan terpakai seperti kertas, tin aluminium dan besi buruk. Semuanya bermula apabila mereka didenda oleh Cikgu Hanifah, guru disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Kasturi. Sejak dari hari itu, mereka berkenalan dengan usahawan barangan terpakai, Encik Mansor. Ikuti kisah dua sahabat memulakan perniagaan bahan-bahan terpakai.
Komen:
Buku ini memberikan banyak ilmu berguna untuk semua pembacanya terutama jika anda tidak mempunyai asas sains. Ia boleh juga dikategorikan sebagai sebuah buku motivasi. Motivasi perniagaan untuk kanak-kanak kerana terdapat idea-idea yang boleh digunapakai jika pembaca mempunyai minat untuk memulakan perniagaan. Penulis bijak menggunakan bahasa-bahasa mudah supaya senang difahami serta penceritaan yang menarik membolehkan pembacanya melekat dan terikat dengan buku ini. Selain itu, terdapat informasi ringkas mengenai alam sekitar, keperluan untuk mengitar semula bahan-bahan terbuang, alternatif dari bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk mengurangkan penggunaan plastik, bahan kimia dan penjimatan elektrik. Buku ini memang tidak rugi untuk dibaca. Saya pasti, sesiapa yang membaca buku ini pasti teruja untuk menjadi tauke perniagaan kecil yang berasaskan bahan buangan.

Tajuk buku: Jutawan 3R
Penulis: A. Razak Adam
Kategori: Kanak-kanak (Remaja boleh juga..)
Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Ketebalan: 192 muka
Penilaian:

Sedikit sinopsis:
Buku ini mengisahkan tentang dua orang sahabat baik Anandan dan Riduan membina perniagaan mereka melalui jualan barangan terpakai seperti kertas, tin aluminium dan besi buruk. Semuanya bermula apabila mereka didenda oleh Cikgu Hanifah, guru disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Kasturi. Sejak dari hari itu, mereka berkenalan dengan usahawan barangan terpakai, Encik Mansor. Ikuti kisah dua sahabat memulakan perniagaan bahan-bahan terpakai.
Komen:
Buku ini memberikan banyak ilmu berguna untuk semua pembacanya terutama jika anda tidak mempunyai asas sains. Ia boleh juga dikategorikan sebagai sebuah buku motivasi. Motivasi perniagaan untuk kanak-kanak kerana terdapat idea-idea yang boleh digunapakai jika pembaca mempunyai minat untuk memulakan perniagaan. Penulis bijak menggunakan bahasa-bahasa mudah supaya senang difahami serta penceritaan yang menarik membolehkan pembacanya melekat dan terikat dengan buku ini. Selain itu, terdapat informasi ringkas mengenai alam sekitar, keperluan untuk mengitar semula bahan-bahan terbuang, alternatif dari bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk mengurangkan penggunaan plastik, bahan kimia dan penjimatan elektrik. Buku ini memang tidak rugi untuk dibaca. Saya pasti, sesiapa yang membaca buku ini pasti teruja untuk menjadi tauke perniagaan kecil yang berasaskan bahan buangan.
Subscribe to:
Comments (Atom)