Jalil merupakan pelajar Tingkatan 5. Beliau telah melalui pelbagai pahit getir selepas bapanya, Pak Teh meninggal dunia. Ibunya seorang wanita kampung yang selalu bertindak mengikut fikirannya tanpa memikirkan kesan dan akibat tindakannya itu. Kisah cerita ini bermula, apabila Biah, seorang gadis dari Kampung Bukit Nibung, di Bukit Jenun melarikan diri selepeas ditunangkan. Penduduk Kampung Bukit Nibung gempar apabila mendakwa Biah dilarikan oleh Muhsin, iaitu abang Jalil. Sejak itu, Mak Teh menjual tanah bendang dan Tanah pusaka peninggalan Pak Teh kepada sepupu Pak Lang Ali. Pak Lang Ali mengambil kesempatan atas situasi yang berlaku kepada Mak Teh. Pak Lang Ali menjual tanah bendang Mak Teh sebanyak 5 relong kepada sepupunya Pak Amat di Guar Chempedak dengan harga RM10 ribu sedangkan dia membayar kepada Mak Teh dengan harga RM5 ribu. Oleh kerana terdesak Mak Teh menjual dengan harga murah kerana dia hendak menghapuskan keaiban yang dilakukan oleh anak lelaki kesayangannya dan menghilangkan malu dengan orang kampung.
Mak Teh menumpang
di rumah sepupunya Pak Long Ayob. Jalil tidak mahu mengikut ibunya berpindah
kerana dia hendak meneruskan pelajaran. Dugaan pertama yang dihadapi oleh Jalil
ialah ibunya telah merobohkan rumahnya dan semua kayu rumahnya dibawa ke Guar
Chempedak kerana hendak didirikan rumah baru di Bagan Lalang. Jalil terpaksa
mendirikan dangau untuk beliau berteduh. Dengan kudrat yang ada, Jalil cuba
mengusahakan tanah arwah bapanya dengan berbincang semula dengan pembeli tanah
itu, Pak Amat. Jalil berjanji dia akan pulangkan duit RM10,000 kepada Pak Amat
dalam masa 10 tahun. Detik-detik kesukaran yang dilalui oleh Jalil ialah semasa
diganggu oleh Kudin, abang Biah dan semasa dia hendak membayar yuran
peperiksaannya. Jalil juga dipulaukan oleh penduduk kampung kerana perbuatan
abangnya Muhsin. Namun, Latifah anak Pak Lang Ali menjadi penyelamat kepada
kehidupan Jalil. Latifah ketika itu dalam tingkatan 3 amat menyanjungi
keketanlan semangat juang Jalil. Latifah juga yang memujuk ayahnya agarnya
membantu Jalil membayar yuran peperiksaan SPM.
Selepas membayar
yuran itu, Jalil menyerahkan resit yurannya agar disimpan oleh Latifah sebagai
bukti dia telah membayar yuran kepada gurunya. Latifah juga membantu Jalil
semasa kakinya luka ketika menanam padi dalam petak sawahnya kerana Kudin telah
dengan sengaja melemparkan kaca di dalam bendangnya. Selepas peperiksaan SPM,
Jalil meninggalkan kampung halamannya dengan berhijrah ke Kuala Lumpur kerana
tanahnya itu sudah jadi milik orang. Namun, Pak Amat membiarkan Jalil
mengusahakan tanah sawahnya sendiri. Semasa Jalil mahu ke Kuala Lumpur dia
memajak padinya yang baru menguning kepada Ah Bee sebanyak RM400. Dengan duit
itu, Jalil membeli tiket keretapi ke Kuala Lumpur. sebelum pergi ke KL, Jalil
telah membeli batu nisan untuk diletakkan di kubur ayahnya di kedai Hameed
dengan harga RM15. Di Kuala Lumpur Jalil bertemu dengan Abang Joe di Pasar
Budaya dan seterusnya dia bekerja dengan Abang Joe. Abang Joe beruntung kerana
Jalil mahir melukis. Selepas itu, mereka mengusahakan projek dengan menghantar
lukisan ke hotel-hotel.
Kejayaan yang diperoleh oleh Jalil tidak berhenti
di situ kerana dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Dia melanjutkan
pelajaran di UPM dalam bidang Lanskap. Jalil belajar sambil bekerja dengan
Abang Joe. Akhirnya mereka menubuhkan Syarikat Alam Hijau. Syarikat Jalil
berkembang sehinggalah mereka membina empayar perniagaan berasaskan landskap
dan dekorasi. Semasa temuduga pegawai akaun, Jalil bertemu semula dengan
Latifah setelah berbelas tahun dia meninggalkan Kampung Nibung. Akhirnya Jalil
dan Joe telah melancarkan Projek Taman Tema Kampung Nibung. Latifah menjadi
pendorong dan inspirasi kehidupan Jalil telah membantu Jalil mendapatkan kepercayaan
orang kampung untuk menjual tanahya mereka kepada Jalil. Akhirnya kesengsaraan
hidup Jalil dalam usaha menebus semula tanah pusaka ayahnya berbaloi.
(diubah suai daripada beberapa laman blog)
No comments:
Post a Comment