Novel yang memenang saguhati Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi anjuran ITBM, PENA dan Berita Harian ini telah diterbitkan pada 2013. Mengisahkan
perjalanan hidup Rahmat yang dilingkari oleh pantang larang dan adat istiadat Melayu. Rahmat dilahirkan sewaktu zaman penjajahan
Inggeris yang kemudiannya dikalahkan oleh Jepun. Sewaktu zaman penjajahan,
masyarakat Melayu hidup dalam kesusahan. Kesusahan itu disumbangkan oleh
percaturan penjajah dan sebahagiannya pula disumbangkan oleh adat istiadat
Melayu. Tanah keluarga Rahmat kecil tetapi
berkedudukan strategik tergadai kepada Ah Sui yang licik. Rahmat
meneruskan kehidupannya di kampung
dengan melakukan pelbagai pekerjaan seperti menoreh, menjadi SC, menangkap ikan
di sungai dan pelbagai pekerjaan kampung namun masih tidak berupaya untuk keluar
daripada kepompong kemiskinan. Setelah berkahwin dengan Rokiah, Rahmat
mengambil keputusan untuk berhijrah ke tanah rancangan. Biarpun sudah berpindah
namun ingatan terhadap tanahnya yang tergadai tetap membara di dalam hati. Di FELDA Bukit Kayu Ara, Rahmat menghadapi
pelbagai rintangan untuk mengecap nikmat kesenangan hidup. Dia terpaksa
berhadapan dengan tekanan daripada peniaga cina dan tekanan daripada ketua
kampung untuk membuka syarikat
perkongsian. Syarikat perkongsian itu terpaksa dibubarkan apabila Raja
melarikan duit syarikat. Rahmat akhirnya berpakat dengan Ah Kaw dan Sundaraju
untuk membuka bidang ternakan lembu. Hasil kesepakatan mereka, syarikat mereka berjaya berkembang sehingga
diberikan kepercayaan oleh kerajaan untuk mendapatkan permit import lembu dari
luar negara. Rahmat tidak perlu menggunakan kekerasan atau wang ringgit untuk
mendapatkan semula tanahnya yang tergadai kepada Ah Sui. Berkat kerukunan dan kebaikan hidup yang
ditunjukkan akhirnya tanah nenek moyangnya kembali semula ke tangan Rahmat.
14 February 2014
12 February 2014
Sastera Dan Manusia
Apakah hubungan ataupun perkaitan antara ilmu sastera dengan kehidupan manusia? Ilmu sastera ialah ilmu yang mengungkapkan ungkapan atau hasil penulisan yang indah (susastera) manakala manusia itu pula ialah insan yang sememangnya bersifat pelupa. Dengan sifat manusia yang pelupa itulah maka hadirnya ilmu sastera sebagai sokongan hidup buat manusia meneruskan kehidupannya. Demikianlah hadirnya himpunan makalah atau esei yang pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia dari tahun 1996 hingga 2005. Himpunan esei ini termuat dalam buku Sastera Dan Manusia yang diselenggarakan oleh DBP dan diterbitkan pada tahun 2011.
Jikalau diteliti esei-esei yang memenangi hadiah sastera ini terdapat pengelompokkan dalam kajian novel, cerpen, drama dan puisi. Terdapat juga kajian budaya dan keagamaan. Novel yang banyak mendapat tempat di hati penyelidik tentulah novel yang dapat menggugah rasa dan jiwa pembaca. Novel itu juga harus keluar daripada kebiasaan penulisan novelis-novelis tempatan. Dalam buku ini novel Naratif Ogonshoto telah dikritik dengan baik oleh Dr. Mohamad Saleeh Rahamad ( tajuk esei Naratif Ogonshoto : Ibarat Madu Lewat Saringan) dan Awang Azman Awang Pawi (esei bertajuk Naratif Ogonshoto: Perspektif Wacana Kuasa dan Hegemoni). Di mana letaknya keluarbiasaan Naratif Ogonshoto? Luar biasanya kerana Sasterawan Negara Anwar Ridhwan berupaya mencipta novel dengan pemikiran di luar kotak. AR sudah katam baca Naratif Ogonshoto dan memang kebijaksanaan Anwar Ridhwan terserlah lewat novel ini. Kebijaksanaannya mengkritik secara halus dengan mencipta latar tempat di luar nusantara menyerlah. Kebolehan beliau mempertemukan watak dan menghayati perwatakan watak-watak yang terlibat biarpun asing bagi kita sebagai Melayu cukup membanggakan. Anwar Ridhwan juga bijak melukis latar tempat dan tahu bagaimana latar tempat itu berkembang dengan persekitaran budaya asing. Sesungguhnya kebolehan luar biasa ini perlu dijadikan contoh oleh penulis lain dalam mendepani kekeringan idea penulisan. Penulis muda harus membaca dan mengkaji novel ini bagi mencipta kelainan dan berani bereksperimen untuk menjadi luar biasa.
Selain itu terdapat juga esei yang mengungkapkan hal drama melayu seperti A. Rahim Abdullah yang menulis soal Melihat Nilai Melayu Melalui Dunia Mungkin. Mana Sikana pula menulis tentang Pemikiran dan Idealisme Shaharom Husain. Fatimah Ali pula menulis soal Drama: Jangan Bunuh Rama-Rama: Satu Bacaan Hermeneutiks Kerohanian. Hasil penulisan ini dapat memberikan kesedaran kepada kita akan sumbangan besar yang telah dibuat oleh Shaharom Husain dalam bidang drama. Kebijaksanaan dan kegigihan beliau dalam meningkat martabat drama Melayu sesungguhnya wajar diberikan pujian.
Memang tidak sah esei sastera jikalau tidak diungkapkan soal teori. Dengan membaca esei-esei yang disumbangkan ini akan dapat meningkatkan kefahaman kita akan kajian aspek sastera dengan berdasarkan teori-teori yang ada. Sesungguhnya kefahaman terhadap teori sastera mampu menjadi nilai tambah kepada penulis sekiranya mereka menyedarinya.
AR menyarankan agar mereka yang mahu berjinak dalam bidang kesusasteraan supaya memiliki buku ini. Buku ini dapat membantu penulis atau pengkritik mengetahui laluan sastera tanah air dan bagaimana perkembangan sastera berlaku di negara ini. Semoga buku ini mampu memberikan inspirasi kepada penulis untuk melahirkan karya agung suatu hari nanti.
11 February 2014
Novel Semenanjung Menangis
Novel Semenanjung Menangis yang ditulis oleh Ariff Mohamad mengambil latar seputar reformasi 1998 yang pernah menggegarkan negara. Mengisahkan seorang pensyarah di USJ bernama Rizal. Rizal dalam dilema antara mengikut jejak rakan serumah iaitu Sabri, Azreel dan Zainuddin yang terbabit secara langsung dengan perjuangan reformasi atau memilih untuk berdiam diri. Rizal kemudiannya mengambil pendekatan untuk menulis kisah perjuangan dan politik serta budaya secara serius melalui penerbitan artikel di majalah dan surat khabar. Bagi Rizal perjuangan tidak semestinya dengan berarak di jalan raya tetapi boleh menggunakan pendekatan secara aman melalui penulisan. Malangnya beliau telah difitnah oleh rakan sendiri lalu telah dipanggil oleh SB untuk disiasat. Rentetan itu pihak USJ telah memecat beliau. Kekasihnya bernama Nur Ain turut merasa tempiasnya apabila keluarganya meminta beliau memutuskan perhubungan dan memilih sepupunya untuk ditunangkan. Atas inisiatif Dr. Raja Firdaus, Rizal diterima semula oleh pihak USJ dan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di Kingston London. Jiwa Rizal juga terbuai dengan apa yang keluarganya alami selama ini. Biarpun ibunya tiada pendidikan tinggi namun semangatnya kental menghadapi kerenah suami iaitu Mahmud Pendekar yang berkahwin dengan Leni iaitu perempuan kelab malam di Singapura. Rizal sewaktu kecil sering didendangkan dengan kisah kepahlawanan negara oleh ibunya. Rizal juga bertekad untuk menulis kisah seorang pejuang negara yang dilupakan oleh massa iaitu Mansor Jumaat yang ada kaitannya juga dengan ayahnya. Akhirnya Rizal dapat menggenggam PhD. Beliau juga mendapat kembali kekasihnya Nur Ain dan menyiapkan Biografi Mansor Jumaat.
*Alhamdulillah AR baru sahaja selesai membaca novel ini. Novel yang mendapat saguhati dalam Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi anjuran ITBM, PENA dan BH telah diterbitkan oleh ITBM 2013. Novel ini harus dibaca bagi mendapatkan gambaran mengenai reformasi yang pernah menggegarkan Negara sekitar tahun 1998.
10 February 2014
Sinopsis Novel Dari Lembah Ke Puncak
Jalil merupakan pelajar Tingkatan 5. Beliau telah melalui pelbagai pahit getir selepas bapanya, Pak Teh meninggal dunia. Ibunya seorang wanita kampung yang selalu bertindak mengikut fikirannya tanpa memikirkan kesan dan akibat tindakannya itu. Kisah cerita ini bermula, apabila Biah, seorang gadis dari Kampung Bukit Nibung, di Bukit Jenun melarikan diri selepeas ditunangkan. Penduduk Kampung Bukit Nibung gempar apabila mendakwa Biah dilarikan oleh Muhsin, iaitu abang Jalil. Sejak itu, Mak Teh menjual tanah bendang dan Tanah pusaka peninggalan Pak Teh kepada sepupu Pak Lang Ali. Pak Lang Ali mengambil kesempatan atas situasi yang berlaku kepada Mak Teh. Pak Lang Ali menjual tanah bendang Mak Teh sebanyak 5 relong kepada sepupunya Pak Amat di Guar Chempedak dengan harga RM10 ribu sedangkan dia membayar kepada Mak Teh dengan harga RM5 ribu. Oleh kerana terdesak Mak Teh menjual dengan harga murah kerana dia hendak menghapuskan keaiban yang dilakukan oleh anak lelaki kesayangannya dan menghilangkan malu dengan orang kampung.
Mak Teh menumpang
di rumah sepupunya Pak Long Ayob. Jalil tidak mahu mengikut ibunya berpindah
kerana dia hendak meneruskan pelajaran. Dugaan pertama yang dihadapi oleh Jalil
ialah ibunya telah merobohkan rumahnya dan semua kayu rumahnya dibawa ke Guar
Chempedak kerana hendak didirikan rumah baru di Bagan Lalang. Jalil terpaksa
mendirikan dangau untuk beliau berteduh. Dengan kudrat yang ada, Jalil cuba
mengusahakan tanah arwah bapanya dengan berbincang semula dengan pembeli tanah
itu, Pak Amat. Jalil berjanji dia akan pulangkan duit RM10,000 kepada Pak Amat
dalam masa 10 tahun. Detik-detik kesukaran yang dilalui oleh Jalil ialah semasa
diganggu oleh Kudin, abang Biah dan semasa dia hendak membayar yuran
peperiksaannya. Jalil juga dipulaukan oleh penduduk kampung kerana perbuatan
abangnya Muhsin. Namun, Latifah anak Pak Lang Ali menjadi penyelamat kepada
kehidupan Jalil. Latifah ketika itu dalam tingkatan 3 amat menyanjungi
keketanlan semangat juang Jalil. Latifah juga yang memujuk ayahnya agarnya
membantu Jalil membayar yuran peperiksaan SPM.
Selepas membayar
yuran itu, Jalil menyerahkan resit yurannya agar disimpan oleh Latifah sebagai
bukti dia telah membayar yuran kepada gurunya. Latifah juga membantu Jalil
semasa kakinya luka ketika menanam padi dalam petak sawahnya kerana Kudin telah
dengan sengaja melemparkan kaca di dalam bendangnya. Selepas peperiksaan SPM,
Jalil meninggalkan kampung halamannya dengan berhijrah ke Kuala Lumpur kerana
tanahnya itu sudah jadi milik orang. Namun, Pak Amat membiarkan Jalil
mengusahakan tanah sawahnya sendiri. Semasa Jalil mahu ke Kuala Lumpur dia
memajak padinya yang baru menguning kepada Ah Bee sebanyak RM400. Dengan duit
itu, Jalil membeli tiket keretapi ke Kuala Lumpur. sebelum pergi ke KL, Jalil
telah membeli batu nisan untuk diletakkan di kubur ayahnya di kedai Hameed
dengan harga RM15. Di Kuala Lumpur Jalil bertemu dengan Abang Joe di Pasar
Budaya dan seterusnya dia bekerja dengan Abang Joe. Abang Joe beruntung kerana
Jalil mahir melukis. Selepas itu, mereka mengusahakan projek dengan menghantar
lukisan ke hotel-hotel.
Kejayaan yang diperoleh oleh Jalil tidak berhenti
di situ kerana dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Dia melanjutkan
pelajaran di UPM dalam bidang Lanskap. Jalil belajar sambil bekerja dengan
Abang Joe. Akhirnya mereka menubuhkan Syarikat Alam Hijau. Syarikat Jalil
berkembang sehinggalah mereka membina empayar perniagaan berasaskan landskap
dan dekorasi. Semasa temuduga pegawai akaun, Jalil bertemu semula dengan
Latifah setelah berbelas tahun dia meninggalkan Kampung Nibung. Akhirnya Jalil
dan Joe telah melancarkan Projek Taman Tema Kampung Nibung. Latifah menjadi
pendorong dan inspirasi kehidupan Jalil telah membantu Jalil mendapatkan kepercayaan
orang kampung untuk menjual tanahya mereka kepada Jalil. Akhirnya kesengsaraan
hidup Jalil dalam usaha menebus semula tanah pusaka ayahnya berbaloi.
(diubah suai daripada beberapa laman blog)
07 February 2014
The Lord Of The Rings vs Hikayat Langlang Buana
Dalam cerita Hikayat Langlang Buana, Raja Indera Bumaya boleh bertukar menjadi burung bayan, burung nuri dan bunga. Keistimewaan Raja Indera Bumaya yang lain ialah baginda boleh mencita geliga daripada Raja Johan Syahperi dengan menyeru empat jin untuk menewaskan hulubalang Raja Bahrum Dewa. Apabila mendapat tentangan daripada Raja Bahrum Dewa maka Raja Indera Bumaya mencita pula geliga hikmat itu untuk mendapatkan bantuan empat ribu jin bagi melawan segala raja, menteri, hulubalang dan rakyat Raja Bahrum Dewa. Puncanya kerana rasa cinta Raja Indera Bumaya terhadap Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
Sebenarnya kita tidak ketandusan cerita untuk dipersembahkan sama ada ke layar perak atau diolah untuk tujuan penulisan moden. Masyarakat Melayu dahulu kaya dengan khazanah alam tetapi sayang tidak dipugar dengan baik sehingga terperap di dalam buku. Masyarakat kita lebih mendewa-dewakan Lord Of The Ring biarpun ceritanya tidak masuk akal. Sebenarnya yang tidak masuk akal itulah permulaan kepada tercetusnya idea kreatif untuk masa hadapan. Masyarakat kita suka merendah-rendahkan apa yang kita ada sambil menyanjung tinggi khazanah luar negara yang dikatakan elit dan moden. Mereka menganggap segala macam dewa dan perkara karut marut itu tidak sesuai dengan budaya, agama dan negara ini (penulis bersetuju bahawa hukum Islam tetap hukum Islam dalam penentuan akidah). Tetapi dalam masa yang sama mereka menyanjung tinggi cerita karut marut dari luar negara. Soalnya adakah perkara ini adil untuk penggiat seni di negara ini apabila berhadapan dengan isu ini?
Apa yang AR harapkan agar kita harus bersikap terbuka (tetapi dalam masa yang sama akidah dan soal iman tidaklah dipinggirkan) dalam menangani isu ini. Kita harus menggiatkan usaha menggali khazanah cerita-cerita lama dan mengetengahkan cerita ini hingga ke peringkat antarabangsa. Inilah yang menuntut komitmen daripada penulis sama ada penulis novel, skrip atau cerpen. Kita harus bertanya mengapakah sehingga sekarang kita di rantau nusantara ini masih belum lagi meraih hadiah Nobel setelah Prem (yang pernah diwara-warakan untuk pencalonan) pergi meninggalkan kita. Adakah kita sibuk mengejar apa yang ada di barat untuk dipersembahkan kepada khalayak dan akhirnya kita gagal sedangkan permata berharga itu ada di rumah kita sendiri dan cuma menunggu masa untuk digilap lalu dipersembahkan kepada khalayak antarabangsa sehingga kita mampu memperoleh anugerah tersebut.
Sebenarnya kita tidak ketandusan cerita untuk dipersembahkan sama ada ke layar perak atau diolah untuk tujuan penulisan moden. Masyarakat Melayu dahulu kaya dengan khazanah alam tetapi sayang tidak dipugar dengan baik sehingga terperap di dalam buku. Masyarakat kita lebih mendewa-dewakan Lord Of The Ring biarpun ceritanya tidak masuk akal. Sebenarnya yang tidak masuk akal itulah permulaan kepada tercetusnya idea kreatif untuk masa hadapan. Masyarakat kita suka merendah-rendahkan apa yang kita ada sambil menyanjung tinggi khazanah luar negara yang dikatakan elit dan moden. Mereka menganggap segala macam dewa dan perkara karut marut itu tidak sesuai dengan budaya, agama dan negara ini (penulis bersetuju bahawa hukum Islam tetap hukum Islam dalam penentuan akidah). Tetapi dalam masa yang sama mereka menyanjung tinggi cerita karut marut dari luar negara. Soalnya adakah perkara ini adil untuk penggiat seni di negara ini apabila berhadapan dengan isu ini?
Apa yang AR harapkan agar kita harus bersikap terbuka (tetapi dalam masa yang sama akidah dan soal iman tidaklah dipinggirkan) dalam menangani isu ini. Kita harus menggiatkan usaha menggali khazanah cerita-cerita lama dan mengetengahkan cerita ini hingga ke peringkat antarabangsa. Inilah yang menuntut komitmen daripada penulis sama ada penulis novel, skrip atau cerpen. Kita harus bertanya mengapakah sehingga sekarang kita di rantau nusantara ini masih belum lagi meraih hadiah Nobel setelah Prem (yang pernah diwara-warakan untuk pencalonan) pergi meninggalkan kita. Adakah kita sibuk mengejar apa yang ada di barat untuk dipersembahkan kepada khalayak dan akhirnya kita gagal sedangkan permata berharga itu ada di rumah kita sendiri dan cuma menunggu masa untuk digilap lalu dipersembahkan kepada khalayak antarabangsa sehingga kita mampu memperoleh anugerah tersebut.
12 January 2014
Gambar Pemenang Sayembara Menulis Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-BH

*Kredit gambar buat Ariff dan Sinaganaga.
09 January 2014
Keputusan Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi anjuran ITBM-PENA, BH
Alhamdulillah teka-teki siapakah pemenang Sayembara Novel, Cerpen dan Puisi anjuran Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), PENA dan Berita Harian terjawab juga pada jam 4.30 petang 7 Januari 2014. Tahniah AR ucapkan kepada para pemenang. Seperti sudah dijangk kebanyakan pemenang yang tersenarai sudah ada nama dalam dunia penulisan dan kesusasteraan Tanah air. Lebih membanggakan ialah karya yang memenangi sayembara ini diterbitkan dalam bentuk buku perseorangan. AR bersyukur memperoleh saguhati bagi kategori novel kerana daripada 642 manuskrip yang dihantar oleh peserta cuma 30 masuk senarai akhir dan AR salah seorang finalis. Sebelum melangkah ke Dewan Bangkuet Sri Satria, Putrajaya itu AR sebenarnya tidak tahu nama-nama mereka yang masuk finalis. Apabila duduk di dalam dewan itu barulah AR sedar akan tokoh penulis yang mengelilingi AR. Dalam hati AR dapat agak kedudukan AR itu. Apapun tahniah buat mereka yang berjaya dan yang kurang bernasib baik jangan mudah putus asa. Anggap ini sebahagian daripada cabaran dalam dunia penulisan.
Kategori Novel
1. D.U.B.L.I.N - Wan Nor Azriq
2. Qalam Kalbu - Sri Rahayu Mohd Yusop
3. Pertemuan Musim Semi - Zubaidah Ishak
Sagu hati
4. Jajahan Bonda - Md Nizar Parman
5. Anatomi Rupert - Ruhaini Matdarin
6. Hari-hari Yuda - Neor Muhammad Azri
7. Nuansa Cinta - Mohd Fadzil Yusop
8. Tujuh Keturunan - Abd Razak Adam
9. S.P.Q.R - D.H. Danieyal
10. Semenanjung Menangis - Ariff Mohamad
Kategori Kumpulan Cerpen
1. Melawan yang Mustahil - Ruhaini Matdarin
2. Sayang Perahu Mudik Hilir - Mohd Azam Rezali
3. Sagu, Ikan Salai - Radzemah Bolhassan
Sagu hati
4. Hanya Beberapa Minit - Noridah Mohd Noor
5. Kuda-kuda Lembah Patagonia - Mohd Hafezin Khadiri
6. Serangga di dalam Kepala - Roslan Jomel
7. Langit Runtuh - Dayangku Mastura
8. Narasi Gua dan Raqim - Mawar Safie
9. Sekapur Sireh daripada Teja - Sharifah Aisiah Syed Mahazar
10. Konflik di Hati Enrique - Nazri Hussein
Kategori Kumpulan Puisi
1. Negeri Kunang-Kunang - Ridzuan Harun
2. Laut Tujuh Gelombang Buih - Rahimidin Zahari
3. Taman Maknawi - Shamsudin Othman
Sagu hati
4. Sidang Kultus - Raihani Mohd Saaid
5. Suara Bukit kepada Langit - Sahrunizam Abdul Talib
6. Mandala Sukma - Zulfazlan Jumrah
7. Perahu - Ramlah Abdul Rasid
8. Titik ke Titik, Hujan - Ariff Mohamad
9. Tentang Pertanyaan - Hani Salwah Yaacob
10. Kota Subuh - Fahd Razy
![]() |
Hadiah yang ditawarkan |
Kategori Novel
1. D.U.B.L.I.N - Wan Nor Azriq
2. Qalam Kalbu - Sri Rahayu Mohd Yusop
3. Pertemuan Musim Semi - Zubaidah Ishak
Sagu hati
4. Jajahan Bonda - Md Nizar Parman
5. Anatomi Rupert - Ruhaini Matdarin
6. Hari-hari Yuda - Neor Muhammad Azri
7. Nuansa Cinta - Mohd Fadzil Yusop
8. Tujuh Keturunan - Abd Razak Adam
9. S.P.Q.R - D.H. Danieyal
10. Semenanjung Menangis - Ariff Mohamad
Kategori Kumpulan Cerpen
1. Melawan yang Mustahil - Ruhaini Matdarin
2. Sayang Perahu Mudik Hilir - Mohd Azam Rezali
3. Sagu, Ikan Salai - Radzemah Bolhassan
Sagu hati
4. Hanya Beberapa Minit - Noridah Mohd Noor
5. Kuda-kuda Lembah Patagonia - Mohd Hafezin Khadiri
6. Serangga di dalam Kepala - Roslan Jomel
7. Langit Runtuh - Dayangku Mastura
8. Narasi Gua dan Raqim - Mawar Safie
9. Sekapur Sireh daripada Teja - Sharifah Aisiah Syed Mahazar
10. Konflik di Hati Enrique - Nazri Hussein
Kategori Kumpulan Puisi
1. Negeri Kunang-Kunang - Ridzuan Harun
2. Laut Tujuh Gelombang Buih - Rahimidin Zahari
3. Taman Maknawi - Shamsudin Othman
Sagu hati
4. Sidang Kultus - Raihani Mohd Saaid
5. Suara Bukit kepada Langit - Sahrunizam Abdul Talib
6. Mandala Sukma - Zulfazlan Jumrah
7. Perahu - Ramlah Abdul Rasid
8. Titik ke Titik, Hujan - Ariff Mohamad
9. Tentang Pertanyaan - Hani Salwah Yaacob
10. Kota Subuh - Fahd Razy
Subscribe to:
Posts (Atom)